SELAMAT DATANG KE BLOG



20.11.07

Dilema Kedaulatan Negara: Antara Pulau Batu Putih Dan WPI

Oleh HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong penuh usaha bersungguh-sungguh kerajaan Malaysia untuk mendapatkan hak kedaulatannya ke atas Pulau Batu Putih melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hegue, Belanda. Perkara ini telah lama dibangkitkan oleh PAS dan pernah beberapa usaha dilakukan oleh PAS untuk memacakkan Jalur Gemilang di pulau itu, tetapi dihalang oleh kerajaan. Bagi PAS, Pulau Batu Putih adalah hak Malaysia yang mesti dipertahankan, seperti mana hak-hak lain dalam isu hubungan dua hala Malaysia-Singapura.

Persoalan yang penting di sebalik isu Pulau Batu Putih ini ialah mengapa Malaysia begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Pulau Batu Putih yang tidak menjana sebarang keuntungan ekonomi dan politik. Sedangkan, Malaysia memandang enteng masalah kedaulatan negara yang bakal terjejas dengan kebebasan pelaburan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Telah banyak pihak yang bercakap soal kedaulatan yang bakal tergadai daripada dasar-dasar longgar di WPI. Singapura dikatakan bakal menguasai wilayah itu. Dalam kata lain, yang dikejar belum tentu dapat, yang dikendung bakal keciciran.

Kita mempunyai sikap yang tegas dalam isu Pulau Batu Putih kerana Singapura cuba meluaskan wilayahnya secara haram, tetapi dalam masa yang sama kita sengaja membuka peluang kepada Singapura meluaskan wilayahnya di satu kawasan yang lebih strategic iaitu WPI. Undang-undang yang digubal oleh kerajaan begitu jelas untuk menjaga kepentingan pelabur Singapura. Kita bimbang jika wilayah Malaysia diperintah secara de facto oleh pelabur Singapura. Kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil pengajaran daripada isu Pulau Batu Putih yang dahulunya dibinakan rumah api milik Singapura, kemudian hari ini Singapura mengaku pulau itu hak mereka. Boleh jadi WPI juga bakal mengulangi kesilapan serupa.

Kita juga melihat WPI seolah-olah menjadi alternatif kepada kerja-kerja menambak laut untuk meluaskan wilayah Singapura setelah Malaysia dan Indonesia enggan menjual pasir mereka. WPI sebenarnya akan menjadi wilayah Singapura di Malaysia dengan pemilikan hartanah secara besar-besaran dalam jualan ‘diskaun 50 peratus’ melalui pertukaran mata wang. CEO UEM Land, pemaju Nusajaya dalam Chanel News Asia telah menyatakan bahawa sebahagian besar hartanah industri dan kediaman di Nusajaya telah dibeli oleh pelabur dan syarikat Singapura. Ini merupakan satu kuasa tawar menawar yang kuat ke atas Malaysia.

Free Access Zone (FAZ) yang diwujudkan juga akan memberikan kebebasan kepada orang asing, khususnya Singapura untuk menguasai WPI. Kini, selepas FEZ dibatalkan, rakyat Singapura diberikan keistimewaan smart card untuk memasuki negara ini secara mudah. Sedangkan smart card tidak mempunyai ciri keselamatan dan boleh dipalsukan. Jawatankuasa Khas Bersama Peringkat Menteri WPI yang melibatan Singapura memberi isyarat bahawa kejayaan dan kegagalan WPI akan ditentukan oleh Singapura. Ini kerana hanya Singapura sahaja yang dilibatkan dalam jawatankuasa ini. Sebelum ini kerajaan membatalkan Jambatan Bengkok kerana desakan Singapura sedangkan ia di dalam wilayah kita. Singapura seolah-olah berkuasa menentukan dasar kita, apatah lagi apabila WPI dikuasai oleh mereka.

PAS menolak sebarang sikap yang ‘bertelunjuk lurus, tetapi kelingking berkait’ dalam isu kedaulatan negara ini. Kita nampak Malaysia amat serius untuk mempertahankan Pulau Batu Putih, tetapi menggadai maruah dalam isu WPI. Kerajaan Malaysia tidak boleh bersikap double standard dalam mempertahankan kedaulatan kita. Kerana itu, PAS bukan sekadar mahu melihat Malaysia Berjaya dalam isu Pulau Batu Putih, bahkan isu-isu lain yang tertunggak juga. Isu Jambatan Bengkok, Kompleks CIQ, pencerobohan udara, tanah KTMB di Tanjung Pagar, wang simpanan pekerja dan juga pencerobohan pulau-pulau di kawasan Pontian merupakan isu kedaulatan negara yang mesti diambil berat oleh kerajaan Malaysia, selain isu Pulau Batu Putih. Jangan ditambah lagi dengan kecuaian kita dalam projek WPI, akhirnya satu demi satu wilayah kita tergadai.

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS

Mohon Penjelasan Segera Isu Penyelewengan Dalam Projek Pembinaan Istana Negara

Oleh HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

 Merujuk surat saya mengenai mohon penjelasan isu penyelewengan dalam projek pembinaan Istana Negara yang bertarikh 21 Ogos 2007 bersamaan 8 Syaaban 1428 yang telah dihantar melalui serahan tangan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya sebagai wakil kepada Dato’ Seri. Sehingga kini sudah hampir 3 bulan masih belum ada jawapan secara bertulis daripada pihak Dato’ Seri ataupun pihak kementerian.

Saya amat berdukacita kerana Dato’ Seri dan Kementerian Kerja Raya tidak prihatin terhadap surat yang saya kemukakan bagi menjelaskan isu projek pembinaan Istana Negara. Ini menggambarkan sikap tidak profesional Dato’ Seri dan kementerian dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Oleh sebab itu, sekali lagi saya memohon penjelasan bertulis mengenai isu ini seperti surat yang dikemukakan sebelum ini. Di bawah ini, saya mengulangi 5 perkara penyelewengan yang perlu diperjelaskan ;
  1. Mengapa projek ini dibuat secara runding terus?
  2. Mengapa runding terus ini berlaku secara luar biasa?
  3. Mengapa runding terus dengan harga tawaran kontraktor yang terlalu tinggi?
  4. Kenapa rundingan harga dipercepatkan?
  5. Kenapa runding terus ini diberi kepada kontraktor tidak berdaftar dan bukan kelas A?
Saya mengingatkan kepada Dato’ Seri dan kementerian, sekiranya sekali lagi pihak Dato’ Seri gagal memberi penjelasan bertulis mengenai isu ini, maka saya beranggapan Dato’ Seri cuba menyembunyikan sesuatu daripada saya dan rakyat serta ini membuktikan bahawa Dato Seri mempunyai kepentingan peribadi dan agenda tersendiri dalam projek ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat
Bekas Ahli Parlimen Malaysia






YB Dato’ Seri S Samy Vellu,
Menteri Kerjaraya,
Jalan Sultan Salahuddin,
KUALA LUMPUR.

YB Dato’ Seri,

Surat Mohon Penjelasan Isu Penyelewengan Dalam Projek Pembinaan Istana Negara


Merujuk kepada perkara di atas, bukanlah saya bermaksud untuk menderhaka kepada Tuanku SPB Yang di-Pertuan Agong, bahkan jauh sekali daripada mencemarkan maruah dan daulat Raja Berperlembagaan dalam isu ini.

Tetapi surat mohon penjelasan ini saya kemukakan kerana ia telah menjadi buah mulut rakyat, bukan membantah pembinaan Istana Negara yang baru, sebaliknya masalah ketelusan dan integriti dalam proses pembinaannya.

Sebagai rakyat yang setia kepada Raja, saya berasa bertanggungjawab untuk menegur kerajaan dalam soal ini demi memelihara institusi Raja Berperlembagaan, melindungi kepentingan rakyat jelata dan memastikan khazanah negara tidak dibazirkan oleh urus tadbir kerajaan yang lemah lagi menyeleweng.

Kerana itu, surat terbuka ini sama sekali tidak bermaksud menyentuh peribadi Tuanku SPB Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya berkaitan masalah kelemahan pentadbiran kerajaan. Saya mempunyai pandangan bahawa projek Istana Negara ini wajar dilaksanakan kerana istana sedia ada telah lama digunakan iaitu semenjak 50 tahun dahulu, bahkan sebelum itu ia menjadi kediaman seorang saudagar Cina, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kewajaran istana baru ini. Bagi saya dengan kedudukan Tuanku SPB Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Baginda patut mempunyai kediaman rasmi yang lebih baik. Lebih-lebih lagi untuk Perdana Menteri sendiri dibinakan sebuah ‘istana’ berharga mencecah RM1 billion di Putrajaya.

Pembinaan istana baru ini wajar sebagai simbol kedaulatan Raja Berperlembagaan. Pun begitu, saya mengemukakan surat mohon penjelasan kepada YB Dato’ Seri selaku Menteri Kerjaraya ini kerana saya dapati terdapat beberapa penyelewengan dalam perlaksanaan projek ini. Sama ada ia adalah salah laku YB Dato’ Seri sendiri atau persekongkolan antara Menteri Kerjaraya, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri itu belum saya pasti lagi. Yang jelas unsur penyelewengan, salah guna kuasa, kronisme dan salah laku telah berlaku dalam projek kendalian Kementerian Kerjaraya ini.

Atas asas ini saya merasakan bahawa YB Dato’ Seri patut dipertanggungjawabkan di atas semua penyelewengan ini sehingga seolah-olah YB Dato’ Seri telah melakukan sabotaj untuk mencemarkan nama baik Tuanku SPB Yang di-Pertuan Agong serta institusi Raja Berperlembagaan di negara ini. Atas kecuaian dan salah laku YB Dato’ Seri, projek yang sepatutnya menjadi simbol kedaulatan Raja Berperlembagaan bertukar menjadi simbol penindasan ke atas rakyat. YB Dato’ Seri mesti bertanggungjawab! Saya menimbulkan perkara penyelewengan dalam projek Istana Negara ini atas beberapa premis, antaranya:
  1. Mengapa projek ini dibuat secara runding terus?
  2. Mengapa runding terus ini berlaku secara luar biasa?
  3. Mengapa runding terus dengan harga tawaran kontraktor yang terlalu tinggi?
  4. Kenapa rundingan harga dipercepatkan?
  5. Kenapa runding terus ini diberi kepada kontraktor tidak berdaftar dan bukan kelas A?
i) Mengapa projek ini dibuat secara runding terus?

Isu pertama yang saya ingin timbulkan ialah mengapa YB Dato’ Seri dan YAB Menteri Kewangan melaksanakan projek ini secara runding terus serta reka dan bina? Apakah sebenarnya rasional terhadap runding terus dalam projek ini bagi Kementerian Kerjaraya? Adakah ia satu projek yang berprofil tinggi, menjadi rahsia atau melibatkan keselamatan negara yang yang disebut oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan di Dewan Negara baru-baru ini.

Benarkah begitu dan apakah wajar projek ini dibuat secara runding terus, sedangkan banyak lagi cara yang lebih baik dan sesuai boleh digunakan seperti rundingan terus secara konvensional. Bukankah biasanya Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menyediakan segala komponen dan skop kerja yang diperlukan, kemudian kontraktor menawarkan harga yang sepatutnya atau kaedah selektif tender di mana kontraktor yang layak akan dikenal pasti sebelum dipanggil untuk menyertai tawaran harga tersebut. Mengapa kaedah ini tidak dipilih oleh YB Dato’ Seri dan YAB Menteri Kewangan?

Mengapakah YB Dato’ Seri tidak mempertahankan keperluan tugasan rutin JKR terhadap perlaksanaan projek dan membiarkan YAB Menteri Kewangan menawarkan projek ini secara runding terus? Adakah kaedah yang dibuat oleh YB Dato’ Seri dan YAB Menteri Kewangan boleh mendatangkan keuntungan yang lebih baik? Saya tidak menolak cara runding terus, tetapi ia mesti dilaksanakan secara yang telus, terbuka dan berintegriti demi kepentingan negara.

ii) Mengapa runding terus ini berlaku secara luar biasa?


Saya menolak dan tidak dapat menerima cara YB Dato’ Seri dan YAB Menteri Kewangan memberikan projek tersebut secara runding terus yang amat luar biasa kepada syarikat Maya Maju Sdn. Bhd. Walaupun YB Dato’ Seri dan YAB Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, tetapi biarlah ada pertimbangan yang sebaik mungkin demi memastikan dana rakyat tidak disalahgunakan.

YAB Menteri Kewangan menjaga wang rakyat, dan YB Dato’ Seri bertanggungjawab menggunakan wang rakyat untuk pembangunan negara secara berhemah dan telus. Tidakkah satu masa dahulu YAB Perdana Menteri ada menegaskan bahawa tidak akan ada lagi projek-projek besar yang dilaksanakan secara runding terus.

Mengapa YB Dato’ Seri dan YAB Menteri Kewangan tidak menghormati pendirian YAB Perdana Menteri ini. Adakah YB Dato’ Seri telah lupa kepada arahan YAB Perdana Menteri atau ada sesuatu ‘keperluan mendesak’ di sebalik projek ini?

iii) Mengapa runding terus dengan harga tawaran kontraktor yang terlalu tinggi?


Saya ingin melahirkan rasa hairan mengapakah YB Dato’ Seri dan YAB Menteri Kewangan menerima harga tawaran daripada Maya Maju Sdn. Bhd. Dengan harga yang begitu tinggi sehingga mencecah RM1.1 billion. Saya membantah keras kedangkalan YB Dato’ Seri dan YAB Menteri Kewangan dalam pembuatan keputusan ini.

Bukankah anggaran awal projek ini hanya sekitar RM400 juta sahaja, dan jika berlaku kenaikan kos tidaklah melebihi 100 peratus. Memang anggaran awal ini tidak menggambarkan ketepatan harga yang sebenar kerana pasti akan berlaku pengubahsuaian dan kenaikan kos kepada projek tersebut, tetapi apa yang ditawarkan oleh Maya Maju Sdn. Bhd. adalah amat luar biasa.

Yang lebih menghairan bagaimana YB Dato’ Seri boleh ‘diperbodohkan’ oleh Maya Maju Sdn. Bhd. seolah-olah YB Dato’ Seri tidak ada pengalaman dalam menilai projek-projek kerajaan. Bukankah YB Dato’ Seri telah menjadi Menteri Kerjaraya sudah lebih 20 tahun atau ini memang amalan YB Dato’ Seri dalam setiap projek kerajaan?

Apakah sebenarnya kaedah atau perubahan yang besar terhadap cadangan asal projek tersebut sehingga berlaku kenaikan yang melebihi 100 peratus ini. Saya boleh menerima jika kenaikan yang berlaku itu sekitar RM200 juta melebihi anggaran awal menjadikan kosnya sekitar RM600 juta. Tetapi kenaikan harga yang ditawarakan oleh kontraktor runding terus ini ialah RM700 juta mencecah RM1.1 billion seperti telah dimaklumkan kepada oleh sumber yang dipercayai. Harga ini telah melebihi pembinaan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang hanya bernilai RM200 juta, pembangunan Fakulti Perubatan UiTM hanya RM150 juta, Institut Kemahiran Belia Negara hanya RM40 juta sebuah serta hospital Alor Setar, Pekan, Sungai Petani yang tidak mencecah setengah billion sebuah walaupun semua institusi ini untuk kepentingan seluruh rakyat. Saya bimbang jika kemungkinan ada kos-kos lebihan yang ditambahkan kepada harga sebenar projek tersebut atau dalam kata lain berlaku salah guna dan penyelewengan dana rakyat untuk kepentingan pihak-pihak tertentu melalui persengkokolan dengan YB Dato’ Seri dan YAB Menteri Kewangan.

Janganlah dana rakyat yang begitu besar ini disalahgunakan untuk dijadikan dana politik mana-mana pihak, khususnya menjelang pilihan raya umum ini. Atau ia bertujuan untuk mengkayakan kroni atau kawan lama YAB Menteri Kewangan. Jika hal ini berlaku, amat malang bagi rakyat dan juga institusi Raja Berperlembagaan. YB Dato’ Seri mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan jika benar dakwaan YAB Menteri Kewangan meluluskan projek ini untuk membesarkan tembolok kawan lamanya kerana YB Dato’ Seri selaku menteri pelaksana patut memastikan ketelusan projek ini. Jika berlaku penyelewengan, bermakna YB Dato’ Seri secara sedar dan sengaja membiar YAB Menteri Kewangan melakukan penyelewengan.

iv) Kenapa rundingan harga dipercepatkan?


Saya juga tertanya-tanya kepada rundingan harga projek istana ini tiba-tiba dipercepatkan kepada 6 Julai 2007 yang lalu, sedangkan pihak JKR belum selesai membuat semakan dan penelitian terhadap cadangan tersebut. Bukankah JKR perlu membuat semakan dan penelitian dahulu terhadap cadangan dan tawaran itu sebelum runding harga dibuat. Amat aneh sekali apabila satu projek kerajaan yang berharga lebih RM1 billion dibuat secara tergesa-gesa dan JKR tidak diberikan masa yang cukup untuk membuat penelitian.

Adakah YB Dato’ Seri tidak bersuara dalam perkara ini atau turut bersekongkol mengenepikan peranan JKR untuk membuat kajian. Atau YB Dato’ Seri telah mengarahkan supaya JKR tidak perlu membuat penelitian yang teliti, sekadar sepintas lalu sahaja untuk membolehkan runding harga ini dipercepatkan.

Saya bimbang jika ada menteri lain atau YB Dato’ Seri sendiri yang mendesak supaya projek ini dipercepatkan dan dilaksanakan dengan harga yang begitu luar biasa, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum ini di mana dana politik mesti dipenuhkan. Saya tidak pasti mengapa ia amat-amat perlu disegerakan sehingga penyemakan dan penelitian yang serius tidak sempat dibuat oleh JKR. Adakah projek istana ini sangat perlu disegerakan sehingga ia tergesa-gesa dipercepatkan tidak seperti lazimnya.

v) Kenapa runding terus diberi kepada kontraktor tidak berdaftar dan bukan kelas A?


Satu penyelewengan yang paling nyata dalam projek ini ialah pemberian projek Istana Negara kepada sebuah syarikat yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor.

Maya Maju Sdn. Bhd. adalah syarikat yang tidak didaftarkan dengan Pusat Khidmat Kontraktor, sekali gus bermakna syarikat tersebut bukan syarikat bertaraf kelas A dan bukan bumiputera. Setahu saya semua syarikat yang dibenarkan menjalankan projek kerajaan dalam bidak kontraktor binaan mestilah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan bertaraf bumiputera. Saya mempersoalkan mengapa syarat ini tidak terpakai dalam projek ini, khususnya ke atas Maya Maju Sdn. Bhd. Jika Maya Maju Sdn. Bhd. boleh melanggar syarat ini secara wewenang seperti ini semata-mata kerana ia adalah kroni YB Dato’ Seri atau YAB Menteri Kewangan atau kedua-duanya, maka ini bermakna Maya Maju Sdn. Bhd. lebih berkuasa berbanding institusi kerajaan termasuk Perbendaharaan dan juga JKR yang terletak dalam bidang kuasa YB Dato’ Seri. Maya Maju Sdn. Bhd. juga lebih berkuasa daripada institusi yang ditugaskan untuk mengawal selia syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut. Atau mungkin syarikat ini telah diberikan taraf bumiputera dan kelas A oleh Pusat Khidmat Kontraktor secara segera dan luar biasa, mungkin menggunakan pengaruh YB Dato’ Seri atau YAB Menteri Kewangan atau kedua-duanya. Setahu saya, untuk mendapatkan taraf kelas A dan bumiputera, kontraktor memerlukan masa yang lama bahkan berbulan-bulan untuk diproses dan diluluskan selepas pelbagai faktor diambil kira seperti kelayakan dan keupayaan syarikat.

Jika tiba-tiba sebuah syarikat kroni diberikan kelulusan segera, bermakna kerajaan telah menindas syarikat lain yang telah lama memohon tetapi tidak diluluskan. Sebelum ini, GPMS yang dipimpin oleh Setiausaha Politik YAB Menteri Kewangan, Datuk Rezal Merican diberikan projek Politeknik Banting, sedangkan GPMS tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor. Adakah syarat untuk memohon projek kerajaan sudah diubah, atau YB Dato’ Seri dan menteri-menteri lain sengaja melakukan penyelewengan untuk kepentingan peribadi dan kroni.

Aneh sekali apabila kontraktor bukan kroni yang lain terpaksa menghabiskan wang membeli dokumen tender, tetapi tidak mendapat projek sehingga menyebabkan syarikat mereka mati, sedangkan kontraktor yang tidak layak diberikan projek semata-mata kerana mereka ada kawan lama atau kroni YB Dato’ Seri atau YAB Menteri Kewangan atau menteri yang lain.

Daripada beberapa perkara di atas, amat jelas sekali bahawa unsur-unsur penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku dan kronisme telah wujud dalam perlaksanaan projek Istana Negara. Perkara ini amat memalukan bukan ia bukan sahaja menipu rakyat, tetapi juga Tuanku SPB Yang di-Pertuan Agong.

Saya mendesak supaya YB Dato’ Seri membuat penjelasan tentang perkara yang saya timbulkan ini.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat
Bekas Ahli Parlimen Malaysia

8.11.07

angkasawan. masaalah dibumi dan penyelesaian diangkasa.

Oleh: Mahfuz Omar
1 tahniah pada Dr।sheik muzaphar shukur anak malaysia pertama sampai keangkasa.tahniah sanggup menghadapi resiko yang tinggi.tahniah kerana berpeluang menyertai kapal angkasa soyuz TMA-10 stesen anggkasa lepas antarabangsa (ISS).Siapa yg tak nak kalau dah orang lain tolong bayar tambang.saya sendiri ada keinginan.tapi olih kerana banyak masaalah di bumi tak selesai saya terpaksa pemdamkan keingginan saya untuk tumpukan penyelesaian masaalah dibumi malaysia.(sila tambah).

2।Apa visi dan misi kerajaan.Kenyataan dua pimpinan utama negara tk sekata.Tpm.kata nk buat pos motem dulu atas projek pertama baru nk tentu samaada nk terus hantar angkasawan ke2.Dua hari lepas tu Pm kata nak terus hantar angkaswan kedua dr.faiz.dia sedia terima bagi pihak dr.faiz kalau rusia tawarkan tempat utk malaysia.Dua hari lepas tu PM kata lagi kerajaan akan kemukakan plan pembanggunan angkasa.Ini menunjukkan pemimpin tak sekata dan dan tak jelas serta tak tau apa yang apa keutaman perlu didahulukan.Jelas Dr.sheik muzaphar dikirim keangkasa tampa pelan pembanggunan diangkasa.

3।kita hanya bergantung pada rusia tawarkan tempat pada kita.itu pun setelah kita beli jet pejuang sukoi dari rusia lalu mengikut perjanjian malaysia mesti diberi tempat untuk sertai kal angkasa.Itu pun setelah kita beli sukoi risia dengan harga yang lebih mahal dari indonesia,india.dan vetnam.adkah ini bemakna kita hanya akan berpaluang menyertai lagi kapal angkasa setelah beli lagi jet peralatan atau senjata dari rusia.Malaysia tk perlu lambakkan jet dan senjata yg berlebihan hanya semata mata utk berpeluang keangkasa lagi.apa yg utama kalau kita nk hantar angkasawan tiap 6 bulan sekali macam rusia kita kena bangunkan teknologi dan kemampuan sendiri.

4।Nak bangunkan teknologi angkasa lepas serta hantar angkasawan angkasa kita kena lihat apakah dia merupakan keutamaan yg perlu didahulukan.sedangkan masaalah kehidupan dibumi banyak yang tak selesai.bukan saya menentang penerokaan angkasa lepas tapi sekadar njak semua berfikir penyelesaian masaalah di bumi.apa yang ditunjukan pada kita diangkasa bolih main yoyo dan gasing.mardi buat penyelidikan diangkasa samaada makanan dibumi satay,nasi beriani,rendang tok sesuai atau tida diangkasa.pada hal masaalah dibumi malaysia seperti dipaparkan dlm rancangan bersamamu tv3 ada orang makan siput babi tak merasa rengdang tok.akhabar harian metro pernah melaporkan ada raayat kedah sumber mata pencarian dia cari kura kura jual.sedangkan kita membelanjakan hampir rm200 juta untuk projek angkasawan pertama.dgn rm200 juta kita bolih melahirkan doktor seramai 900 org dlm tempoh 5 tahun.nisbah doktor dimalaysia 1=1300 sdangkan nisbah negara maju rujukan britain 1=300 org.apakah kita kan jadi negara maju dgn berjaya mengirim saorang raayat malaysia keangkasa sedangkan raayat afganistan lebih dulu sampai diangkasa th 1988 pada hal afganistan tak maju pun.

5।kita dimomok dgn penyelidikan yang dibuat diangkasa utk cancer dan lain.persoalannya apakah utk kepentingan penyelidikkan kita perlu membelanja rm200 juta utk hanya beberapa kajian saja.bukan kah kaedah kajian jepun lebih murah hanya dengan mita bantuan angkasawan malaysia membawa bahan uji kaji tanpa mengirim angkaswan dgn belanja rm200 juta.kita nk tanya kerajan malaysia berapa jepun dan rusia bayar pada malaysia utk menyempurnakan kajian mereka dgn guna angkasawan kita.

6.membaca rukun negara di angkasa.apakahmakna kita baca diangkasa sedangkan kerajaan tk terjemah perinsip rukun negara dlm pemerentahan.1.kepercaaan pada tuhan.adakah pemimpin negara percaya pada tuhan(Allah).Adakah pemimpin umno ikut peraturan tuhan dlm pemerentahan.2.kestiaan pada raja dan negara.banyak institusi yg berkait dgn raja kehakiman polis spr dan lain amat memalukan raja raja.pembanggunan ekonomi yang mendedah negara pada penguasaan asing bn kianat negara dan raja.3.keluhuran perlembagaan.asas perlembagaan ialah demokrasi.bagai mana demokrasi dimalaysia.p/raya penuh dgn penyelewengan kebebasan media jatuh dari tangga 97 ke 100 lebih tlg cek.4.kedaulatan undang.undang2 didaulatkan utk lidungi kepentingan politik dan pemimpin(Tlg tanbah point).5.Kesopanan dan kesusilaan.mana ada.adu domba raaayat utk kepentingan umno bn.tembak raayat guna peluru hidup.rompak wang raayat.minta susun dan baiki serta tambahan utk lebih mantap.

7.11.07

Isu Dato' Ramli: Wujud sengketa dua 'team' dalam PDRM - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) - Pendedahan Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Dato' Pahlawan Ramli Yusuff tentang siasatan rasuah RM27 juta semalam menggambarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang menghadapi masalah kredibiliti yang parah termasuk dilihat wujudnya persengketaan antara dua kumpulan bersara dalam pasukan keselamatan itu

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata kenyataannya itu turut membayangkan bahawa wujud pakatan untuk menjatuhkan nama baik Ramli dan beberapa para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kerana telah mendedahkan sebelum ini, kes Goh Cheng Poh @ Tengku.

Tengku dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan termasuk ada kaitan dengan beberapa kumpulan kongsi gelap terbesar dalam negara ini yang pernah dilaporkan oleh Malaysia-Today.net.

"Sehingga kini laporan Malaysian Today milik Raja Petra itu tidak dinafikan oleh sesiapa termasuk polis sendiri," katanya sewaktu sesi sidang media khas berhubung isu rasuah polis yang hangat diperkatakan di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.

"Saya tidak memihak kepada sesiapa malah mahu siasatan terhadap Ramli diteruskan, cuma pendedahan semalam menunjukkan ada kepincangan yang berlaku melibatkan pegawai kanan polis yang lain. Kenapa mereka ini tidak disiasat?" soalnya.

Dalam kenyataan Ramli bahawa pada tahun lalu, Jawatankuasa Bersama dan Pasukan Khas Polis peringkat Kabinet telah ditubuhkan dan PDRM diberi tanggungjawab memerangi ancaman kegiatan Ah Long dan perjudian haram yang sangat membimbangkan.

Pada Mac 2007, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri memberi arahan khusus kepada JSJK mengenai aktiviti beberapa sindiket jenayah di Johor membabitkan beberapa orang bergelar Datuk dan Jaksa Pendamai (JP). Penyiasatan JSJK membawa kepada penahanan dan buang daerah Goh Cheng Poh @ Tengku ke Jeli, Kelantan, kata Ramli.

Arahan penahanan dan buang daerah itu dibuat di bawah kuasa Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri berdasarkan risikan yang dikumpul pegawai-pegawai polis di JSJK. Pembuangan daerah Goh Cheng Poh @ Tengku adalah menerusi pengakuannya sendiri.

Dia yang mempunyai latar belakang yang dipersoalkan juga telah dibuang daerah sebelum itu dan terlibat dalam kejadian menembak yang menyaksikan seorang rakannya ditembak dan terbunuh, kata Ramli yang mendakwa isu rasuah RM 27 juta timbul selepas Tengku dikenakan tindakan.

Kata Mahfuz mengikut kepada kenyataan Ramli ini seolah-olah isu RM27 juta ini timbul selepas pihak Ramli dan JSJK mengenakan tindakan ke atas Tengku dengan kuasa arahan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato' Johari Baharom.

Lebih mengejutkan kata Mahfuz, Tengku yang kemudiannya menyaman kerajaan Malaysia telah disokong pula oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan BPR dalam satu afidavit yang secara tidak langsung dilihat bersetuju dengan tindakan Tengku tersebut.

Ini dilihat kata Mahfuz seperti 'pembalasan dendam' pihak lain dalam PDRM yang tidak puas hati dengan tindakan Ramli dan JSJK dan mahu menjejaskan nama baik beliau dan Mahfuz turut ditanya tentang persengketaan dua kumpulan PDRM yang juga pernah disebut oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Haniff Omar sebelum ini.

"Seolah-olah 'team A' di bayangi oleh Musa Hassan yang di sokong oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merujuk kepada rekod lanjutan khidmatnya manakala team B pula oleh Ramli Yusuff yang secara tidak langsung di sokong oleh Johari Baharom, malah sengketa Johari dan Musa juga telah diketahui umum," katanya.

"Kesan kepada situasi ini cukup bahaya dan membawa kepada malapetaka kepada keselamatan negara apabila rakyat jelata bakal menjadi mangsa kerana polis boleh dirasuah atau mempunyai hubungan baik dengan kongsi gelap dan samseng," katanya.

Beliau juga merujuk kepada kejadian dua anggota polis ditembak di Sungai Buloh baru-baru ini yang berkemungkinan adalah akibat daripada pemberi maklumat yang telah mebocorkannya kepada penjenayah dan kemungkinannya melibatkan polis yang telah dirasuah.

Beliau mahu satu Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan bagi menyiasat keselruhan kes bukan sahaja melibatkan aset dan harta Ramli yang didakwa bernilai RM27 juta tetapi juga aset, harta, kewangan dan hubungan perniagaan Ketua Polis Negara, para pegawai kanan yang lain, menteri-menteri yang berkaitan keselamatan negara termasuk BPR yang didakwa berlaku tidak adil dalam kes ini.

"Jika tidak ini akan menunjukkan bahawa Abdullah telah gagal menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri kerana tidak berjaya membendung sengketa yang berlaku dan kegagalan menubuhkan suruhanjaya tersebut membukti kerajaan tidak telus dan mahu menutup pelbagai kes salah laku yang melibatakan pemimpin negara," katanya.

"Suruhanjaya ini akan menyebabkan rahsia dan kes-kes lampau dan besar mereka akan terdedah kepada umum dan mengakibatkan rakyat meragui kepimpinan mereka selama ini," jawab Mahfuz setelah ditanya wartawan tentang sebab kerajaan tidak endah tuntutan menubuhkan suruhanjaya tersebut. - mks.

Perarakan Aman BERSIH 10 Nov Membina Sejarah


Kalau dahulu rakyat Malaysia berarak menuntut kemerdekaan dari penjajah Inggeris sekarang rakyat Malaysia berarak menuntut ketelusan dalam sistem pilihanraya. Semua nya adalah perkara yang mulia dan patriotik.


Semua nya mempunyai niat yang baik iaitu kearah pembentukan masyarakat yang bertamadun yang berpegang kepada undang undang dan janji seorang pemerintah terhadap rakyat. Perarakan aman adalah tekanan paling minima yang di adakan oleh rakyat kepada pemimpin . Negara lain sedia mengambil langkah yang lebih drastik namun rakyat Malaysia lebih berhebah menangani krisis dalaman antara rakyat dan pemerintah.

Kegagalan BN memahami tanggungjawab pemerintah sehingga terpaksa di tegur oleh rakyat melalui perarakan aman merupakan perkara yang memalukan di peringkat antarabangsa. Sepatutnya perkara ini telah di selesaikan di peringkat rundingan dan dialog rakyat dan pemimpun . Namun oleh kerana kerajaan BN mengangap rakyat Malaysia sebagai dunggu dan makan gertak maka mereka mengambil sikap berkeras . Penipuan melalui pilihanraya bagi BN dan UMNO adalah gerak kerja yang paling senang and menyeronokan untuk memenangi pilihanraya. Mereka telah berada dalam confort zone dengan menipu rakyat dan selamat dari celaan rakyat.

Sepatutnya bukan dakwat jari , senarai bersih dan undi pos saja yang menjadi tuntutan kearah pilihanraya bersih. Perkara lain yang perlu di bersihkan dari sistem pilihanraya BN termasuk penyalahgunaan jentera kerajaan, penyelewengan makhamah menolak petisen , penggunaan rasuah politik dan penyalahgunaan polis untuk menyekat aktiviti parti pembangkang. BN tidak perlu gentar menggunakan sistem pilihanraya telus kerana di merata dunia mereka mengaku mereka adalah parti yang popular dan di sukai rakyat malah di redhai Allah. Mengapa perlu takut kalau sudah merasa begitu popular.

Himpunan rakyat 10 nov bukan bertujuan untuk mencabar kerajaan tetapi setakat untuk membetulkan suasana yang tidak kena dengan keadilan dan hak asasi manusia. Jika BN menggunakan polis menganiaya dan memukul peserta perarakan aman ini bermakna mereka telah menganiya dan memukul semua hati nurani rakyat Malaysia yang menuntut keadilan dan hak asasi manusia.

Sila ke laman Blog Al Muslimin untuk berita yang lain http://almuslimin2.blogspot.com/"

Himpunan 10 Nov, diminta semua berbaju kuning

Pengerusi Jawatankuasa Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi (BERSIH), Haji Mohamad Sabu, telah mengarahkan agar semua peserta yang akan bersama menyertai perhimpunan raksasa rakyat pada 10 Nov 2007 di Dataran Merdeka agar memakai baju berlambangkan BERSIH dan berwarna kuning.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menyarankan demikian ketika menyampaikan ceramah penjelasan kejadian Batu Burok 8 sept 2007 di Kg Maras Batu Rakit.


Semasa menyampaikan ceramah tersebut, beliau telah memakai contoh baju yang dimaksudkan itu.




Dibahagian Hadapan baju tersebut dicetak logo BERSIH dan ditulis slogan Daulatkan Demokrasi.




Sementara dibahagian belakang pula di catatkan tuntutan BERSIH.





Paling tidakpun tambah beliau lagi, sekiurang-kurangnya baju berwarna kuning yang melambangkan tuntutan kedaulatn piliharaya yang adil dan bersih.





Beliau juga memaklumkan bahawa semua media dan akhbar dalam dan luar negeri turut dijemput ke Perhimpunan aman tersebut.




Selain dari itu, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu dijangka akan hadir sebagai pemerhati diperhimpunan itu nanti.





Perhimpunan yang bermula dari Dataran Merdeka itu akan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia, Yang Di Pertuan Agong.

Himpunan 100,000 Bakal Menjadi 1 juta!


Sabtu ini 12 November 2007, negara bakal menyaksikan satu perhimpunan aman terbesar anjuran BERSIH kendatipun pihak penganjur dan rakyat telah menerima sekalian banyak ancaman, ugutan dan larangan.

Sekalipun pada awalnya BERSIH mensasarkan perhimpunan tersebut disertai oleh 100,000 orang, namun setelah ianya diberikan publisiti meluas oleh pihak polis, media massa arus perdana dan media eletronik menghalang akyat menyertai perhimpunan tersebut, anggaran angka rakyat yang akan hadir dijangka meningkat kepada 1 juta orang.


Demikianlah, mengulangi kata-kata Mursyidul Am PAS, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, "bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Seroang sahabat menyatakan, himpunan mega ini bukan sekadar satu himpunan politik tetapi ianya lebih kepada himpunan massa bagi melaungkan kembali gema suara rakyat yang selama ini dipulas-pulas oleh tangan-tangan provokator dan konspirator negara. Hakikatnya rakyat Malaysia bukannya bodoh, rakyat boleh berfikir seiring dengan capaian massa.

Uniknya rakyat Malaysia adalah sikap mereka yang pantang dicabar dan diperbudakkan. Kita sentiasa mahu jadi yang terbaik. Membina masyarakat dan demokrasi yang berkualiti.Tekanan Kerajaan BN ini sedikit pun tidak akan mengurangkan jumlah penyertaan (malah meningkatkannya lagi).

Pihak polis telah pun merancang siri larangan dan ugutan sebagai menyahut kata-kata menantu Perdana Meneri, Khairi Jamaluddin yang memnta polis bertindak tegas dan menangkap penganjur perhimpunan ini.

Terbaru, Ketua Pemuda PAS. YB Salahuddin Ayub telah menerima panggilan pada 3 November lalu melalui telefon bimbit, sistem pesanan ringkas (SMS) dan pos laju daripada seorang pegawai Bahagian Jenayah Komersial, Amran Mohd Husin supaya hadir ke Bukit Aman untuk memberi kenyataan berhubung perhimpunan aman itu.

Sebelum dari ini, enam daripada Ahli Jawatankuasa Bersih terdiri daripada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, AJK Bersih, Sivarasa Rasiah, Johari Abdul, Khairul Annuar Zainuddin (Jonah), Tian Chua dan Ronnie Liu turut dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan mengenai gabungan Bersih di bawah Akta Pertubuhan.

Tanpa merasa malu dan rasa bersalah sedikit pun apabila rancangan-rancangan jahat Polis melalui anggota cawangan khas (SB-SB) mereka melakukan provokasi menimbulkan kacau bilau dan mencetuskan keganasan di dalam beberapa siri perhimpunan aman yang lepas-lepas didedah dan dibongkarkan, kini pihak polis masih terus-terusan menggunakan taktik untuk menakut-nakutkan rakyat.

Setelah sekalian lama pihak polis yang sepatutnya menjaga keamanan tetapi telah meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka, melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang seperti mencabul, menyepak, menendang, menampar, mengkasari malah menembak orang ramai menjadikan imej polis sejijik najis yang tidak pernah menjadikan polis sedar dirinya bahawa mereka juga perlu mematuhi undang-undnag.

Keputusan Mahkamah Tinggi yang mendedahkan perlakuan ganas dan jelek pihak polis di dalam kes Abdul Malek adalah justifikasi terhadap kebinatangan polis selama ini.

Justeru itu rakyat sudah tidak dapat menerima serta memaafkan polis, apatah lagi amaran atau ancaman, yang selama ini rupa-rupanya polis bertindak membelakangkan undang-undang tetapi tanpa tahu malu menyuruh oranglain mematuhi undang-undang.

Kuasa sebenar bukan ditangan polis, bukan di tangan parti pemerintah, bukan di tangan pegawai-pegawai kerajaan yang bongkak, sombong dan angkuh, tetapi kuasa sebenar adalah di tangan rakyat terbanyak.

Benar kita ada institusi parlimen, benar kita ada sistem pilihanraya, benar kita memilih wakil rakyat melalui peti undi di dalam demokrasi, namun perkara pokok yang menjadi persoalan kini ialah terdapatnya penyelewengan serta korupsi perjalanan sistem pilihanraya yang dilakukan oleh pihak keajaan melalui agennya Suruhanjaya Pilihanraya.

Maka itu perhimpunan aman BERSIH ini di adakan. Menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih supaya tidak ada lagi keperluan untuk mengadakan perhimpunan seperti ini di masa muka.

Jika polis masih ingin meneruskan provokasi dan ugutan mereka terhadap rakyat dari menyertai perhimpunan ini, percayalah, perhimpunan 100,000 orang ini akan bertukar menjadi jutaan rakyat, bukan sekadar di Dataran Merdeka tetapi di seluruh negara!

Peta Lokasi Himpunan 100 Ribu

Peta Himpunan Bersih 10 Nov Dataran Merdeka

(sila klik gambar diatas untuk besarkan imej)

Bagi memudahkan rakyat menyertai Himpunan Aman 100 ribu anjuran BERSIH, dilampirkan peta lokasi dan pengangkutan awam ke Dataran Merdeka.

Para peserta digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti, Bas, LRT Star, LRT Putra dan komuter. Berdasarkan maklumat yang diterima, jumlah penyertaan dari seluruh negara pada masa ini telah melebihi 100 ribu. Oleh itu pengangkutan awam amatlah sesuai pada hari berkenaan dan segala kenderaan dari luar bolehlah di letakkan di stesen-stesen pengangkutan awam dipinggir Kuala Lumpur.

Para peserta Perhimpunan yang masuk ke Kuala Lumpur sebelum pukul 3 petang, boleh berkumpul di tempat-tempat berikut;

1. Kompleks SOGO : Berhenti di Stesen Bas Sogo @ Stesen Komuter Bank Negara @ Stesen LRT STAR Bandaraya

2. Masjid Jamek KL : Berhenti di Stesen Bas Masjid Jamek @ LRT STAR @ PUTRA Masjid Jamek

3. Masjid Negara : Berhenti di Stesen Komuter @ Stesen Kereta api Kuala Lumpur

4. Pasar Seni : Berhenti Stesen Bas Bangkok Bank @ LRT Putra Pasar Seni

Disetiap tempat ini akan ada pmpinan dan sekretariat BERSIH yang akan menunggu. Pada pukul 3 petang semua akan berkumpl di Dataran Merdeka.

Para peserta dinasihatkan untuk membawa sedikit makanan dan minuman beserta anggota keluarga kerana Perhimpunan Aman ini juga adalah untuk semua. Kita datang dengan aman dan kita berkelah beramai-ramai di Dataran sambil mendengar amanat pimpinan BERSIH sebelum berarak ke Istana Negara.

Bagi peserta muslim, dinasihatkan untuk bersolat Zohor lebih awal atau melakukan Solat Jamak bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur.

6.11.07

Powerful vs bloodyful - Pentadbiran Abdullah makin dangkal dan bebal


Selepas negara digemparkan oleh kegiatan “judges shopping” baru-baru ini, kini satu lagi penyelewengan kuasa didedahkan apabila Ketua Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Dato’ Ramly Yusuff didakwa kerana memiliki harta bernilai RM27 juta.

Pemilikan harta di luar kemampuan ini bukanlah isu utama, tetapi bagaimana pendedahan ini berpunca daripada kegiatan broker-broker kroni dalam mencaturkan jawatan pegawai-pegawai tinggi polis seperti mana Dato’ VK Lingam didakwa mencaturkan para hakim.


Apa yang jelas di dalam skandal ini ialah kelemahan dan kegagalan Kerajaan Umno/BN yang dipimpin oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam melahirkan budaya good governance di negara ini.

Amat memalukan sekali apabila Perdana Menteri gagal mengawal pegawai-pegawainya, bahkan membiarkan pihak ketiga menentukan masa depan negara. Dulu ramai juga yang tercengang apabila Tun Dr Mahathir mendakwa “Tingkat 4″ menguasai pejabat Perdana Menteri dan menentukan polisi-polisi negara.

Rupa-rupanya, kini orang-orang yang berada jauh daripada Putrajaya juga turut menggunakan kuasa “remote control” ke atas pejabat Perdana Menteri. Apa yang boleh kita simpulkan ialah para pemimpin kita seolah-olah begitu dungu terhadap tanggungjawab masing-masing.

Rakyat pernah tertanya-tanya bagaimana pengawal peribadi Timbalan Perdana Menteri boleh mencuri bom canggih untuk mengebom rakyat Mongolia.

Hari ini rakyat semakin tidak keruan apabila Perdana Menteri sendiri kehilangan pedoman sehingga dikawal kiri dan kanan, atas dan bawah oleh pelbagai pihak dalam menentukan dasar-dasar negara.

Pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa sepatutnya menyedari tugas dan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara, melaksana keluhuran undang-undang, memastikan keadilan untuk rakyat, mengukuhkan ekonomi negara, memastikan kebajikan terbela dan sebagainya.

Pendek kata kuasa pemerintahan yang diwakilkan oleh rakyat kepada mereka diguna dan dimanfaat dengan bersungguh-sungguh bagi menjaga kepentingan rakyat.

Amat malang sekali bagi kita semua apabila kuasa yang diwakilkan kepada Umno/BN ini disalahgunakan untuk menindas rakyat.

Pelbagai kezaliman telah diperkatakan orang. Bukan hanya musuh-musuh politik ditindas dengan ISA, bahkan rakyat-rakyat termiskin termasuk setinggan yang setia kepada Umno pun menjadi mangsa tindasan mereka.

Sekolah-sekolah agama yang begitu berjasa pun dinafikan hak mereka, apatah lagi hal-hal yang diaggap tidak ada kena mengena dengan mereka. Lihatlah bagaimana pilihan raya yang menjadi lambang demokrasi kini menjadi simbol kuku besi!

Kini tidak cukup dengan kuasa yang ada disalahgunakan untuk menindas rakyat, kuasa yang sama juga diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Apa guna rakyat menyerahkan kuasa kepada Umno/BN jika kuasa itu kemudian diserahkan pula kepada taikon-taikon yang menguasai politik negara.

Kepada VK Lingam dan Vincent Tan ‘diserahkan’ kuasa untuk melantik hakim-hakim, dan Tengku Goh pula didedahkan mempunyai kuasa untuk menentukan perlantikan pegawai tinggi polis.

Ini belum dihitung kuasa-kuasa yang dimiliki oleh ‘Tingkat 4′ dan kuasa magik yang dimiliki oleh menantu Perdana Menteri.

Cerita VK Lingam dan Vincent Tan mencaturkan perlantikan hakim telah dibongkar melalui rakaman video yang didedahkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ternyata usaha pembangkang membongkarkan perkara ini memberi kesan apabila sebuah Pasukan Penyiasat dibentuk oleh kerajaan.

Lebih berkesan lagi apabila Majlis Raja-raja menolak cadangan Perdana Menteri untuk mengekalkan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Halim sebagai Ketua Hakim Negara.

Akhbar Straits Times Singapura dalam laporannya mendakwa Majlis Raja-raja menolak cadangan untuk menyambung semula tugas Tun Ahmad Fairuz sebagai protes terhadap peranan VK Lingam dan Vincent Tan dalam skandal ini.

Sungguh aneh sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan perlantikan Pemangku Ketua Hakim Negara kerana khidmat Tun Ahmad Fairuz berakhir pada 31 Oktober 2007.

Secara logiknya Perdana Menteri sudah tahu tentang tarikh tamat perkhidmatan Tun Ahmad Fairuz, tetapi mengapa tidak diserahkan cadangan nama kepada Majlis Raja-raja untuk perlantikan ketua hakim yang baru sehingga terpaksa melantik pemangku.

Ini menunjukkan kelemahan ketara seorang Perdana Menteri. Lainlah jika nama yang dikemukakan itu telah ditolak oleh Raja-raja Melayu. Boleh jadi benar juga dakwaan akhbar Singapura itu, walaupun akhbar perdana di negara kita menyembunyikannya.

Pendakwaan ke atas Datuk Ramly terus menjadi persoalan di benak rakyat. Jika berlaku rasuah atas kekayaan luar biasa itu, rakyat sudah lama menyedarinya.

Tetapi biasanya isu-isu rasuah terhadap pegawai tinggi polis seperti Tan Sri Musa Hassan dan Dato’ Zulkifli dahulupun diselamatkan. Tetapi yang menjadikan cerita Datuk Ramly lebih hebat kerana adnya watak Tengku Goh, seorang ketua kumpulan kongsi gelap yang bukan sahaja mencaturkan pegawai tinggi polis, tetapi turut bersekongkol dengan PDRM dalam kegiatan jenayah.

Saya bukan bermaksud untuk mempertahankan Ramly, tetapi saya terpanggil untuk mempersoalkan mengapa Datuk Ramly hanya didakwa kepada kegagalannya mengisytiharkan harta dan tindakan beliau menjadi lembaga pengarah sebuah syarikat.

ryAdakah pegawai tinggi polis yang lain, termasuk menteri dan timbalannya telah mengisytiharkan harta mereka serta tidak berniaga dalam mana-mana syarikat. Maka Ramly sahaja yang layak didakwa.

Kita menyedari bahawa Ramly telah menjadi mangsa balas dendam kerana telah menyiasat kegiatan Tengku Goh dan mencadangkan supaya Tengku Goh dikenakan tahanan di bawah Ordinan Darurat.

Hasil laporan Jabatan Jenayah Perdagangan, Tengku Goh telah ditahan dan dibuang daerah ke Jeli dan ketua kongsi gelap itu mendapatkan perintah habeas corpus daripada mahkamah dengan sokongan BPR dan PDRM sendiri.

Kita boleh memahami bagaimana peranan Tengku Goh ini terhadap kedudukan pegawai-pegawai tinggi polis.

Dia bukan sahaja boleh menentukan kenaikan pangkat pegawai-pegawai polis, tetapi boleh menyebabkan pegawai polis yang tidak bersekongkol dengannya didakwa seperti yang dialami oleh Ramly.

Ternyata masalah yang menghantui MCA satu ketika dahulu kini menular dan menjadi hantu raya kepada polis pula.

Satu masa dahulu, perkara seperti ini pernah berlaku ke atas MCA apabila seorang ketua kongsi gelap, “Jacky Chan” telah didakwa oleh ahli-ahli parti itu sebagai mencatur kepemimpinan parti.

Walaupun polis telah mempunyai bukti terhadap kegiatan jenayah beliau termasuk terlibat dengan kes bunuh, senjata api dan sebagainya, beliau hanya ditahan di bawah Ordinan Darurat yang ketika itu Presiden MCA, Dato’ Seri Ong Ka Ting menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Saya tidak bermaksud untuk mengaitkan kegiatan kongsi gelap dalam MCA dengan kongsi gelap dalam PDRM, tetapi sekadar memperlihatkan betapa getirnya masa depan Negara.

Bukan sahaja parti pemerintah seperti MCA dikuasai kongsi gelap, pasukan kselamatan juga turut dikuasai anasir kongsi gelap. Lebih malang lagi apabila para pemimpin dengan sengaja membiarkan mafia-mafia politik ini menentukan perlantikan para hakim dan pegawai tinggi polis.

Kita akan berasa hairan dengan sikap yang begitu dangkal dan bebal para pemimpin yang diberi amanah oleh rakyat apabila mereka sengaja membiarkan kuasa mereka diragut oleh mafia-mafia ini.

PAS bersyukur kepada Allah apabila Majlis Raja-raja menggunakan kuasa mereka untuk menolak perlantikan semula Tun Ahmad Fairuz yang dalam kata lain Raja-raja memberi isyarat untuk tidak mahu bersekongkol dengan mafia-mafia ini.

Peliknya, pemimpin BN seperti buta hati tidak memahami amanah yang diberikan kepada mereka.

Sebagai pemimpin, apabila mereka diberikan amanah atau kuasa oleh rakyat, mereka adalah ‘powerful’.

Maka, hak kuasa ini mesti dijalankan oleh pemimpin dengan sepenuh hati untuk kepentingan rakyat.

Tetapi apa yang terjadi ialah, para pemimpin kehilangan arah dan tidak tahu menggunakan kuasa mereka sehingga kuasa itu diragut secara haram oleh mafia politik. Ia seolah-olah pemimpin kita sebenarnya ‘bloody fool’. Seperti kata pepatah Inggeris “seorang pemimpin menggunakan kuasanya dianggap ‘powerful’ tetapi jika ia gagal menggunakan ‘power’nya, dia akan dianggap fool”.

Signal yang ditunjukkan oleh Majlis Raja-raja ini patut menjadi pengajaran bagi rakyat.

Kuasa yang sebenarnya dimiliki oleh rakyat telah gagal dimanfaatkan kerana sikap rakyat yang tidak prihatin terhadap penyelewengan. Rakyat hanya berdiam diri terhadap salah laku dan salah guna kuasa pemimpin.

Raja-raja terpaksa menggunakan kuasa mereka untuk mengimbangi kelemahan rakyat.

Rakyat mesti bangkit mempertahankan hak mereka dan menyahut seruan Raja Muda Perak untuk menghapus pemimpin rasuah habis-habisan. Kesempatan pilihan raya ke-12 ini adalah peluang terbaik untuk rakyat bertindak.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! - mr

Pemuda PAS wajib hadir perhimpunan rakyat Sabtu ini


Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada siapa yang mengaku menjadi ahli Pemuda PAS, supaya wajib hadir di dalam perhimpunan aman menuntut pilihan raya yang adil, Sabtu ini.
Saya mengarahkan khas kepada ahli Pemuda PAS seluruh negara supaya menyertai perhimpunan aman itu bagi memberi kesedaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan menjalankan pilihan raya secara telus dan adil.
Perhimpuanan aman anjuran Bersih tersebut akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu 10 November ini, bermula jam 3 petang.
Saya mengingatkan supaya ahli Pemuda PAS seluruh negara, kehadiran dalam perhimpunan aman itu amat penting jika mereka benar-benar mengaku sebagai ahli Pemuda PAS dan mahu meneruskan perjuangan dalam Islam.
Saya minta agar Pemuda PAS dapat buktikan yang kita cintakan keadilan serta keamanan. Jika sami-sami Buddha di Myanmar sanggup berdemonstrasi di jalan raya untuk menuntut keadilan tidak ada sebab bagi Pemuda PAS tidak hadir dalam perhimpunan aman itu.
Saya juga mengingatkan agar Pemuda PAS seluruh negara supaya berani dalam menghadapi apa sahaja cabaran dan halangan, tidak perlu gentar dan amaran atau ugutan daripada pihak polis.
Dalam masa yang sama saya mengingatkan seluruh Pemuda PAS supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan mematuhi segala arahan daripada pihak pimpinan Parti.

YB. SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

5.11.07

Isu Dato' Ramli: Wujud sengketa dua 'team' dalam PDRM - Mahfuz


KUALA LUMPUR, 31 Okt - Pendedahan Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Dato' Pahlawan Ramli Yusuff tentang siasatan rasuah RM27 juta semalam menggambarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang menghadapi masalah kredibiliti yang parah termasuk dilihat wujudnya persengketaan antara dua kumpulan bersara dalam pasukan keselamatan itu.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata kenyataannya itu turut membayangkan bahawa wujud pakatan untuk menjatuhkan nama baik Ramli dan beberapa para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kerana telah mendedahkan sebelum ini, kes Goh Cheng Poh @ Tengku.

Tengku dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan termasuk ada kaitan dengan beberapa kumpulan kongsi gelap terbesar dalam negara ini yang pernah dilaporkan oleh Malaysia-Today.net.

"Sehingga kini laporan Malaysian Today milik Raja Petra itu tidak dinafikan oleh sesiapa termasuk polis sendiri," katanya sewaktu sesi sidang media khas berhubung isu rasuah polis yang hangat diperkatakan di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.

"Saya tidak memihak kepada sesiapa malah mahu siasatan terhadap Ramli diteruskan, cuma pendedahan semalam menunjukkan ada kepincangan yang berlaku melibatkan pegawai kanan polis yang lain. Kenapa mereka ini tidak disiasat?" soalnya.

Dalam kenyataan Ramli bahawa pada tahun lalu, Jawatankuasa Bersama dan Pasukan Khas Polis peringkat Kabinet telah ditubuhkan dan PDRM diberi tanggungjawab memerangi ancaman kegiatan Ah Long dan perjudian haram yang sangat membimbangkan.

Pada Mac 2007, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri memberi arahan khusus kepada JSJK mengenai aktiviti beberapa sindiket jenayah di Johor membabitkan beberapa orang bergelar Datuk dan Jaksa Pendamai (JP). Penyiasatan JSJK membawa kepada penahanan dan buang daerah Goh Cheng Poh @ Tengku ke Jeli, Kelantan, kata Ramli.

Arahan penahanan dan buang daerah itu dibuat di bawah kuasa Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri berdasarkan risikan yang dikumpul pegawai-pegawai polis di JSJK. Pembuangan daerah Goh Cheng Poh @ Tengku adalah menerusi pengakuannya sendiri.

Dia yang mempunyai latar belakang yang dipersoalkan juga telah dibuang daerah sebelum itu dan terlibat dalam kejadian menembak yang menyaksikan seorang rakannya ditembak dan terbunuh, kata Ramli yang mendakwa isu rasuah RM 27 juta timbul selepas Tengku dikenakan tindakan.

Kata Mahfuz mengikut kepada kenyataan Ramli ini seolah-olah isu RM27 juta ini timbul selepas pihak Ramli dan JSJK mengenakan tindakan ke atas Tengku dengan kuasa arahan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato' Johari Baharom.

Lebih mengejutkan kata Mahfuz, Tengku yang kemudiannya menyaman kerajaan Malaysia telah disokong pula oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan BPR dalam satu afidavit yang secara tidak langsung dilihat bersetuju dengan tindakan Tengku tersebut.

Ini dilihat kata Mahfuz seperti 'pembalasan dendam' pihak lain dalam PDRM yang tidak puas hati dengan tindakan Ramli dan JSJK dan mahu menjejaskan nama baik beliau dan Mahfuz turut ditanya tentang persengketaan dua kumpulan PDRM yang juga pernah disebut oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Haniff Omar sebelum ini.

"Seolah-olah 'team A' di bayangi oleh Musa Hassan yang di sokong oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merujuk kepada rekod lanjutan khidmatnya manakala team B pula oleh Ramli Yusuff yang secara tidak langsung di sokong oleh Johari Baharom, malah sengketa Johari dan Musa juga telah diketahui umum," katanya.

"Kesan kepada situasi ini cukup bahaya dan membawa kepada malapetaka kepada keselamatan negara apabila rakyat jelata bakal menjadi mangsa kerana polis boleh dirasuah atau mempunyai hubungan baik dengan kongsi gelap dan samseng," katanya.

Beliau juga merujuk kepada kejadian dua anggota polis ditembak di Sungai Buloh baru-baru ini yang berkemungkinan adalah akibat daripada pemberi maklumat yang telah mebocorkannya kepada penjenayah dan kemungkinannya melibatkan polis yang telah dirasuah.

Beliau mahu satu Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan bagi menyiasat keselruhan kes bukan sahaja melibatkan aset dan harta Ramli yang didakwa bernilai RM27 juta tetapi juga aset, harta, kewangan dan hubungan perniagaan Ketua Polis Negara, para pegawai kanan yang lain, menteri-menteri yang berkaitan keselamatan negara termasuk BPR yang didakwa berlaku tidak adil dalam kes ini.

"Jika tidak ini akan menunjukkan bahawa Abdullah telah gagal menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri kerana tidak berjaya membendung sengketa yang berlaku dan kegagalan menubuhkan suruhanjaya tersebut membukti kerajaan tidak telus dan mahu menutup pelbagai kes salah laku yang melibatakan pemimpin negara," katanya.

"Suruhanjaya ini akan menyebabkan rahsia dan kes-kes lampau dan besar mereka akan terdedah kepada umum dan mengakibatkan rakyat meragui kepimpinan mereka selama ini," jawab Mahfuz setelah ditanya wartawan tentang sebab kerajaan tidak endah tuntutan menubuhkan suruhanjaya tersebut. - mks.

Presiden arah semua ahli PAS sertai Himpunan 100,000 Rakyat


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli PAS seluruh negara hadir pada program Himpunan 100,000 Rakyat di Dataran Merdeka pada 10 November nanti.

Arahan itu dinyatakan dalam kenyataan media yang ditandatangani bersama oleh Ketua Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohamad Daud Iraqi; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 28 Oktober di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar.

Mesyuarat itu bersetuju menganggap program Himpunan 100,000 rakyat sebagai satu program parti yang dianjurkan bersama dengan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih).

Tujuan utama program itu untuk secara aman menyatakan hasrat PAS agar pilihan raya dikendalikan secara bersih dan adil.

Himpunan 100,000 rakyat akan diadakan pada hari Sabtu jam 2.30 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Semua peserta dikehendaki memakai pakaian berwarna kuning sebagai tanda kebersamaan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kata penganjur.

Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada tergendala, katanya


4.11.07

Ucapan Nik Aziz di ECER - Tazkirah Mursyidul Am PAS kepada Presiden Umno

" Bismillahir Rahmanir Rahim
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Maksud Surah An Nahl: Ayat 90).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera

Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia dan isteri;

Yang Amat Berhormat
Dato' Sri Adnan bin Haji Yaakob
Menteri Besar Pahang; Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh
Menteri Besar Terengganu; Yang Amat Berhormat
Dato' Haji Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Johor; YB Dato' Seri Mohd. Effendi Norwawi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat
Menteri-Menteri Kabinet; Yang Berhormat
Ahli-Ahli Parlimen Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri; Dif-Dif Kehormat; Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Alhamdulillah. Dengan seizin Allah S.W.T., sekali lagi kita dapat menghirup udara nyaman pada hari ini.ni menandakan betapa kita masih terus dilimpahi nikmat dengan rahmat dan inayah dari-Nya untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi Negeri Kelantan. Sesungguhnya pelancaran ini boleh dijadikan titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua belah pihak dalam berkongsi anugerah Allah S.W.T. yang dilimpahi-Nya kepada kita semua baik di Kelantan atau negara Malaysia pada amnya yang sama-sama kita kasihi selama ini. Bahkan, ia adalah detik bersejarah yang mengesahkan lagi penerusan wujudnya jalinan kerjasama akrab sekian lama khususnya sejak 17 tahun negeri ini diperintah oleh Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini. Tanpa pertukaran apa-apa, pelan yang bakal dilancar dan dilaksanakan nanti tidak memerlukan apa-apa perubahan nakhoda. Kapal boleh berlayar dengan matlamat yang tidak berganjak yakni memakmurkan bumi Allah dengan segala ikhtiar yang tidak menyalahi syariat Ilahi.
Dalam semangat ini, mewakili Kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan YAB Dato' Seri Perdana Menteri. YAB DatoĆ¢€™ Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Tugas pemimpin laksana dasar Allah
Ayat Al-Quran yang baru saya baca dalam muqadimmah tadi biasanya dibaca di atas mimbar Jumaat, saya membacanya pada hari ini di atas mimbar masyarakat. ImageDi rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin dan rakyat. Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar Allah manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Allah. Setelah 17 tahun saya diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Kelantan dengan dasar Al-Quran Nul Karim sebagai Kalamullah, termasuk ayat yang saya baca sekejap tadi, petang ini saya dan Kerajaan saya seakan-akan terasa akan adanya perubahan baru. Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin negara. Alangkah manisnya hidup kiranya insan yang sengaja diciptakan Allah Azzawajalla dengan berlainan watak dan kerenah ini boleh patuh kepada ketetapan azali sejak Nabi Adam alaihissalam lagi. Firman Allah S.W.T. ada membawa maksud berbunyi "Dan Kami berfirman: turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan. Kemudian (Adam dan Hawa) menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman: "turunlah kamu semua dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Al-Baqarah: Ayat 36 - 38).Mudah-mudahan langkah penyatuan pentas ini akan memulakan jalur-jalur gemilang yang sungguh-sungguh sebagai ganti kepada jalur-jalur hitam selama 17 tahun sebelum ini. YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian, Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini. Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera. Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu. Bahkan memahami pembahagian dan pengkhususan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui 2 rancangan lima tahun yang telah kita lalui. Projek-projek cadangan ini telah dikemukakan kepentingannya untuk diberikan perhatian Pusat dari masa ke semasa. Mungkin kerana kesuntukan kewangan, ia tidak diberikan perhatian. Kali ini Kerajaan Negeri wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah sudi mengiktiraf apa yang kami kenalpasti sebagai projek-projek mustahak selama ini dan akhirnya telah diberikan perhatian. Pastikan pelan ECER realistik bukan hipokrasi Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya. Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas. ImageApapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas. Dalam banyak buku ilmiah, saya ada juga terbaca bahawa sesuatu pelan yang berkesan ialah pelan yang dapat diterima tanpa curiga oleh kumpulan sasar. Ciri pelan yang berjaya juga ialah pelan yang dapat dilaksanakan. Biasanya pelan pembangunan yang baik harus bertolak dan bermula dari bacaan mengenai senario ekonomi dunia semasa yang teliti berasaskan unjuran yang tepat mengenai turun naik harga petrol, emas dan lain-lain komoditi yang utama. Realiti dan waqi' persekitaran yang berubah ini biasanya akan menentukan pula angkubah-angkubah yang memungkinkan sebuah pelan yang realistik itu dapat diisytiharkan. Saya berandaian, semua aspek ini telah diambil kira dalam segenap segi sehingga ia tidak menjadi sebuah impian dan bukan sekadar 'satu lagi pelan'. Sememangnya indah untuk berada sekadar di alam mimpi kerana ia mengasyikkan: Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
Tiada yang indah dalam berkasih
Mimpikan bulan jatuh ke riba Dalam banyak hal, apa yang mustahak ialah pelan yang dapat menghasilkan kenyataan. Siapalah yang tidak bergembira untuk mendengar janji yang akan datang dalam ratusan bilion ringgit. Ini lebih-lebih lagilah apabila janji itu dipenuhi. Sudah banyak kita saksikan betapa janji yang indah kadang-kadang boleh menjadi musuh besar apabila ia gagal dipenuhi. Kebocoran, siling runtuh, rasuah dan pecah amanah, inflasi dan hipokrasi adalah antara musuh-musuh bersama yang boleh menghambat cita-cita murni. Emas hitam anugerah Allah yang dipinggirkan dalam ECER YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian, Walaupun cadangan pendaratan gas dan minyak di pesisir pantai kita masih tidak diberi perhatian dalam ECER, saya masihlah memandang kepentingannya sebagai sesuatu yang bersifat mendesak. Pada kami, ia sepatutnya diletakkan sebagai paksi asas dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Seperti yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lalu, kami masih merayu agar gas dan minyak didaratkan di Pantai Senok. Bukan senang deposit emas hitam ini boleh terbentuk. Dengan penuh susah payah Allah S.W.T. telah ratusan jutaan tahun memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak bumi. Dengan segala percaturan kimia melalui mendapan humus, fosil dan tindak balas haba di perut bumi, Allah S.W.T. telah dengan segala ehsan menyimpan lalu menganugerahkan bumi Kelantan dan laut Kelantan dengan bahan semahal ini. Mensia-siakan nikmat namanya apabila ia seolah-olah dibuat-buat 'terlepas pandang' dan tidak ditimbangkan untuk dimasukkan ke dalam pelan induk pembangunan Wilayah yang sebesar dan sepenting ini. Setakat ini, kami hanya berputih mata melihat khazanah bumi kami dipunggah dan dihirup sepuas-puas oleh golongan amir politik tanpa didaratkan di pantai Kelantan sendiri walaupun sesudu teh. Dalam feqah Islam, telah lama ditulis "hukmul fa il wal khu roji wa rriqaz". Bahkan zakat yang dipungut daripada sesebuah perkampungan tidak boleh dipindah zakat itu ke tempat lain kecuali terlebih dahulu diagih-agihkan kepada al mustahiqiin tempatan. Ini adalah hukum Allah dan Rasul. Tak disempurna di dunia oleh pihak al-umara', ia akan disempurna juga oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak. "Sesungguhnya hari keputusan (hari kiamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya." (Surah Ad-Dukhaan: Ayat 40). Untuk menyatakan komitmen Kerajaan Negeri terkini, kita telah meluluskan penubuhan sebuah jeti penghantar (supply base) di Pengkalan Kubur, Tumpat, khusus untuk sokongan kerja penggerudian minyak dan gas di Joint Development Area (JDA) dengan Thailand dan Vietnam, di luar pesisir pantai Kelantan. Kerja pembinaan Jeti tersebut mulai Oktober ini dan ianya akan menjadi pemangkin kepada satu industri yang dapat mengembangkan ekonomi negeri dan membuka peluang pekerjaan. Dalam keadaan-keadaan yang seperti inilah, relevannya kita mengetepikan sentimen politik bersifat kepartian. Tidakkah boleh kita menjadikan maudhu' ini sebagai perkara bersama untuk dikongsikan secara pintar bagi tujuan yang sama. Saya masih ingat betapa murninya ketika KUB menandatangani persefahaman ini bagi pihak Pusat dizaman Tun Dr. Mahathir pada tahun 1996 dahulu. Ini kekal terlipat dalam sejarah; kisah benar sebuah 'pelan indah' yang tidak menjadi hingga sampai ke hari ini. Pembinaan modal insan tidak berjaya kecuali dengan tarbiyah Islam YAB Dato' Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian. Dalam hubungan Kelantan yang telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan berteraskan ilmu pula, saya bermohonlah untuk memberikan sedikit peringatan. Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh. Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka. Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam serta para tabi'in dan wali-wali zaman berzaman. Jika Kelantan mahu diiktiraf sebagai pangkalan terpenting modal insan, maka kita jangan abaikan aspek pembinaan roh. Elemen rasuah, dedah, dadah, belasah dan menolak hukum Allah adalah manifestasi kekacauan fikrah. Betapa kacau bilaunya acuan dan tertib tarbiyyah kita yang telah dirangka oleh negara selama ini. Ikut cara kami bangunkan negara bersama Islam Untuk itu, mari kita cuba menjadi lebih ikhlas dengan cuba sama-sama memperbetulkan keadaan, memikul amanah agama demi memulihkan manusia untuk kembali kepada nilai-nilai fitrah keinsanan sejati selaras dengan prinsip asal 'ubudiyyah' sejak asal kita semua dijadikan. ImageBagi kami di Kelantan, kita telah lama mengisytiharkan konsep 'Membangun Bersama Islam', berasaskan dakwah bil hikmah wal mauizotul hasanah. Dalam rangka konsep ini, kami memuatkan prinsip ubudiyyah yakni semua orang wajib kembali kepada pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T. Bagi mereka yang belum Islam, mereka diajak untuk hidup dalam kesedaran ketuhanan. Kami juga memuatkan prinsip mas'uliyyah yakni bekerja dengan penuh sedar bahawa setiap manusia tanpa mengira pangkat, bangsa dan budaya akan disoal jawab oleh Allah Taala sendiri tanpa sebarang jurubahasa. Manakala Itqan yakni bekerja dengan penuh berkualiti untuk menghasilkan apa sahaja nilai amalan dan aktiviti dari jenis yang terbaik. Seluruh sekolah milik Kerajaan Negeri Kelantan telah dan sedang merangka dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum untuk menggunakan ruang lingkup kesedaran yang keseluruhannya berteraskan ketaqwaan kepada Allah Robbuljalil. Dalam semangat pesan memesan (Watawa soubilhaq watawa soubissobr), alangkah tepatnya jika pelan pembinaan insan yang termuat dalam ECER ini mampu dengan jujur membuat pengisian-pengisian yang semurni ini. Jika tidak, percayalah walau secemerlang manapun pelan pembinaan insan kita, tanpa agama, rakyat akan hidup sebagai insan yang bermentalitikan haiwan kerana dia *****a takutkan polis dan BPR, undang-undang, tali gantung dan peraturan dan dia akan hidup dan mati dalam kekeliruan. Di sana nanti dia akan terpinga-pinga dalam suasana yang salah menyalah "maka, berkatalah pengikut kepada pemimpin dan pemimpin kepada pengikutnya" sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Nul Karim. (Sila semak dan tadarrus sendiri maksud Surah Al-Baqarah dari Ayat 166 hingga 167). Menyentuh tentang tumpuan pertanian yang khabarnya hanya akan diberikan tumpuan yang sangat minimum oleh Pelan Wilayah Timur ini, saya kira sekali lagi kami perlu membuat teguran. Sejak dari dahulu, Kelantan dikenali sebagai negeri pertanian. Apa erti mengisytiharkan istilah-istilah seperti "halal hub" atau Jelapang Makanan Negara jika perhatian ke atas sektor ini sekadar bersifat batuk di tangga? Sekali lagi saya mengharapkan sesuatu yang lebih singnifikan dapat dilakukan ke arah pembetulan ini. Mari bermuafakat elak ganggu Kelantan YAB Dato' Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan konsep persekutuan. Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri. Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami dengan penuh keterbukaan. Bagaimanapun beradablah ketika melangkah. Bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. Masuk berpintu. Keluar bertangga. Kadang-kadang, ya. Terasa juga. Makan sirih berpinang tidak
Buah keranji atas perahu
Singgah tidak kenang pun tidak
Sampai hati buat tak tahu Hanya inilah kali pertama saya diberi kesempatan untuk berucap di majlis yang dihadiri oleh YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Apapun jua, syukurlah. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran ini. Dengan nama Allah, saya sudahi dengan Wabillahi taufiq Wal hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) PADA 17 SYAWAL 1428/29 OKTOBER 2007, JAM 2.30 PETANG DI KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH WAKAF MEK ZAINAB, KOTA BHARU, KELANTAN) - mr

1.11.07

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENYIAPKAN MASJID



PAS Kawasan Pokok Sena Ingin Memohon Sumbangan Orang Ramai untuk menyiapkan Sebuah Masjid Dihadapan Kompleks PAS kawasan Pokok Sena. Masjid Itu Telah Dibina Sehingga Hari Ini 80 Peratus telah Siap.. Untuk Menyiapkan 20 Peratus Lagi Pihak PAS Kawasan Pokok Sena Ingin Memohon Sumbangan Orang Ramai :

UNTUK KETERANGAN LANJUT MUSLIMIN & MUSLIMAT SEKELIAN BOLEH MENGHUBUNGI

1) YANG BERHORMAT HAJI ROSHIDI BIN HAJI OTHMAN
PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID
H/P 013-4217012

2) TUAN HAJI MAHFUZ BIN OMAR
YDP PAS KAWASAN POKOK SENA
H/P 019-4422685

3) SDR AHMAD ZUHAIRI BIN ZUBIT
SETIAUSAHA PAS KAWASAN POKOK SENA.
04-7870802 / 019-4775140

4) SHEIKH OTHMAN BIN HAJI HASSAN
AJK PEMBINAAN MASJID
04-7876568



SUMBANGAN TUAN/PUAN JUGA BOLEH DIMASUKKAN KEDALAM AKAUN:

NAMA AKAUN : PAS KAWASAN POKOK SENA ( PEMBANGUNAN )
NO AKAUN : 02011010088816
NAMA BANK : BANK ISLAM BERHAD CAWANGAN ALOR STAR.

ATAU

CEK ATAS NAMA : PAS KAWASAN POKOK SENA.

ALAMAT MASJID / KOMPLEKS PAS KAWASAN POKOK SENA:

KM8.5, JALAN LANGGAR, 06500 LANGGAR, ALOR STAR KEDAH DARUL AMAN.

Kami PAS Kawasan Pokok Sena ingin mengucapkan Ribuan terima Kasih Kepada Penyumbang untk Pembinaan Masjid Tersebut. Hanya ALLAH Saja lah yang membalas jasa baik Muslimin dan muslimat Sekelian.

"

Buat seluruh pembayar cukai pintu dan penduduk Bandaraya Alor Star

PASTIKAN BANDARAYA ALOR STAR BUKAN ” KORIDOR SAMPAH”

Oleh Mahfuz Omar

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembayar cukai yang telah memberi sokongan moral dan menjayakan program Sebungkus Sampah Untuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada hari Ahad – 21 Okober 2007 yang lalu walaupun terpaksa mengharungi sekatan lalu lintas oleh pihak keselamatan.

Hasil pertemuan dengan Datuk Bandar, pihak Majlis Bandaraya telah berjanji akan mengambil langkah untuk memperbaiki kelemahan perkhidmatan pungutan sampah dengan secepat mungkin.

Kita sebagai pembayar cukai pintu ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk Bandar yang telah memberi harapan yang tinggi untuk menyelesaikan masalah tersebut.




Apa yang dikehendaki oleh penduduk / Pembayar cukai ialah keyakinan dan bukan sekadar harapan daripada MBAS. Keyakinan yang membawa maksud kawasan Bandaraya Alor Setar bersih daripada kekotoran dan longgokan sampah.

Sehubungan dengan itu, kita telah bersetuju menubuhkan Sekretariat Pemantau Operasi Sampah ( SPOS) yang bertujuan untuk mendapat aduan dan maklumbalas orang ramai / pembayar cukai pintu sekiranya perkhidmatan pungutan sampah di kawasan tuan / puan masih tidak memuaskan.

Perkhidmatan pungutan sampah yang memuaskan sepatutnya dikutip setiap 2 hari sekali.

Segala aduan tuan / puan boleh dipanjangkan ke talian berikut : Pejabat Sekretariat (04-7870802), Sdr Khairul (019-4940365) / Hj Adnan Saad ( 012-5886786) / Sdr Mohd Nasir Mustafa (012-4215955) / Hj Mohd Fauzi Hussin (013-5325284)/ Sdr Zuhairi (019-4775140) dan Sdr Zulkifli Harun (019-5528001) atau terus menghubungi saya. ( No tel. / E-mail tertera dibawah).

Sekretariat Pemantau Operasi Sampah (SPOS) mengharapkan kelemahan perkhidmatan pungutan sampah akan diselesaikan oleh MBAS dalam tempoh sebulan (sehingga 30 November 2007) .

Tindakan selanjutnya akan dimaklumkan kepada seluruh pembayar cukai sekiranya masalah timbunan dan longgokan sampah yang bersepah-sepah masih gagal diselesaikan.


Sekian. Terima kasih.


“Berkhidmat Untuk Rakyat ”

Yang benar,

TT

Hj Mahfuz bin Hj Omar ( 019-4422685 / E-mail : MAHFUZ4555 @ yahoo.com)

Pembayar Cukai Pintu ( No. Bil : 34318 / No. Akaun : T 0034318 – 08)

No. 47, Taman Satria 06500 Alor Star, Kedah Darul Aman.

"