SELAMAT DATANG KE BLOG



28.5.08

Wakil rakyat, Speaker DUN Kedah 'dipaksa' berjalan kaki ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Seramai 18 orang terdiri daripada Wakil Rakyat, Speaker dan Timbalan Speaker dariapada Dewan Undangan Negeri Kedah telah 'dipaksa' berjalan kaki kira-kira 200 meter menuju bangunan Parlimen daripada pintu pagar utama. Tinjauan Harakah juga mendapati kejadian yang berlaku pada 10.30 pagi tadi menyaksikan Bas Kerajaan Negeri Kedah dilarang masuk sekalipun untuk menghantar ahli rombongan ke pintu berdekatan berbanding bas sekolah dan persendirian yang dilihat bebas menuju ke pintu masuk utama dan belakang bangunan Parlimen.
Harakah sempat bertanya kepada salah seoarang Adun yang sedang berjalan kaki, Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan) turut hairan dengan layanan dan sikap tidak mesra pihak parlimen dalam menghormati rombongan kerajaan negeri yang hadir untuk menyaksikan sidang dewan berlangsung. "Saya pun tidak faham, sedangkan kita sudah ada surat dan dokumentasi yang telah dimajukan lebih awal. Bas kami pun dilarang masuk malah kami ditahan di luar pagar dan setelah saya berunding, barulah mereka benarkan masuk tetapi terpaksa berjalan kaki.
"Mereka langsung tidak hormat kepada kami dan saya hairan kenapa ada diskriminasi sebegini?" katanya yang ditemui di pesisir jalan Parlimen yang agak curam itu.
Katanya insiden ini juga melambangkan secara tidak langsung sikap kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah yang hilang wibawa dan tidak menghormati suara rakyat yang memilih ahli parlimen dan wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada PAS, KeADILan dan DAP sebagai pemimpin mereka.

156 Ahli UMNO Pokok Sena Kedah Keluar Parti

Seramai 156 orang ahli UMNO dari Cawangan Sri Tanjung Pokok Sena Kedah mengikut jejak langkah mantan Perana Menteri, Tun Dr Mahathir meninggalkan parti itu sebagai langkah memprotes kepimpinan Presien parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Ketua UMNO Cawangan tersebut, Baharudin Mahmud membuat perisytiharan keluar beramai-ramai dari parti dan menurunkan bendera UMNO selagi Datuk Seri Abdullah menjadi Perdana Menteri. Mengikut kenyataan Timbalan Ketuanya, Mohd Syarfuddin Mohd Syuhada pula, tindakan yang mereka ambil tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia adalah cetusan hati nurani mereka sendiri. Belia menambah tindakan mereka itu diharap dapat memberikan satu mesej yang jelas kepada kepimpinan tertinggi UMNO yang mana selama 4 ahun berkuasa, tidak ada apa kemajuan yang di bawa oleh Pak Lah dan yang di dalam dirinya ada satu sifat iaitu merasakan dia segala-galanya. Peristiwa berkenaan merupakan satu tamparan hebat kepada kepimpinan Pak Lah dan menjelaskan bahawa UMNO menjadi sebuah parti yang semakin ditinggalkan selagi beliau berkeras ingin terus mempertahankan jawatannya.Rakyat sebenarnya tertanya-tanya apakah "muslihat" di sebalik keengganan Pak Lah melepaskan jawatannya selain dari memberikan jawapan yang superpicial iaitu "banyak lagi kerja yang hendak dilakukan", kerana apa yang nyata ialah selagi lama ia berkuasa dan selagi banyak perkara yang Pak Lah lakukan maka akan semakin banyak kerosakan yang akan dibawa kepada negara.Di dalam satu perkembangan berasingan BERSIH baru sahaja membuat laporan polis yang menamakan Pak Lah diantara mereka yang bertanggungjawab terhadap pembatalan penggunaan dakwat kekal di dalam pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac lalu. Nama-nama lain yang terlibat ialah Abdul Ghani Patail (Peguam Negara), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman (Pengerusi SPR) dan Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara)."Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal Mustafa, jurucakap BERSIH.Sejumlah RM2.9 juta tlah dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat kekal dari India tetapi penggunaannya dibatalkan kerana kononnya bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis.Menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di dalam Parlimen minggu lepas memberitahu bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal hanyalah berdasarkan "bukti khabar angin".

Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia bermula hari ini ! - Pakatan Rakyat

Terkini!!!! KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.
Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.
Menurut Dr Wan Azizah yang membacakan kenyataan bersama itu,selepas pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana sudah mula menunjukkan keterbukaan terhadap laporan mereka sedikit.
Namun, ada juga akhbar sebaliknya membuat laporan berat sebelah dan berbaur perkauman selain laporan yang tidak tepat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan KeADILan), ujar wan Azizah. <> "Yang paling teruk sekali ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, mereka masih terus memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dalam pakatan secara tidaka dil seolah-olah mereka masih jalankan kempen pilihan raya walaupun pilihan raya telah tamat lebih tiga bulan lalu," dakwanya.
Selain itu dakwanya, Utusan juga mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dengan tujuan jelas menimpulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
"Kami sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan, dan kami ingin membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum agama dan gender,
"Kami tidak mahu melihat kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin berkuasa dan kroni yang kaya," katanya.
"Justeru kami (Pakatan rakyat) menyeru Utusan dan Mingguan Malaysia diboikot hari ini.Pengiklan-pengiklan juga digesa berhenti dari melanggan iklan di akhbar tersebut," katanya.

27.5.08

Kedah antara kelab terbaik

KUALA LUMPUR - Kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super dan persembahan cemerlang dalam Piala AFC membolehkan pasukan bola sepak Kedah berada di kedudukan 145 kelab dunia dalam rangking Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS).
Lebih membanggakan kedudukan Kedah itu lebih baik berbanding kedudukan kelab bola sepak Eropah yang yang ternama seperti Aston Villa (156), Ajax Amsterdam (169), Manchester City (217) dan AS Monaco (282).
Rangking yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu menunjukkan kedudukan kelab bola sepak seluruh dunia dan pungutan mata berdasarkan pencapaian kelab di kejohanan utama termasuk liga domestik.
Bulan lalu, Kedah berada di kedudukan 266 dan melonjak 121 anak tangga dengan mengumpul 95 mata berkongsi mata dan kedudukan dengan sebuah lagi kelab ternama di Eropah, Feyenoord.
Dalam pada itu, Perak, turut melonjak 214 anak tangga menduduki tangga ke-264 daripada kedudukan 478 pada bulan lalu.
Sementara itu dua pasukan kelab serantau dari Singapura, Angkatan Tentera Singapura berada di tangga ke-81 manakala Home United FC menghuni tempat ke- 98.
Pasukan Liga Perdana England, Manchester United mengungguli rangking berkenaan di tangga teratas, diikuti Chelsea di tempat kedua dan Barcelona di tangga ketiga.
Kedudukan rangking kelab dunia itu boleh dilayari di lama web www.iffhs.de.
- Utusan Malaysia -

Kedah jumpa naib juara 2006

KUALA LUMPUR - Buku bertemu ruas menjadi ungkapan tepat dalam menggambarkan pertembungan juara Liga Super 2007-2008 di mana Kedah akan bertembung dengan juara Liga Bahrain, Al Muharraq pada suku akhir bola sepak Piala AFC selepas majlis undian, semalam.
Skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah yang menjulang tiga gelaran Liga Malaysia 2006-2007 itu akan bertandang ke perlawanan pertama suku akhir, 16 September ini di Stadium Kebangsaan, Manama - gelanggang Al Muharraq, bekas naib juara Piala AFC 2006.
Malah inilah peluang terbaik Kedah menebus maruah Malaysia yang tercalar dengan kekalahan 4-1 secara agregat kepada Bahrain dalam pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2010 di Manama dan Shah Alam, Oktober tahun lalu.
Majlis undian di Wisma Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil itu turut meletakkan satu lagi wakil Malaysia, Perak dengan lawan yang seimbang, Safa SC Lebanon memandangkan kedua-duanya merupakan muka baru Piala AFC.
Skuad Seladang yang hanya menduduki tempat kelima Liga Super, bagaimanapun akan menjadi tuan rumah lebih awal dalam perlawanan pertama suku akhir di Stadium Perak, Ipoh pada 16 September ini manakala perlawanan kedua, 23 September.
Al Muharraq yang menjuarai Kumpulan A Piala AFC dan dilatih oleh Salman Sharida, memiliki dua pemain Brazil, Nelson De Silva dan Juliano Fernandez serta Jamal Abraror (Maghribi) di samping membariskan lapan pemain kebangsaan Bahrain antaranya pemain tengah, Mahmoud Abdel Rahman dan penyerang, Abdellah Al Dekhil.
"Semua pasukan yang layak ke suku akhir kali ini agak kuat dan tiada lawan yang boleh dianggap mudah. Kedah pun masih sebuah pasukan yang bagus dari Malaysia tetapi kami kali ini mahu menebus kegagalan bergelar juara 2006," kata Pegawai Al Muharraq, Mohamed Abdullah Al Shamlan.
Kedah dan Perak ialah naib juara Kumpulan D dan E Piala AFC - persaingan kelab Asia bahagian dua di belakang Liga Juara-Juara Asia sementara dua juara kumpulan itu, Home United Singapura dan Angkatan Tentera Singapura berdepan Dempo (India) dan Al Nahda (Oman) pada dua lagi suku akhir.

26.5.08

Batu Puteh jadi putih mata - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menyifatkan Pulau Batu Puteh kini sudah menjadi "pulau putih mata".
Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak dakwaan Menteri Luar Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kononnya keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai pulau itu sebagai situasi win-win.
"Mana ada win-win?! Kononnya nelayan boleh pergi ke sana. Apa jaminan keselamatan nelayan-nelayan kita? Apa tindakan bila pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas nelayan kita?" beliau mempersoalkan sambil menegaskan isu perairan bukan isu nelayan tetapi isu wilayah negara ini. Mahfuz juga menolak pandangan Menteri Luar kononnya Singapura tidak boleh menambak pasir sesuka hati dengan keputusan ICJ itu.
"Apa jaminan Singapura tak tambak?" soal beliau sambil mengingatkan bahawa Singapura tetap meneruskan kerja-kerja menambak pasir sesuka hatinya walaupun dibantah.
Dewan Rakyat sendiri pernah membincangkan usul untuk membantah tindakan Singapura itu sejak dari tahun 1999 lagi, katanya.
Walaupun beliau tidak mahu menyalahkan Umno atas apa yang berlaku itu, tetapi beliau tetap menyifatkan kehilangan Pulau Batu Puteh berpunca dari kelemahan kerajaan.
"Kelemahan kerajaan adalah kelemahan Umno," kata beliau sambil menekankan bahawa kerajaan diterajui oleh Umno. "Tak ada persediaan yang baik, akhirnya kita malu," katanya lagi.
Mahfuz menuntut kerajaaan bertindak ke atas Peguam Negara "yang gagal menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan".

Sanusi: Umno 'pupus' pada 2012?

Bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid meramalkan Umno akan mengalami "kepupusan" pada pilihanraya umum akan datang jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin parti itu. Sanusi, yang keluar Umno bersama Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas, berkata kebimbangan itulah yang menyebabkan bekas presiden Umno itu meninggalkan parti.
"Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus. "Kalau macam sekarang, habis pilihanraya kita tengok macam mana pelantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka. "Jika ia berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya, seperti laporan Harakahdaily.net hari ini. Mengulas sebab beliau mengisyhtiharkan keluar parti, Sanusi berkata, tiada faedahnya terus kekal dalam Umno jika tidak menampakkan sebarang perubahan memulihkan kemerosotan Umno sejak pilihanraya umum lalu. "Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno," Sanusi dipetik sebagai berkata. Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tugas perdana menteri berbanding Abdullah kerana ahli parlimen Gua Musang masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi

21.5.08

Anugerah Guru Cemerlang 2008 Sekolah Agama Rakyat PAS Kedah

Salah seorang guru SMIDU, Ustazah Siti Mekiah binti Haji Shamsuddin telah dianugerahkan Guru Cemerlang 2008 Sekolah Agama Rakyat PAS Kedah. Beliau telah mendapat anugerah tersebut bagi kategori guru sekolah menengah. Beliau juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pokok Sena.
Pemilihan beliau sebagai guru cemerlang telah diputuskan melalui ahli panel yang dilantik oleh Lajnah Pendidikan PAS Kedah. Majlis penyampaian anugerah telah diadakan di Dewan Seri Mentaloon iaitu di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah pada 17 Mei 2008, bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Rakyat PAS Kedah yang julung-julung kali diadakan. Majlis tersebut dihadiri oleh semua guru, kakitangan dan ahli lembaga tadbir dari 21 buah sekolah di bawah Lajnah Pendidikan PAS Kedah. Majlis yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang ini turut dihadiri oleh beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Kedah dan juga beberapa orang ADUN Negeri Kedah.
Dalam pada itu, Allahyarham Ustaz Ahmad Shauki bin Ibrahim telah dipilih sebagai Tokoh Guru 2008 atas sumbangan dan bakti Allahyarham di dalam bidang pendidikan di sekolah-sekolah agama rakyat di Kedah. Beliau juga merupakan bekas guru SMIDU dan juga bekas Pengerusi Lembaga Tadbir SMIDU.
Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB. Ustaz Haji Azizan bin Abd. Razak.
Pihak SMIDU mengucapkan tahniah kepada Ustazah Siti Mekiah binti Haji Shamsuddin kerana telah mengharumkan nama SMIDU dan juga Muassasah Darul Ulum.

20.5.08

Keluar Umno, misi Mahathir gagal jika Mukriz tidak ikut sama - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mendakwa, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak keluar dari Umno, ada desas-desus rakan karibnya, Tan Sri Sanusi Junid juga akan mengikuti langkah bekas ketuanya itu. "Ada kedengaran bahawa Sanusi juga didakwa akan keluar dari Umno mengikut jejak langkah Tun Mahathir. "Tetapi persoalannya kini, misi Tun Mahathir tidak akan sampai ke mana-mana dan gagal jika anaknya, Dato' Mukriz tidak bertindak keluar parti. "Orang akan kata, ini signal kepada kelompok yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bertindak keluar parti, tetapi orang akan melihat bahawa jika Mukriz tidak bertindak mengikuti jejak ayahnya ia satu usaha yang gagal," kata Mahfuz yang dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut Mahfuz, Sanusi dan Mukriz adalah antara individu yang cukup kuat duduk di belakang Tun Mahathir sejak dua tahun lalu apabila bekas Perdana Menteri itu mula mengkritik Perdana Menteri. Sementara itu mengulas mengenai tindakan Mahathir mengumumkan keluar Umno, Mahfuz berkata, isu tersebut jangan hanya dilihat sebagai masalah Umno, sebaliknya ia adalah masalah pentadbiran negara.
Ujarnya, krisis kepimpinan negara yang parah hari ini menyebabkan negarawan seperti Tun Mahathir akan melakukan tindakan luar biasa semata-mata untuk membersihkan kepimpinan negara. Meskipun ketika Mahathir memerintah 22 tahun lalu, beliau turut dikaitkan dengan masalah pentadbiran, namun kata Mahfuz kini Mahathir sendiri telah melihat betapa pentingnya masalah itu diperbaiki.
Beliau juga berkata, tindakan Mahathir ini juga tidak boleh dilihat ada kaitan dengan isu Suruhanjaya Video Lingam. Sebaliknya ia adalah kemuncak kepada segala usaha bekas Perdana Menteri itu untuk membetulkan semula pentadbiran negara yang hancur, ujarnya.
Dalam masa yang sama, Mahfuz turut mencadangkan agar Tun Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Seri Anwar Ibrahim duduk semeja bagi membincangkan soal kemelut pentadbiran negara hari ini.
"Saya lihat ketiga-tiga tokoh ini semuanya mengkritik kepimpinan Abdullah, justeru apa salahnya mereka melupakan kisah duka antara mereka bertiga dengan duduk semeja membincangkan soal yang lebih penting berhubung kepentingan negara ini," katanya.
Bagi Mahfuz, memang sukar untuk tiga tokoh ini meleraikan sengketa lama, namun atas kepentingan negara hal ini perlu dilihat sebagai satu kebaikan.
"Saya bimbang dengan kemelut pentadbiran negara yang semakin parah ini, hanya akan menyebabkan negara menuju kepada kehancuran," ujarnya.

19.5.08

Hari Aduan Rakyat Parlimen Pokok Sena

Pada 16 Mei 2008 Adun Bukit Lada Yb Ustaz izzat bersama-sama dengan Ahli Parlimen Pokok Sena, YB. Mahfuz Omar telah menganjurkan Hari Aduan Rakyat Parlimen Pokok Sena di Pekan Pokok Sena ( DUN Bukit Lada) . Dalam majlis ini juga terdapat 3 Orang wakil dari Majlis Bandaraya Alor Star ( MBAS ) yang datang untuk mendengar aduan daripada orang ramai. Majlis yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi ini mendapat sambutan daripada orang ramai. Pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum telah datang berjumpa kami untuk membuat aduan dan menyatakan masalah masing-masing. Pihak kami juga telah melawat pasar Pokok Sena untuk meninjau para peniaga di situ dan beramah mesra dengan mereka. Alhamdulillah majlis ini telah berjalan dengan selamat dan sempurna sehinggalah ke waktu tengahari. Majlis ini juga akan dianjurkan di 2 lagi DUN iaitu DUN Bukit Pinang dan DUN Derga pada waktu yang belum ditetapkan lagi. Harap semua penduduk didalam 2 Dun itu bersabar.

Bersama-sama ini adalah beberapa keping gambar yang dapat saya kongsikan bersama pembaca.

















Dr. Mahathir keluar Umno

berita dari The Star melayu:

PETALING JAYA: Selepas melemparkan kecaman bertubi-tubi terhadap kepimpinan Umno sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada Umno.
Beliau mengumumkan keputusan 'mengejutkan' itu pada satu majlis di Alor Star, Kedah pada pukul 12.35 tengah hari tadi.
Dalam ucapannya, Dr. Mahathir juga menyeru ahli akar umbi supaya keluar parti bagi memberikan tekanan kepada pucuk kepimpinan - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur.
Bekas Menteri Kewangan dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang juga menghadiri majlis tersebut dan dijangka memberikan ucapan menyusul Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir merupakan bekas Perdana Menteri yang ketiga mengumumkan keluar Umno. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Allahyarham Tun Hussein Onn juga pernah keluar parti apabila Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 ekoran krisis Umno 1987-88.
Dr. Mahathir pernah dipecat pada 1969 selepas beliau menulis surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman mengkritik kepimpinannya ekoran pilihan raya umum tahun itu dan Peristiwa 13 Mei.
Beliau diterima semula ke dalam Umno pada 1972 ketika kepimpinan Tun Abdul Razak.
Keputusan itu dumumkan seminggu selepas Dr. Mahathir mengadakan pertemuan tertutup dengan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.
Ketika dihubungi, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib berkata: "Ia (keputusan itu) adalah hak Dr. Mahathir. Setiap ahli ada hak untuk masuk dan keluar parti."
Ketika ditanya sama ada beliau terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir, Muhammad berkata: "Ya, secara peribadi saya terkejut kerana beliau merupakan tokoh terulung parti dan seorang bekas Perdana Menterii."
Sama ada Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu ini, Muhammad menjelaskan, "kita tunggu dulu perkembangan."
Majlis Tertinggi (MT) akan mengadakan mesyuarat dalam masa dua minggu ini.
Pemilihan pucuk kepimpinan dijadual pada Disember ini.
Dr. Mahathir yang menyertai Umno pada 1946 dipilih sebagai Presiden Umno pada tahun 1981.
Beliau berundur daripada kedudukan Perdana Menteri dan Presiden Umno pada Oktober 2003 selepas mengumumkan untuk berbuat demikian pada Perhimpunan Agung Umno 2002.
Sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, beliau mengkritik kepimpinan parti atas persembahan tidak memuaskan Umno dan Barisan Nasional termasuk menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.
Beberapa pihak pernah mengesyorkan supaya Dr. Mahathir dikenakan tindakan disiplin apabila terus-menerus mengkritik kepimpinan parti sejak awal tahun 2005.

Dr Mahathir umum keluar Umno

ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) � Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.
Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.
Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.
Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar, katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.
Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.
Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.
Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.
Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.
"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981. - mj

15.5.08

Khutbah Jumaat memperingati 60 tahun Nakbah di Palestin

Terbitan Lajnah Antarabangsa PAS Pusat :
Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah al-Isra': 1).
Sidang Jumaat rahimahullah, Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan kiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah dibuka oleh Amirul Mukminin Sayidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah 'bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka'.
Sidang Jumaat rahimahullah, Enam puluh tahun Nakbah. Itulah istilah yang sentiasa bermain di bibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis mereka merayakan sempena angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah enam dekad kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang dipercayai sebagai 'bumi yang dijanjikan' untuk kaum mereka. Manakala orang Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah enam dekad bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan Al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam 'bumi perjuangan' ini.
Istilah 'Nakbah' mungkin merupakan satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. 'Nakbah' bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala 'Nakbah Palestin' merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad lalu.
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungary, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.
Deklarasi Balfour
Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan 'Ketetapan 181' yang malang pada 29 November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.
Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 peratus bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan negara 'Israel' pada petang 14 Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila negara Israel yang merdeka diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.
Sidang Jumaat rahimahullah, Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan daripada saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitulmaqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70,000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah, tetapi kini, di manakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? Dan di manakah Umar, sebagai pembuka Palestin? Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitulmaqdis apabila intifada bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.
Sidang Jumaat rahimahullah, Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya' daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayidina Isa a.s. Walau bagaimanapun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah SWT.
Maksudnya: "Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)." (Surah al-Nisa': 157)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:
Paksi Pengetahuan
1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.
2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.
3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.
4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.
5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidakpedulian orang Islam dan Arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.
6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap tiada daya dan upaya melainkan milik Allah dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.
7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.
Paksi maknawi (jiwa)
1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah SWT serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.
2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.
3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyah� sama ada untuk individu maupun masyarakat.
4. Perlunya 'nafas panjang' tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu 'jalan pengislahan' juga memerlukan tempoh.
Paksi Amali/Praktikal
1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendukung mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.
2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu rasmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.
3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serba guna atau sebagainya.
4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.
Sidang Jumaat rahimahullah, Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.
Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitulmaqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di akhirat nanti. Lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.
Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau." (Surah al-Maidah: 78)

Kedah sambut baik langkah bendung kenaikan harga beras

ALOR STAR, 14 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri Kedah menyambut baik sebarang langkah membendung kenaikan harga beras.
Bagaimanapun katanya, beliau mahu satu kaedah penyelesaian jangka panjang dicari oleh kerajaan pusat bagi mengatasi masalah tersebut.
"Permintaan terhadap beras masa ini adalah tinggi tapi pembekalnya semakin berkurangan. Jadi, kerajaan pusat kena fikir bagaimana cara nak tambah pengeluaran padi sebab semua rakyat Malaysia makan nasi," katanya.
Tambahnya lagi, usaha menangani kenaikan harga beras sebenarnya masih tidak menyelesaikan masalah bebanan rakyat ekoran kenaikan harga barangan keperluan lain.
Justeru katanya, kerajaan Kedah akan menyokong mana-mana pihak yang mahu mengusahakan tanah terbiar yang mempunyai sistem pengairan, untuk dijadikan kawasan sawah yang baru.
"Masalahnya, sekarang ini kerajaan cuma tak ada duit tetapi dari aspek teknikal perkara ini boleh dibincangkan dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Apapun, jika tanah terbiar itu tidak dapat diusahakan sebagai tanah sawah, kerajaan akan mengambil inisiatif untuk memajukan tanah itu sebagai tanah pertanian seperti menanam jagung, projek ternakan ikan, udang dan sebagainya," kata beliau.
Dalam pada itu, Ustaz Azizan juga memberitahu bahawa kerajaan Kedah tidak akan mengorbankan tanah pertanian terutama sawah padi, semata-mata untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan fizikal.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri sedang mengkaji semula perancangan pembangunan mengikut zon yang dibuat sebelum perubahan kerajaan selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
"Kajian semula itu bermakna perancangan yang dibuat sebelum ini mungkin akan diluluskan dan mungkin juga tidak. Kerajaan negeri menerima banyak rayuan daripada pelabur yang mahukan polisi tidak membangunkan kawasan pertanian dengan projek pembangunan fizikal dikaji semula.
"Kerajaan negeri pada dasarnya tidak menolak pembangunan tetapi sebarang kelulusan bergantung kepada keperluan dan kepentingan serta faedah kepada rakyat," katanya. - mns

Perhimpunan 'Nakbah Palestin' PBB – KL , 16 Mei

Satu perhimpunan sempena 60 tahun 'Nakbah Palestin' akan diadakan di bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Damansara, Jumaat 16 Mei ini.Perhimpunan yang diadakan sempena kekejaman regim Israel ke atas Palestin itu bermula jam 11.00 pagi, sebelum penyerahan petisyen dan 100,000 tanda tangan kepada PBB bagi membantah tindakan Israel yang menindas rakyat di bumi Palestin sejak 60 tahun lalu.Orang ramai dijemput hadir jam 10:30 pagi di Bangunan PBB, Damansara.
15 Mei 1948, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya dan turut dikenali sebagai 'nakbah' yang bermaksud malapetaka atau bencana besar.Dalam peristiwa tersebut, Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.Sehubungan itu, wakil penganjur, Azmi Abdul Hamid, yang juga Presiden Teras berkata orang ramai dijemput hadir Jumaat ini bagi menyatakan sokongan serta membantah kekejaman regim Israel tersebut. - mns

14.5.08

Senyum Kambing ~ Umno Gajah Sarkas

Pokok Sena(PAS) - YB Mahfuz Omar mengibaratkan Umno sebagai 'Gajah Sarkas' yang menurut saja perintah tuannya tanpa membantah. Jika tuannya suruh duduk, gajah sarkas akan duduk. Begitu juga jika suruh berdiri, gajah sarkas akan berdiri. Jika di suruh membuat lapuran polis, gajah sarkas ini akan beramai-ramai ke balai polis membuat lapuran sarkas.Ini merujuk kepada ahli² Umno yang membuat lapuran polis terhadap isu Karpal Singh apabila di arah oleh ketuanya.
Kalabakan (BN) - Ahli parlimen Kalabakan (BN) ini meluahkan rasa tidak puas hati rakyat negeri Sabah terhadap kerajaan pusat. Beliau mendakwa tsunami politik mungkin terjadi di PRU akan datang sekiranya suara rakyat Sabah tidak diambil kira oleh kerajaan pusat.Ledang (BN) - Ahli parlimen Ledang mendakwa parti DAP meruntuhkan gerai orang melayu. Bila di cabar oleh Lim Kit Siang untuk memberikan bukti perbuatan itu. Beliau tidak dapat berbuat demikian. Beliau ditegur oleh Yang Di Pertua agar memberi beri fakta sebelum berhujah sesuatu isu.
Padang Serai (PKR) - YB Gobalakrishnan mempersoakan ucapan ahli parlimen Ledang bila ahli parlimen tersebut mengatakan pembangkang tidak beriman kerana tidak menghargai jasa kerajaan. Secara spontan Gobala bercakap bahasa tamil bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap ahli parlimen Ledang.Ahli² parlimen Pas turut bangun mempertikaikan kenyataan ahli parlimen Ledang ini. Yang Di Pertua menegur ahli parlimen Ledang agar jangan membuat fatwa di Dewan Rakyat.
Rembau (BN) - YB Khairy Jamaluddin mengambil peluang menghentam Pakatan Rakyat. Sepanjang berhujah beliau tidak memberi laluan kepada ahli parlimen pembangkang untuk menjawab hujahnya. Pelik betul? Mungkin beliau gentar dengan kelantangan suara pembangkang yang akan menjawab semula isu yang di perkatakan oleh beliau.Beliau mencipta singkatan nama 'Projek Khinzir Raksasa' merujuk kepada PKR .
Sindiran beliau di balas oleh YB Mahfoz Omar dengan mengatakan BN projek 'Babi Negara'.Selanjutnya di

Tsunami politik PRU-12 buat rakyat sedar siapa sebenarnya 'tuan'

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - Kuala Selangor) berkata 'tsunami politik' yang melanda Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan raya ke-12 lalu membuatkan rakyat mula memahami bahawa mereka sebenarnya majikan dan 'tuan' dalam sebuah negara demokrasi. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan titah Yang di-Pertuan Agung di Dewan Rakyat pada 12 Mei lalu. Tegasnya, jika dalam pilihan raya yang lalu, sewaktu beliau dan rakan-rakannya memberi keterangan di atas pentas pembangkang, rakyat seolah-olah tidak memahami apa yan dimaksudkan bahawa mereka adalah bos dan 'tuan' dalam sebuah negara demokrasi.
"Kini rakyat mula mengangkat slogan 'Makkal Sakthi', dan percaya bahawa mereka mempunyai 'kuasa' untuk mengangkat mana-mana pihak menjadi kerajaan dan menurunkan mana-mana parti atau calon yang dipertandingkan sebagai pembangkang.
"Kini bermulanya satu era baru dan politik negara. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh rakyat ini adalah formula dan resepi kemenangan yang akan terus membawa kepada arus kebangkitan rakyat," katanya.
Katanya, rakyat juga telah menghantar mesej yang cukup jelas di seluruh negara bahawa apa yang dilakukan adalah tindakan kemuncak patriotisme dan mezahirkan 'kasih sayang' terhadap tanah air mereka.
"Seorang patriot yang kasih dan cinta kepada negaranya mesti bersedia membela negara," katanya.
Dalam ucapannya Dzulkefly turut menyentuh mengenai taraf ekonomi dalam negara. Katanya, sudah sampai masanya kerajaan menyediakan kehidupan yang lebih baik dan bermaruah kepada rakyat daripada segi peningkatan kualiti hidup, bersesuaian dengan dakwaan Malaysia sudah menghampiri status negara maju.

Parlimen riuh dengan ungkapan "Babi Negara"

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Dewan Rakyat hari ini riuh dengan ungkapan "babi negara" apabila Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menolak akronim yang diberikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa PKR itu adalah singkatan kepada "projek khinzir raksasa".
"Bukan projek khinzir raksasa (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)," Ahli Parlimen Pokok Sena itu meningkah.
Selepas itu dewan riuh dengan perkataan "BN, babi negara" sehingga menyebabkan timbul cabaran siapa yang menyebut perkataan itu termasuk dari Khairy sendiri yang kedengaran marah dengan perkataan "babi negara" itu.
Selepas keriuhan agak berkurangan, Mahfuz bangun lagi dan menjelaskan bahawa "bukan 'projek khinzir raksasa' (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)".
Mahfuz juga meminta Khairy berucap di hadapan kanak-kanak tadika dan bukan di dalam Dewan Rakyat.
Mahfuz berkata demikian apabila menantu Perdana Menteri itu enggan memberi laluan kepada Ahli-Ahli Parlimen lain yang meminta penjelasan.
Ucapan Khairy yang diselang-selikan dengan hentaman terhadap pembangkang diganggu hampir sepanjang masa apabila beliau enggan memberi laluan untuk penjelasan.
Antara yang bangun meminta penjelasan ialah Mahfuz sendiri; Bendahari PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr Mohd Hatta Ramli; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Abd Samad; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum; Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Ja'afar; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin; Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow; Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun (Jeff Ooi) dan ramai lagi.
Khalid kedengaran berkata; "Kalau tak nak bagi laluan (untuk meminta penjelasan), jangan tanya soalan".
Ketika bangun meminta penjelasan, Mahfuz, Khalid dan Jeff Ooi sentiasa dilihat tersenyum seolah-olah begitu geli hati dengan gelagat Khairy yang terjerit-jerit dan termengah-mengah untuk menghabiskan ucapannya di tengah-tengah gangguan yang tidak putus-putus itu.
Begitupun, mereka tidak juga diberi laluan oleh Khairy.
Menurut laporan blogger Roslan SMS, dalam ucapan sulungnya di Dewan Rakyat itu, antara lain Khairy menuduh Penasihat KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai manusia lidah bercabang manakala PAS pula hilang taring, umpama singa hilang taring, kerana tidak berani menjawab soalan beliau minggu lalu mengenai "kontrak sosial".
Beliau juga menuduh perjuangan negara Islam sudah tidak disebut langsung oleh PAS kerana takutkan DAP.
Khairy sebelum ini dituduh oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kekalahan BN.

13.5.08

GAMBAR MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MANGSA RIBUT DIDALAM PARLIMEN POKOK SENA






majlis ini berlansung di pejabat daerah pokok sena

11.5.08

"Pesan kat depa mengaji sungguh-sungguh, balik tolong Kedah" -YAB Ust Azizan


Alor Star, 10 Mei - Pertemuan selama 10 minit bersama YAB Ustaz Azizan Razak selepas bergelar Menteri Besar Kedah baru-baru ini amat bermakna buat saya sebagai mewakili anak-anak Kedah di Mesir, Syria dan Jordan. Pertemuan ini dimanfaatkan secukupnya untuk saya sampaikan taklimat sulung mengenai perkembangan anak-anak Kedah di Timur Tengah terutamanya yang berhubungkait dengan soal kebajikan.
YAB Menteri Besar melahirkan rasa bangga dengan usaha-usaha proaktif yang sedang dijalankan oleh MKKK sehingga berjaya mengadakan Kuliah Online dan berjaya mengeluarkan beberapa buah buku. Sebuah Monograf Emas hasil kerjatangan gigih anak-anak Kedah telah dihadiahkan untuk YAB Menteri Besar sebagai bukti.Kesempatan ini juga diambil untuk membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan peranan yang mesti dimainkan oleh anak-anak Kedah untuk bersama membantu memperkukuhkan Kerajaan Negeri Kedah. Setelah ditanya bilakah YAB nak pi ziarah kami di Mesir, Syria dan jordan? Beliau menjawab “ Nanti sat….. bagi hilang penin dulu……nanti kita pi rasmi rumah baru sekali…” Beliau Di akhiri perbincangan dengan satu pesanan “ PESAN KAT DEPA SEMUA…MENGAJI RAJIN-RAJIN BALIK TOLONG KEDAH..”Setelah selesai bersama YAB Ustaz Azizan, saya menghabiskan masa selama 20 minit bersama YB Cikgu Abdullah, EXCO Pendidikan. Banyak tajuk juga dibincang. Beliau memberi jaminan untuk memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk mengangkat martabat mahasiswa di Timor Tengah dan akan membantu sepenuhnya usaha yang sedang dijalankan.

Pemuda PAS Merbok gesa Kedah laksanakan polisi baru iklan

TANJONG DAWAI, 10 Mei - Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM) hari ini melahirkan harapan kepada Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri Kedah agar melaksanakan pembaharuan atau polisi baru berkaitan peraturan papan iklan besar.
Menurut Setiausaha DPPKM, Mohd. Asri Salleh terdapat papan iklan besar atau billboard yang memaparkan imej-imej yang tidak Islamik dan kadang-kadang menjolok mata.
"Lihatlah foto wanita berkemban yang dijadikan model untuk papan iklan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan terkenal di Sungai Petani. Kita harap garis panduan yang sesuai bagi mengubah lanskap Negeri Kedah supaya tidak bersubahat dengan penganiayaan dan eksploitasi kaum wanita yang sememangnya menjadi tren kerajaan Barisan Nasional," terangnya.
Katanya, masyarakat telah jemu melihat wanita-wanita 'cantik' diperagakan untuk tujuan yang tidak berkaitan langsung dengan tubuh wanita terbabit.
"Kita juga berharap sekiranya kelak Kerajaan Negeri Kedah berhasrat untuk membawa dan memajukan sukan bermotor di negeri ini agar membuang terus 'gadis litar' yang berpakaian menjolok mata dan tidak langsung menambahkan kelajuan pelumba motor atau kereta yang bertanding, sebaliknya gantikan dengan 'jejaka litar' yang mungkin melambangkan kegagahan," ujarnya sinis.
Menurutnya lagi, pengalaman beliau mengunjungi Kelantan yang diperintah kerajaan PAS mendapati imej wanita bertudung untuk papan iklan digunakan walaupun di negeri lain wajah yang sama tidak sedemikian.
"Jadi sekurang-kurangnya bila model wanita yang hendak digunakan dalam iklan dimestikan memakai tudung, sudah tentulah tiada lagi foto wanita berkemban atau berbikini seperti yang kita pernah lihat sebelum ini," terangnya mengakhiri kenyataan.

APAKAH 'PELAKON-PELAKON' VCD LINGAM AKAN DIDAKWA?

Setelah Suruhanjaya Siasatan VCD Lingam melaporkan bahawa VCD tersebut adalah tulen, rakyat dan seluruh dunia menanti dengan seribu tanda tanya apa 'pelakon-pelakon' VCD dan nama-nama yang disebutkan di dalam 'adegan' itu akan dihadapkan dengan pelbagai tuduhan.Tetapi jika kita merujuk kepada sejarah lama, sukar bagi untuk melihat ianya berlaku, kerana nama-nama yang disebut di dalam VCD adalah orang-orang penting dan ternama. Biasanya mereka ini 'imun' dan kebal.Persoalannya adakah Imam Hadhari masih mahu meneruskan polisi melindungi orang-orang tertentu walaupun rakyat telah mula bangkit menghukum Imam Hadhari dan kuncu-kuncunya 8 Mac lalu.???Sama-sama kita tunggu.

10.5.08

MB Kedah bantu selesai isu pengurusan jenazah bukan Islam

LANGKAWI, 10 Mei (Hrkh) - Tindakan pengusaha perkhidmatan feri antara Kuala Kedah Langkawi tidak membenarkan pengurusan jenazah bukan Islam dari menggunakan perkhidmatan tersebut yang disifatkan oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai satu diskriminasi akhirnya berjaya diselesaikan. Terdahulu pada 7 April yang lalu, Ustaz Azizan telah menerima memorandum dan aduan daripada Malaysia Hindu Sangam (MHS) antaranya mengenai perkara tersebut di mana keluarga mangsa perlu menyewa bot laju persendirian untuk tujuan itu.
"Saya telah bincang dengan satu pengusaha dan mereka bersetuju untuk buat tempat seperti kargo sebagai (menyediakan) kemudahan itu," terang beliau dalam ucapannya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua-ketua Jabatan, pimpinan masyarakat dan badan bukan kerajaan di Kompleks Sukan Langkawi baru-baru ini.
Turut serta dalam program yang dihadiri lebih 1,000 orang itu ialah Exco-exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Wira Rasdi Basir, Pegawai Daerah Langkawi, Bakar Din dan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Azizan Md. - mks

5.5.08

Kerajaan Kedah kaji naikkan elaun guru KAFA

ALOR STAR, 4 Mei (Hrkh) - Kerajaan Kedah sedang mengkaji untuk menaikkan elaun guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini.
Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata beliau secara dasarnya dengan cadangan tersebut dan Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah akan membuat kajian berapa banyak kenaikan yang terbabit.
"Peruntukan yang dicadangkan ialah sebanyak RM1.6 juta. Jumlah kenaikan akan diberi mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri dalam bajet akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Persatuan Guru-Guru Darjah Khas Quran/Tajwid (SPI/KAFA) di Dewan Besar Menara Zakat dekat sini semalam.
Menurutnya lagi, di Kedah terdapat seramai 2,772 orang KAFA) dan 44 orang penyelia.
Terdahulu dalam ucapannya, Azizan berharap guru-guru KAFA dapat meningkatkan kualiti kerja mereka di samping memberikan penekanan terhadap anak-anak didik mereka tentang halal-haram, dosa dan pahala berikutan meningkatkan masalah sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
"Kena ingat, sebagai guru agama, bukannya kita sekadar mencari makan tapi yang pentingnya apa yang dibuat itu sebagai satu ibadah. Kita cari rezeki yang halal, walau gaji kecil tapi yang pentingnya berkat."Guru-guru adalah penyumbang besar kepada ummah.
"Pihak kerajaan berbangga dan berterima kasih dengan pengorbanan para guru KAFA. Kerajaan sedang berfikir apakah yang terbaik yang boleh diberikan demi kebajikan para guru KAFA," ujarnya.
Mesyuarat semalam dihadiri 20 perwakilan dari 10 daerah di negeri ini selain perwakilan dari Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Yang diPertua Majlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Dato' Sheikh Uzir Baharom.