SELAMAT DATANG KE BLOG



23.7.08

Muzakarah: Presiden PAS perlu perjelas,elak ahli keliru

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Yang diPertua PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar meminta Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan keadaan sebenar berhubung isu muzakarah Umno-PAS dalam keadaan segera. Ujarnya, selepas kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengesahkan pertemuan dengan PAS, ahli melihat bahawa kenyataan susulan yang mengiakan pertemuan itu oleh Presiden PAS menyebabkan ahli semakin keliru.
Beliau juga mahu isu ini dibincang segera sebelum Muktamar PAS yang dijadualkan pada Ogos ini supaya hal ini tidak menjadi bertambah teruk dan menjejaskan parti.
"Hal ini perlu respon segera daripada pimpinan PAS pusat yang perlu membuat mesyuarat segera bagi membincangkan dengan sebaik mungkin mengenai pertemuan itu, dan selepas kata sepakat diambil mengenai kedudukan PAS dalam hal ini, ia perlu dijelaskan kepada ahli," ujarnya.
Yang penting, beliau mengharapkan pimpinan PAS di peringkat kawasan, cawangan atau negeri memberi pandangan samada membantah atau menyokong isu tersebut bagi dibincangkan di peringkat pusat untuk diperhalusi.
Di peringkat pimpinan pusat pula katanya, mereka perlu memperhalusi pandangan di peringkat bawah ini sebelum membuat sebarang keputusan yang akhirnya akan memberi kesan kepada kedudukan parti.
Yang penting katanya, kedudukan parti hari ini perlu dijaga dan diperkemaskan.
"Bukan apa, pandangan umum terutamanya bekas ahli Umno yang menyertai PAS kerana bencikan Umno, mereka ini kata buat apa PAS nak bertemu dengan Umno sedangkan mereka sendiri meninggalkan Umno kerana benci dengan parti itu yang tidak mampu membela rakyat mahupun orang Melayu, ini termasuk orang di kawasan saya yang cakap," katanya.
Beliau juga mahu isu ini dibincang segera sebelum Muktamar PAS yang dijadualkan pada Ogos ini supaya hal ini tidak menjadi bertambah teruk dan menjejaskan parti. - mks. _

Ada niat lain Umno bersungguh mahu bermuzakarah - Nik Aziz

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS menyamakan tawaran Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina bagi tujuan memecahbelahkan Islam.
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk menyemai benih perpecahan.
"Kisah Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan kepada orang-orang mukmin.
"Untuk kekafiran, memecah belah antara orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, suasana itu boleh kita kiaskan bagi membaca niat pemimpin Umno yang sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS.
Menurutnya Umno bercakap soal menjaga Islam dan Melayu ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh menjaga orang Melayu.
"Dia fikir dia seorangkah yang mengerti dan bertanggungjawab menjaga Islam. Dia sudah lama memegang kerajaan. Boleh jadi, Umno sudah sampai ke peringkat tidak percaya orang lain juga boleh menjaga Islam dan Melayu.
"Sedangkan PAS pun faham dan reti juga dan mungkin lebih reti daripada mereka dalam perkara ini. Jangan Umno fikir ini Islam dan Melayu hak monopoli, hak eksklusif yang menjadi pajakan Umno sahaja," katanya.
Bagaimanapun katanya, kalau perlu juga kepada muzakarah bolehlah difikirkan selepas pilihan raya umum ke-13.
Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa Umno dan PAS sudah mengadakan tiga kali pertemuan membincangkan perkara berkaitan agama dan perpaduan Melayu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa bimbang PAS akan dianggap sebagai khianat kepada rakan-rakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
"Saya cukup kesal. Selaku Mursyidul Am, saya berhak menegur. Ini berasaskan prinsip Wal-Ashr. Dalam semangat demokrasi pun, ini menandakan bahawa masih suburnya proses konsultasi, berbeza atau bersamaan pendapat dalam PAS.
"Pada saya, muzakarah boleh, tetapi atas dasar peribadi dan tidak atas nama parti,"ujarnya.
Kata beliau apa jaminan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak berpecah dengan langkah terlalu ghairah untuk bermuzakarah sesetengah pemimpin
Ini katanya boleh disifatkan sebagai anti perpaduan dan anti kestabilan.
"Contoh telah pun ada pada tahun 1970-an di mana PAS berpecah tiga iaitu Berjasa, Hamim dan Bebas Bersatu. Bagaimanapun, jika diteruskan juga dan berlaku perpecahan.
"Saya tidak mahu memikul tanggungjawab langkah yang saya tidak restu,"kata beliau. - mj/mks. _

20.7.08

Muzakarah dengan Dr M dahulu – Mahfuz

KUALA LUMMPUR, 19 Jul (Hrkh) - Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu bermuzakarah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan untuk bermuzakarah dengan PAS, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar.

"Banyak perkara yang belum selesai antara Perdana Menteri dengan Dr Mahathir. Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir tidak dijawab oleh Perdana Menteri.

"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, Perdana Menteri tidak ada kredibiliti untuk bercakap mengenai perbincangan dengan mana-mana pihak," katanya.

Menurut Mahfuz, walaupun Dr Mahathir berusaha bertemu Perdana Menteri untuk menjernihkan keadaan, apa yang berlaku selepas itu ternyata semakin buruk akibat sikap Perdana Menteri yang enggan menangani pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir.

"Perdana Menteri bukan sahaja tidak mengatasinya (persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir), jawab pun tidak," kata beliau.

Keengganan Perdana Menteri untuk menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu menyebabkan beliau disyaki tidak berterima kasih dan tidak menghormati orang yang mengangkatnya ke jawatannya kini sebagai Perdana Menteri, kata Mahfuz.

"Jika orang yang melantiknya ke jawatannya sekarang pun tidak dihormatinya, apa jaminan Perdana Menteri boleh menghormati pihak lain?

"Perbincangan atau muzakarah memerlukan rasa hormat antara satu sama lain," kata Mahfuz.

Menurut beliau, bukan sahaja masalah hubungan dengan Dr Mahathir perlu diselesaikan oleh Perdana Menteri, malah beliau perlu menyelesaikan hubungannya dengan mereka yang dipimpinnya.

"Walaupun Perdana Menteri berikrar mahu berundur dan mengharap diberi peluang dua tahun lagi, namun mereka yang dipimpinnya tetap tidak berpuas hati.

"Baru-baru ini, (Naib Presiden Umno, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berkata, dua tahun terlalu lama. Ketua Pemuda Umno, (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) dan (Dato') Shahrir (Abdul Samad) pula menolak saranan supaya tidak diadakan pertandingan memandangkan Abdullah sudah hendak berundur sebagai Presiden Umno.

"Kenyataan-kenyataan itu hakikatnya adalah undi tidak percaya kepada Abdullah. Bagaimana hendak berunding dengan orang menghadapi undi tidak percaya?" kata Mahfuz lagi.

Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih di atas kesediaan untuk bermuzakarah itu._

11.7.08

Penafian pakatan sulit 'kahwinkan' semula PAS dengan Umno


TIDAK semena-mena bertiup kencang cerita PAS sedang berunding dengan Umno untuk mengadakan kerjasama atau pakatan politik, kononnya demi ketuanan politik Melayu. Entah siapa yang memulakannya, tetapi ia telah tersebar luas di blog-blog dan juga berkeliaran dalam sms.
Ramai juga peminat politik yang percayakan desas-desus ini kerana mungkin logik juga kalau hendak dicarikan sebab mengapa PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tetapi ramai yang memandang jelek kepada perbuatan ini jika PAS berhasrat demikian.
Tidak timbul isu ini benar atau tidak, kerana saya sudah pun menafikan adanya rundingan sulit untuk ‘mengahwinkan’ PAS dengan Umno. Lagipun perkahwinan politik seperti ini mungkin ‘tidak sah’ kerana antara PAS dan Umno memang tidak ‘sekufu’.
PAS mempunyai dasar Islam, sedangkan Umno ‘beraqidah’ Islam Hadhari. Jika Umno itu ‘ahli Kitab’ ada juga tendensinya, tetapi dengan Islam Hadhari ini PAS terpaksa menjauhkan diri.
Lagipun PAS amat tidak sekufu dengan Umno kerana PAS adalah parti yang masih suci, sedangkan Umno sudah terpalit dengan noda-noda rasuah, politik wang, kronisme, nepotisme dan macam-macam kebejatan yang lain.
Ada pihak yang berpandangan supaya PAS tidak harus ‘menjual mahal’ dalam konteks kepentingan politik nasional, tetapi isu yang berbangkit sekarang bukannya kepentingan negara, sebaliknya adalah kepentingan survival politik Umno itu sendiri.
Kerjasama ini adalah talian hayat yang amat diharapkan oleh Umno dan sudah tentu mereka sanggup bergolok-gadai untuk memenuhi keperluan PAS demi talian hayat ini.
PAS tidak akan menjual maruahnya dengan harga yang murah kepada Umno, sebaliknya akan terus mempertahankan prinsip demi kepentingan dan kebajikan rakyat yang sudah lama dipijak-pijak oleh Umno/BN apatah lagi kini dengan kenaikan harga minyak, kerajaan Umno/BN tergamak membawa satu usul dalam perlimen bagi menghalalkan tindakan untuk menindas rakyat.
Maka ternyatalah 129 ahli-ahli perlimen BN menyokong usul untuk menindas rakyat.
PAS akan terus memikul amanah dan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat, dan akan terus memberikan pembelaan kepada rakyat yang ditindas oleh kerajaan BN.
Sejarah telah membuktikan bahawa PAS adalah parti yang paling terbuka di negara ini sehingga menjadi parti yang paling banyak menjalin kerjasama politik. Keterbukaan Islam yang didukung oleh PAS diterjemahkan melalui siri-siri kerjasama sama bukan sahaja dengan orang Melayu, bahkan semua kaum.
PAS pernah duduk semeja dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya dalam National Conference pada 1953, kemudian menyertai National Convention yang turut diserati oleh Umno dan MCA mulai September tahun yang sama.
PAS juga berpakat dengan parti-parti kiri ketika memperjuangkan kemerdekaan, sebelum bekerjasama dengan Dato’ Onn dalam pilihan raya 1959. Kerana kerjasama PAS Dato’ Onn menang di Terengganu.
PAS juga mempunyai hubungan yang baik dengan Sosialis Front pada 1959 dan 1964 walaupun pakatan itu dianggotai oleh pendukung sosialis seperti Parti Rakyat, Parti Buruh dan National Convention Party.
Selepas krisis politik 1969, PAS telah memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan yang ketika itu sudah disertai oleh parti-parti dari Sabah dan Sarawak, selain PPP dan Gerakan.
Pada 1986, PAS bersama tiga parti lain menubuhkan Harakah Keadilan rakyat (HAK), di samping hubungan dengan masyarakat Cina melalui CCC.
Kemudian PAS menyertai pula Angkatan Perpaduan Ummah (1988-1996) dan Barisan Alternatif (1999-2008) sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas pilihan raya ini. Inilah keterbukaan PAS!
Dengan Umno sendiri, PAS sudah dua kali berpengalaman. Pada 1953, atas usaha keras bapa Perdana Menteri, Ustaz Haji Ahmad Badawi, PAS meninggalkan Dato’ Onn dan National Conference untuk menyertai National Convention yang ditaja oleh Umno-MCA.
Apabila berunding tentang pilihan raya pertama, cadangan PAS untuk membela kepentingan orang Melayu dengan menolak jus soli dalam hak mengundi serta menambahkan wakil ekonomi Melayu dalam Dewan Undangan Persekutuan telah ditolak oleh Umno.
Umno bersikap demikian kerana menjaga kepentingan MCA.
PAS tidak dapat menerima kerjasama yang membunuh bangsa sendiri, lalu keluar daripada National Convention sebelum 1953 berakhir.
Apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969, PAS memandang kepentingan perpaduan nasional dan survival politik orang Melayu. Walaupun Muktamar Khas PAS meluluskan dengan majoriti mudah – sebagai tanda berat hati PAS – Kerajaan Campuran PAS-Perikatan dibentuk pada 1973.
Kemudian PAS bersama-sama parti lain menubuhkan Barisan Nasional pada 1974. PAS yang mencadangkan nama Perikatan ditukar kepada BN dan simbol dacing itupun dicadang oleh Dato’ Mohd Asri bagi menggantikan Kapal Layar.
Tun Ghafar Baba melukiskan simbol dacing itu. Tetapi Umno mengkhianati PAS dengan memainkan peranan untuk melagakan pimpinan PAS di Kelantan, kemudian didaruratkan Kelantan.
Akibat darurat itu, PAS kehilangan Kelantan yang dikuasainya sejak 1959. PAS terpaksa menentang usul mendaruratkan Kelantan kerana percaya ada tujuan politik sulit di sebalik undang-undang darurat itu.
Tetapi PAS tidak mengkhianati BN dengan keluar dari pakatan itu seperti yang dilakukan oleh PBS pada 1990 dahulu. Sebaliknya, Umno yang mencadangkan supaya PAS disingkirkan pada Disember 1977 dan akhirnya PAS tidak lagi sebulu dengan Umno.
Sejak itu, PAS sentiasa ditindas dalam berbagai-bagai isu seperti Pembunuhan Memali, Ops Lalang, Ops Kenari dan lain-lain. Namun, PAS masih bersedia duduk semeja dengan Umno ketika membantah isu nuklear dan isu Palestin kerana kepentingan kemanusiaan.
Hari ini apabila Umno sudah tersepit, mereka mencari PAS semula seperti mana Tun Razak lakukan dahulu. Mereka sanggup tawarkan apa sahaja jika PAS bersedia. Tidak cukup dengan itu, dek cemburu oleh kejayaan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, mereka melancarkan perang saraf kononnya PAS sedang berunding dengan Umno.
Mereka mahu PAS renggang dengan rakan Pakatan Rakyat dan terus menggoda PAS supaya terima sahaja tawaran mereka.
PAS sedar tawaran ini bukannya untuk menjayakan matlamat politik PAS, tetapi memberikan nyawa baru kepada Umno yang sudah tidak diyakini lagi oleh rakan-rakan BN mereka. Bila adalah wartawan mengatakan PAS adalah ‘real kingmaker’, Umno merasakan PAS pasti terjerat.
PAS tidak akan mengambil sikap demikian walaupun ada pandangan pemerhati politik picisan yang melihat bahawa PAS perlu memanfaatkan peluang ini jika mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang diperjuangkannya.
Pemerhati-pemerhati politik ini berpandangan bahawa PAS masih sukar ‘bernafas’ dalam Pakatan Rakyat yang ada DAP ini. Mereka membangkitkan keadaan di Selangor yang lebih ‘mesra kandang babi’ daripada ‘mesra masjid’.
Inilah peluang PAS untuk memaksa Umno melaksanakan Islam, kata mereka. Ada kebenarannya.
Tetapi kepimpinan PAS melihat bahawa tawaran kerjasama dengan Umno ini tidak akan membawa PAS ke matlamatnya, sebaliknnya menjadi alat untuk memulihkan semula Umno yang sudah parah itu.
Pada saya, walaupun banyak perkara yang perlu dirunding dan disepakati oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri, tetapi semua harus faham umur Kerajaan Pakatan Rakyat baru mencapai 100 hari dan amat memerlukan kesabaran komitmen semua pihak.
PAS tetap bersabar dengan karenah rakan-rakan yang baru belajar memerintah dan yakin rakan-rakan Pakatan Rakyat tidak memandang sebelah mata kepada PAS.
Kesemua pihak dalam Pakatan Rakyat mestilah boleh menerima dan memberi yang penting semua parti mesti setia sebagai rakan pakatan.
Ketiga-tiga parti mesti melihat bahawa setiap antara mereka ada wibawanya yang harus dihormati, dengan itu sahaja pakatan ini boleh dipertahankan.
Jika ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat adil sesama senndiri, maka saraf Umno untuk memecahkan pakatan ini akan menjadi seperti menjual buah yang tidak laku dan akhirnya busuk begitu sahaja.
Tetapi, jika kita sengaja membiarkan ketidakpuasan hati ahli-ahli dan penyokong-penyokong pakatan di bawah, mungkin mereka akan berubah sikap terhadap pakatan ini. Sebab itu mungkin ada ahli dan penyokong-penyokong bersikap positif dengan desas-desus kerjasama ini.
PAS sudah beberapa kali belajar daripada ‘eksploitasi politik’ Umno ini dan adalah mustahil PAS dipatuk pada lubang yang sama sekali lagi.
Pimpinan tertinggi PAS sudah bertegas bahawa tidak akan ada rundingan dan kerjasama politik PAS-Umno selagi Umno dengan wajah yang sedia ada. Mursyidul Am PAS sudah bertegas dalam soal ini.
Pada masa ini ahli-ahli PAS atau ahli serta penyokong Pakatan Rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah palsu ini. Ia adalah serangan minda untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan masa depan Umno.
Pimpinan PAS amat sedar tentang siuman atau tidak untuk menerima kerjasama ini.
Kalau kita percayakan khabar angin ini, maka kita seolah-olah tidak siuman sebenarnya, bahkan Umno sendiripun tidak siuman jika terus mewar-warkan berita palsu ini.
Bukan PAS namanya jika kita meninggalkan harapan besar rakyat, kerana mengejarkan pangkat dan wang ringgit yang ditaburkan.
Lebih tidak siuman jika kagum dengan dunia sehingga melupakan perjuangan panjangnya. Adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat yang dibinanya dan ‘memuziumkan’ Umno bersama kebobrokannya.
YB Haji Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS

Pesawat khas dinaiki Azizan adalah penerbangan rombongan Diraja Kedah

ALOR STAR: Pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak semalam adalah bagi menyertai rombongan Diraja Kedah ke Brunei untuk menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa ini.Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Hilmi Khalid, hari ini berkata rombongan Diraja itu diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut dan isteri selain Azizan dan isteri.Beliau berkata, petikan berita sebuah stesen televisyen swasta yang merakam rombongan itu menaiki pesawat dan menyebut seolah-olah ia adalah rombongan Menteri Besar adalah tidak tepat.“Kita kesal dengan laporan berita yang mengelirukan itu dan kita mohon supaya stesen televisyen itu tidak lagi membuat laporan berdasarkan andaian semata-mata tanpa meminta penjelasan rasmi terlebih dulu kerana ia membabitkan kepentingan istana,” kata Hilmi.Semalam, laporan berita stesen swasta itu menyebut Azizan bersama rombongannya telah menaiki pesawat khas yang disewa bagi tujuan perjalanan rasmi.
-Bernama-

Penerbangan atas urusan istana - MB Kedah

ALOR STAR, 11 Julai (Hrkh) - Berita siaran TV3 melalui Buletin Perdana semalam cuba memberi gambaran yang salah dengan mendakwa penyewaan jet peribadi oleh sebuah Kerajaan Negeri untuk ke negara jiran serta layanan protokol istana.
Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa penerbangan tersebut adalah atas urusan istana Kedah.
Menurut kenyataan tersebut, rombongan istana yang terdiri daripada Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara dan Toh Puan Bendahara serta Ketua Istiadat Istana Kedah, Dato' Saad Endut itu ke Brunei untuk menyembah jemputan kepada Tuanku Sultan Brunei ke Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanu Sultan Kedah. - mns_

TV3 berbohong, hina Istana Kedah

ALOR STAR, 11 Julai (Hrkh)) - Agensi berita Bernama melaporkan bahawa pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak semalam adalah bagi menyertai rombongan Diraja Kedah ke Brunei untuk menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa depan.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid dipetik sebagai berkata, rombongan Diraja itu diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana Datuk Saad Endut dan isteri selain Azizan dan isteri.
Helmi menjelaskan, berita Buletin Utama TV3 yang merakam rombongan itu menaiki pesawat dan menyebut seolah-olah ia adalah rombongan Menteri Besar adalah tidak tepat.
"Kita kesal dengan laporan berita yang mengelirukan itu dan kita mohon supaya stesen televisyen itu tidak lagi membuat laporan berdasarkan andaian semata-mata tanpa meminta penjelasan rasmi terlebih dahulu kerana ia melibatkan kepentingan istana," kata Hilmi.
Semalam, laporan berita stesen swasta itu menyebut Azizan bersama rombongannya telah menaiki pesawat khas yang disewa bagi tujuan perjalanan rasmi.-

Perpindahan Lokasi Ceramah Sempena 100 hari PR Kedah

Urusetia Ceramah 100 Hari PR Kedah dengan ini mengumunkan perpindahan lokasi Ceramah tersebut seperti berikut:-

Tarikh : 12 Julai 008

Penceramah

: YB DS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
: YAB DS Anwar Ibrahim.
: YAB Ustaz Azizan Abdul Razak

.Tempat :

Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah.

Jam : 9.00 Mlm

Semua Dijemput Hadir.

Siaran Langsung di
www.webtv.pas.org.my

10.7.08

Isu Anwar tuntut kebijaksanaan berpolitik - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, YB Hj. MAHFUZ OMAR melihat isu liwat yang timbul adalah ekoran rasa cemas Barisan Nasional (BN) dalam mempertahan dan menentukan hayat kuasanya menjadi penguasa di negara ini. Ikuti bualbicara Pengarang Berita Harakah, TARMIZI MOHD JAM serta dua pemberita pelatih NUHA RAHIM dan ZEIRA RAHMAN bersama beliau di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut baru-baru ini.

Muqadimah: Ketua Penerangan PAS, YB Hj. MAHFUZ OMAR melihat isu liwat yang timbul adalah ekoran rasa cemas Barisan Nasional (BN) dalam mempertahan dan menentukan hayat kuasanya menjadi penguasa di negara ini. Ikuti bualbicara Pengarang Berita Harakah, TARMIZI MOHD JAM serta dua pemberita pelatih NUHA RAHIM dan ZEIRA RAHMAN bersama beliau di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut baru-baru ini.

HARAKAH: Sekali lagi, politik negara digegarkan dengan isu kontroversi liwat melibatkan Datuk Seri Anwar dengan PAnya Saiful Bukhari Azlan. Itu yang terkini. Apa yang boleh YB tafsirkan sebalik isu ini?

MAHFUZ: Pertama, saya melihat bila isu ini tercetus, sekaligus first impression rakyat tahu Umno tergugat dengan kepimpinan Pak Lah dan kerajaan. Sangat tergugat dengan gerakan politik yang disusun atur oleh Anwar Ibrahim. Mereka merasa seolah-olah tindakan itu suatu yang mesti Umno saekat kemaraan Anwar daripada melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan pengaruh Umno dan BN. Jika tidak disekat menyebabkan bukan Pak Lah selaku PM hilang kedudukan tetapi menyebabkan BN akan hilang kuasa. Jadi ini saya kira, antara jalan-jalan akhir, talian hayat akhir dalam usaha nak menyambung nafas politik Umno dan BN dengan mengambil satu langkah untuk merosakkan nama Anwar. Mungkin orang menganggap talian hayat itu untuk "menyambung" tetapi bagi saya Saiful Bukhari dijadikan satu talian hayat untuk kepentingan politik Umno dan BN.

Banyak pihak mendakwa bahawa ini satu konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar. Sejauh mana YB melihat ini suatu konspirasi politik, sebab ini yang selalu diuar-uarkan

Pertama, memang kalau kita lihat daripada environment politik yang ada sekarang, macam yang saya katakan tadi bahawa satu persekitaran tidak kondusif untuk Umno dan BN wujud. Sebab selepas daripada PRU 12, inilah kali pertama politik negara berada dalam keadaan tidak tenteram, tidak tenang khususnya menyangkut politik dalaman Umno dan BN. Berbanding dengan PRU 11 (2004), kita nampak suasana itu tenang. Rakyat tidak begitu berminat untuk mengikuti perkembangan politik semasa. Tetapi hari ini rakyat begitu peka. Sentiasa beri fokus, apa akan jadi politik esok hari, umpamanya? Soal ekonomi negara macam mana? Minat orang sangat tinggi. Sebab itu antara faktor yang menjadikan suasana politik tidak kondusif itu ialah kerana gerakan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar telah memberikan tamparan dan menggugat kedudukan Umno sehingga menyebabkan BN dan Umno hilang enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Sejarah politik negara berubah. Kerajaan (BN) telah hilang 2/3 majoriti. Movement-movement yang berterusan itu, dilihat sebagai satu ancaman kepada politik kepimpinan Pak Lah dan Najib. Ini menyebabkan isu seperti ini berlaku kerana bagi mereka sesuatu harus dibuat untuk menghalang kemaraan Anwar.
Keduanya, usaha untuk divert isu daripada isu yang sedang jadi bualan terhadap penglibatan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantunya. Pengakuan bersumpah oleh Raja Petra cukup kuat. Begitu juga untuk divert isu penindasan kerajaan mengenai kenaikan harga minyak. Semua itu dilihat dan akhirnya benda itu berlaku kepada Anwar. Lalu first impression atau persepsi orang bahawa ini konspirasi. Ia berasaskan kepada beberapa tuduhan yang dibuat melalui aduan Saiful Bukhari. Isu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat, dilakukan terus kepada peribadi seperti Anwar. Ini yang menambahkan yakin rakyat ia satu konspirasi kerana kedudukan politik BN sangat tergugat.

Tapi Tok Guru Nik Aziz dalam komennya menyebut isu liwat Anwar boleh mencalar dan menggugat Pakatan Rakyat. Itu dari satu sudut. Tapi saya lihat ia memberikan kekuatan. Apa sikap PAS sebenarnya dalam isu ini?

Saya nampak isu liwat terhadap Anwar boleh gugat Pakatan dari segi imej politik dan sebagainya. Kecuali kalau dikalangan anggota dan kepimpinan Pakatan, ada yang terperangkap dengan permainan licik BN. Maka sudah tentulah kita akan saling curiga mencurigai antara satu sama lain. Ini menyebabkan kita berpecah. Inilah agenda BN sebenarnya. Agenda bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan satu sama lain dalam Pakatan. Meleraikan ikatan yang begitu kukuh dalam Pakatan. Bagi saya seluruh pimpinan dan parti-parti dalam Pakatan mesti mengambil sikap memperlihatkan solidarity terhadap isu ini khususnya dalam menunjukkan kebersamaan kita kepada Anwar, keluarga dia dan parti KeADILan itu sendiri.
Jika ini berlaku, saya lihat ia akan memberikan satu kekuatan baru, kenyataan-kenyataan bersama yang memperlihatkan solidarity kita dan didokong oleh Ngo-Ngo. Atas nama ahli-ahli parlimen PAS sahaja pun kita telah membuat kenyataan mendokong Anwar.
Dari awal sepertimana yang ditunjukkan oleh kenyataan Tuan Guru Nik Aziz iaitu bahawa ini konspirasi jahat. Pendirian PAS sangat jelas melalui tuntutan kita nak Anwar ambil satu langkah lebih cepat untuk melakukan, mengimplimentasikan proses cross over dari kalangan anggota BN itu kepada Pakatan. Jika tidak, bermakna Anwar terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah yang lebih besar. Jadi, mestilah proses itu harus percepatkan. Ini bukan tanggungjawab Anwar seorang, tetapi sebenarnya ia merupakan tanggungjawab bersama yang mesti dipikul oleh kepimpinan Pakatan itu sendiri.

Kes ini dalam siasatan. Dulu ada kisah mata lebam. Adakah YB yakin dengan sistem perundangan kita hari ini?

Ya, sebab itu bagi saya, sikap PAS itu sangat jelas. Kita tidak percaya kepada pihak polis, kehakiman, pendakwaan dan sebagainya. Untuk boleh berlaku adil kepada Anwar berdasarkan fakta-fakta kes sebelum ini, kita dapati imej polis dipersoalkan oleh Suruhanjaya Pemeriksaan Polis dan kerajaan yang belum melaksanakan apa yang dituntut oleh suruhanjaya tersebut untuk menubuhkan IPCMC.

Ini menunjukkan polis tidak berusaha untuk memulihkan imej mereka. Sebaliknya polis terus dilihat oleh masyarakat menjadi alat kepada kepentingan politik BN. Walaupun kerajaan cuba menggilap imej mereka dengan langkah-langkah yang dibuat dalam isu pemulihan kehakiman dan sebagainya. Jika kerajaaan (polis) itu masih gagal untuk nak implementkan saranan yang dibuat oleh suruhanjaya pemeriksaan polis ini, maka polis tidak diyakini boleh berlaku adil kepada siasatan ini.

Pendakwaan boleh bermula dengan siasatan itu sendiri. Saya tak nampak perkara itu. Kita bertegas yang kita mahu satu suruhanjaya bebas melakukan penyiasatan terhadap Anwar. Bagi saya sebenarnya kes itu tidak perlu ada penyiasatan kerana ia tidak betul tetapi oleh kerana ada aduan, maka proses penyiasatan mesti dibuat. Tetapi penyiasatan itu tidak boleh dilakukan oleh orang yang dipertikaikan seperti pihak polis. Mesti ada satu suruhanjaya kerana berasaskan kepada kes mata lebam Anwar. Jelas polis tidak boleh dipercayai. Begitu juga dalam kes-kes pertuduhan sewaktu di mahkamah, bukti-bukti itu sentiasa dipinda umpamanya mahkamah sendiri telah membuktikan bagaimana kelemahan fakta kes, bukti, tarikh dan sebagainya yang dipinda menunjukkan bahawa proses merekacipta itu boleh berlaku dalam siasatan.

PRU 12 telah mengubah landskap politik Malaysia. Ini satu kejutan. Kita dapat tawan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan menjadikan enam. Ada ahli parlimen dari komponen BN di Sabah dan Sarawak termasuk beberapa orang dari Umno sudah bersedia untuk menyertai Pakatan. Benarkah desas-desus ini?

Ia bukan desas-desus lagi. Apabila SAPP membuat satu pendirian dan isytihar hilang kepercayaan dan kesediaan dua orang ahli parlimennya untuk mengemuka atau menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Abdullah Badawi, telah menjawab soalan ini. Ini bukan lagi desas-desus tetapi real politik; ketidakpercayaan orang terhadap PM itu sangat jelas. Ini berlaku bukan di kalangan parti pembangkang tetapi sebenarnya daripada dalam komponen BN. Kalau diperhatikan kenyataan ahli-ahli Parlimen dari Sabah cukup pedas dan berani. Malah ada yang selamba menyatakan bahawa Sabah sudah beberapa kali tukar kerajaan, dan mereka bersedia meninggalkan rumah banglo untuk bertukar kepada rumah teres.
Ini kenyataan dianggap sinis tetapi cukup tajam. Bagi saya ia menggambarkan tentang bagaimana kecenderungan ahli parlimen itu untuk beralih. Saya cukup yakin dengan move yang dilakukan Anwar dan juga rakan-rakan pimpinan Pakatan yang lain, bahawa perkara ini akan menjadi kenyataan. Ini dibuktikan oleh langkah-langkah agresif dibuat Pak Lah, yang dilihat kebergantungan mereka kepada Sabah dan Sarawak itu. Satu perkara yang mesti dikawal, dijaga. Menyebabkan layanan kepada Sabah dan Sarawak sangat istimewa. Peruntukan beberapa billion diberikan. Tindakan itu mencerminkan Pak Lah percaya ada ahli parlimen yang sedia untuk lompat. Isu pokoknya ialah Pak Lah sendiri secara tidak langsung sudah mengakui, sehingga menyebabkan dia harus memberikan fokus istimewa. Ini kerana tanpa dokongan Sabah dan Sarawak ini maka BN akan kehilangan kekuatan dan menyebabkan bukan lagi tak ada 2/3 mojoriti malah tak ada kerajaan dalam negara kita.

Tetapi isu liwat ini nampaknya akan merosakkan segala perancangan Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru

Memang ada usaha ke arah itu. Isu "liwat" untuk sekat penghijrahan ini. Itu agenda dan matlamatnya. Tetapi kemungkinan perkara itu akan terhasil, jika Anwar ditangkap, dikurung seperti mana yang berlaku seketika dahulu. Mungkin itu tidak akan menyebabkan penghijrahan berlaku. Sudah tentu ahli parlimen daripada sebelah sana merasakan bahawa, macam mana mereka nak berhijrah sedangkan faktor kepimpinan utama itu sudah tidak relevan. Ini yang menjadi perkiraan. Ada ahli-ahli parlimen BN merasakan perkara ini satu perbuatan terlalu personal yang mereka tak boleh terima. Mereka tidak boleh terima Anwar faktor yang menyebabkan kepimpinan Pak Lah dan kerajaan jatuh, lalu isu ini diketengahkan. Saya percaya masih ada ahli parlimen BN yang ada hati perut, ada sifat keinsanan, kemanusiaan, yang ada moral tinggi, yang tidak boleh terima pendekatan konspirasi jahat ini. Lalu, ini boleh jadi faktor yang sebaliknya. Orang panggil reverse psychology. Mereka mengharapkan bahawa tidak berlaku penghijrahan tetapi ini yang mungkin mempercepatkan penghijrahan itu. Ada menteri hubungi saya. Dia memang marah saya dengan isu yang dibuat oleh kerajaan Pakatan. Tetapi dalam isu liwat ini, mereka pun tak tahu nak komen apa. Mereka jadi lembut hati. Ada keresahan sendiri dan ada rasa tidak puas hati.

Pesanan YB kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan berdepan dengan isu liwat yang menyenakkan ini. Silap perhitungan akan back fire.

Pertama, ia bergantung kepada bagaimana kepimpinan Pakatan itu sendiri. Mesti bina kepercayaan ahli dan penyokong daripada parti Pakatan. Sebab itu kepimpinan dalam Pakatan ini, harus solid memperlihatkan solidarity terhadap Anwar sepertimana yang berlaku pada tahun 1998 dulu. Janganlah ada perbezaan pendapat dan pandangan secara terbuka. Jangan ada di kalangan kepimpinan yang boleh menyebabkan kenyataan-kenyataan mereka itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dan penyokong dalam Pakatan. Ini yang harus dijaga. Dan saya lihat setakat ini bahawa solidarity itu telah diperlihatkan oleh kepimpinan Pakatan.
Kedua, kepimpinan mesti menunjukkan kebijaksaan berpolitik. Kalau kepimpinan sendiri terperangkap dengan agenda politik jahat Umno dan BN, bagaimana ahli di bawah akan mendokong setia. Jadi, kebijaksanaan itu mesti datang daripada kepimpinan. Ini merupakan faktor yang penting. Kemudian, barulah kita lihat kepada rakyat. Kepimpinan mesti menyeru kepada rakyat. Mesti memberitahu maklumat tepat dan media-media Pakatan harus memainkan peranan yang lebih bersungguh untuk menyampaikan mesej dan bagaimana nak counter saraf-saraf yang dilakukan oleh media arus perdana yang didalangi BN. Secara keseluruhannya, kepimpinan dan ahli Pakatan mesti ada kebijaksanaan politik yang sangat tinggi dan mereka mesti melihat bahawa ini sebagai satu konspirasi yang dilakukan. - tmj_

Kewajipan Pemimpin

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Huraian1. Pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya ke atas rakyat adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab.2. Kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang berjaya menarik hati rakyat dan rakyat pula sayang terhadapnya.3. Sesesorang pemimpin hendakah bijak dalam membuat sesuatu tindakan dan bersikap adil, telus dan mengutamakan kebajikan rakyatnya. Ia tidak harus bersikap sombong dan mementingkan diri hingga kedapatan rakyat yang hidup menderita dan teraniaya tanpa mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Musa, Gani mesti digantung tugas dan tubuhkan siasatan bebas

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hendaklah digantung tugas serta-merta dan suruhanjaya siasatan bebas mestilah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka memalsukan bukti "kes mata lebamnya" 10 tahun lalu."Jika kedua-duanya tidak digantung tugas dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pula dipertanggungjawabkan kedua-duanya, tidak ada jaminan mereka tidak akan menjejaskan siasatan ketika rakyat tidak percaya mereka tidak pernah mengganggu siasatan," Ahmad Said berkata, BPR akan memanggil Musa dan Abdul Gani untuk memberi keterangan berikutan dakwaan Anwar itu. "Adalah sukar untuk dipercayai bagaimana Ketua Pengarah BPR yang lebih rendah kedudukannya dari Ketua Polis Negara dan Peguam Negara boleh menerajui dan mengendalikan siasatan terhadap kedua-duanya. "Lebih dari itu, tidak ada sebarang penafian melampaui keraguan yang pernah dibuat terhadap dakwaan bertulis Raja Petra Kamarudin mengenai wujudnya apa yang beliau dakwa sebagai 'unholy trinity' yang melibatkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR," Ahmad Said berkata, BPR akan memanggil Musa dan Abdul Gani untuk memberi keterangan berikutan dakwaan Anwar itu. "Adalah sukar untuk dipercayai bagaimana Ketua Pengarah BPR yang lebih rendah kedudukannya dari Ketua Polis Negara dan Peguam Negara boleh menerajui dan mengendalikan siasatan terhadap kedua-duanya. "Lebih dari itu, tidak ada sebarang penafian melampaui keraguan yang pernah dibuat terhadap dakwaan bertulis Raja Petra Kamarudin mengenai wujudnya apa yang beliau dakwa sebagai 'unholy trinity' yang melibatkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR," "Kalau Perdana Menteri mahu siasatan yang dipercayai dan diyakini rakyat, satu suruhanjata bebas hendaklah ditubuhkan. Kalau dalam kes video (Datuk VK) Lingam perdana Menteri boleh mengarahkan siasatan bebas, tidak ada sebab Perdana Menteri hendak berdolak-dalik dalam hal ini," "Jika Perdana Menteri benar-benar tidak tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu, amat malanglah negara ini mempunyai Perdana Menteri seperti itu sedangkan ketiga-tiganya berada di bawah bidang kuasa Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri," Raja Petra ketika itu mendakwa, Perdana Menteri tidak akan bertindak ke atas "unholy trinity" kerana tangannya terikat. Skandal mensabotaj Dr Mahathir, skandal pengeksportan komponen nuklear ke Libya oleh Scomi dan skandal Oil-for-Food sudah cukup untuk menyahkan Abdullah. Tetapi semua itu akan hanya berlaku jika Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR memutuskan untuk menyiasat beliau. Dan kelihatanya kini, seperti diungkapkan dalam tulisan Raj Petra, "tidak ada keslah

ANWAR DAN NAJIB BERPERANG, PAK LAH KETAWA

SEKONYONG-konyong berkata menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersumpah dengan al-Quran untuk membersihkan dirinya dari tuduhan liwat atau melalui proses mahkamah biasa. Gembira benar nampaknya hati Khairy Jamaluddin apabila dua orang pencabar dan penggugat utama Pak Lah, Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah terperangkap dengan satu konspirasi politik yang timbul daripada tangan-tangan ghaib. Saya tahu apa yang dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin itu salah kerana Islam tidak ajar kita bersumpah dengan al-Quran, apatah lagi untuk buktikan tuduhan yang begitu berat.Jika Khairy Jamaluddin faham, sepatutnya beliau menyuruh Saiful Bakhtiar yang membuat fitnah membawa empat orang saksi untuk membuktikan tuduhannya atau dia disebat 80 rotan. Lagipun Islam hanya mengajar bersumpah dengan menyebut “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”, bukannya bersumpah dengan al-Quran. Apa pun, Khairy Jamaluddin Nampak sangat cuba campur tangan untuk ambil kesempatan supaya ‘perperangan mulut’ Najib-Anwar terus membakar sehingga Disember ini. Harapannya satu sahaja, Pak Lah kehilangan pencabar dan dia selamat untuk seketika.Kedudukan Pak Lah pada masa ini ibarat telur di hujung tanduk. Tidur tak kena, bangun pun tak kena. Apa tidaknya, selepas BN kalah dalam pilihan raya, semua orang menyalahkan Pak Lah sebagaimana mereka semua mengakui Pak Lah adalah faktor BN menang pada 2004. Kali ini Umno/BN malu besar apabila kekalahan ini telah menimbulkan semula keberanian ahli Umno untuk mengkritik pemimpin mereka. Dulu Umno parti feudal, pemimpin sentiasa betul dan benar. Hari ini, ahli Umno tidak senang hati lagi berpemimpinkan seorang yang lemah. Semua rakyat mahu pemimpin yang lemah lembut, tetapi mereka tidak mahu pemimpin yang lemah atau pemimpin yang lembut!Politik Malaysia tercengang seketika apabila Tun Dr Mahathir mengumumkan dia keluar dari Umno kerana tidak sanggup berketuakan seorang yang lemah seperti Pak Lah. Sejak 2004 beliau mengkritik kelemahan Pak Lah, dan sekarang beliau sanggup mati tanpa Umno jika Pak Lah terus menjadi pemimpin. Suara kasar Tun Dr Mahathir disambut oleh ahli-ahli Umno apabila mereka secara terbuka mengkritik dan mendesak Pak Lah supaya berundur. Para menteri pun ramai yang setuju dengan desakan ahli Umno, cuma mereka malu-malu kucing untuk mengaku. Kalau Pak Lah dah jatuh, berduyung-duyung mereka membelasah Pak Lah macam Nazri Aziz membelasah Dr Mahathir.Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Umno budaya mengkritik secara terbuka kepemimpinan tertingginya selepas Tun Dr Mahathir berbuat demikian pada 1969. Ketika Tengku Razaliegh dan Anwar mengkritik Dr Mahathir dahulupun, mereka masih berlapik. Tetapi hari ini, Pak Lah sudah ditegur dan dikritik secara terbuka oleh pemimpin bawahan. Mereka sudah berani meletak jawatan atau keluar parti kerana meluat dengan gaya Pak Lah. Apabila harga minyak naik, keyakinan rakyat kepada Pak Lah turun dengan mendadak. Rakyat sudah jelek dengan dolak-dalik pemimpin yang kononnya harga minyak tidak naik sebelum Ogos, tiba-tiba terus diisytiharkan kenaikan 40 peratus.Dalam kata lain, selepas rakyat mengundi untuk tidak percaya kepada kepemimpinan Pak Lah dalam pilihan raya 2008, ahli Umno pula memberikan undi serupa kepada Pak Lah. Bila harga minyak naik, rakyat sebenarnya sudah menarik balik undi yang diberikan dahulu. Sebab itulah Parti SAPP terus mengisytiharkan mereka sudah hilang keyakinan kepada Pak Lah. Undi tidak percaya belum dibentang di Parlimen, tetapi sudah dikemukakan kepada media dan rakyat. Apa erti kita menjadi pemimpin jika orang-orang dibawah sudah memberikan undi tidak percaya secara terbuka. Apabila SAPP dan Yong Teck Lee beralih angin kepada Anwar Ibrahim, imej Pak Lah sudah tercalar dengan teruk. Tidak ada ubat lagi untuk menyembuhkan. Anwar Ibrahim pula tiba-tiba menjadi begitu bertenaga untuk mencabar wibawa Pak Lah. Najib hanya boleh tersenyum dan berani berkata “saya sokong Pak Lah”. Hakikatnya Najib amat bimbang nasib dan masa depannya kalau-kalau Anwar memintas peluangnya. Najib walaupun nampak lebih berwibawa, tetapi politiknya sudah tercalar oleh isu Altantuya. Hantu Altantuya nampaknya terus mengejar Najib ke mana-mana hingga Disember ini. Sudah berkali-kali Najib menafikan tuduhan-tuduhan tentang hubungannya dengan Altantuya, tetapi rakyat masih mempersoalkan apa benar penafian itu?Pak Lah sebenarnya ada tiga musuh besar. Bekas bosnya, Tengku Razaliegh masih berminat untuk membuat ‘coming back’, tetapi Anwar pula begitu yakin untuk mengambil alih tempat Pak Lah. Najib sudah melihat nasib Musa Hitam, Tengku Razaliegh dan Anwar bila mereka bersuara. Najib cuba mengambil jalan selamat untuk berdiam diri, kononnya berdiri teguh di belakang Pak Lah. Dalam hati Najib, Allah sahaja yang tahu. Jika berdiam, mungkin Pak Lah akan serahkan kepadanya; tetapi Anwar dan Tengku Razaliegh mungkin boleh memintas peluangnya. Jika melawan, hantu Altantuya mungkin berterbangan lagi. Lihatlah bagaimana nasib Yong Teck Lee selepas mengumumkan sikapnya terhadap Pak Lah terus didatangi pegawai BPR!Najib cukup sedar bahawa Anwar lebih berbahaya daripada Tengku Razaliegh dalam memintas peluangnya. Tetapi jika Najib berdiam diri, bila-bila masa Tengku Razaliegh boleh mengambil alih peluangnya. Soalnya, Najib semacam yakin akan yang diperkatakan oleh Anwar selama ini bahawa Kerajaan BN akan tumbang menjelang ulang tahun Malaysia ke-45 pada 16 September ini. Tengku Razaliegh akan mencabar peluangnya pada Disember, tetapi Anwar lebih awal. Sesuatu mesti dilakukan supaya peluang Anwar terencat dengan segera dan peluang Najib terus terbuka. Najib amat sedar peranan ‘pemintas’ dari Anwar ini.Apabila Raja Petra membuat akuan bersumpah tentang keterlibatan Rosmah dalam kes Altantuya dengan nama Khairy dan Pak Lah dikaitkan sekali, kelihatan Anwar sudah mendahului Najib. Tiba-tiba sahaja Saiful Bakhtiar mencipta nama dengan mengaku menjadi mangsa liwat Anwar yang terbaru. Soal orang percaya atau tidak sudah tidak timbul lagi. Yang penting nama Anwar mesti dipalitkan sebelum September menjelang. Di kalangan pemimpin BN, mereka sudah tahu ada empat wakil mereka akan melompat minggu ini jika Anwar terus gagah mendahului. Pengakuan Saiful Bakhtiar menjadikan drama politik lebih menarik walau tidak menentu. Selang beberapa hari, penyiasat persendirian Razak Baginda pula membuat pengakuan bersumbah tentang hubungan Najib dengan Altantuya. Biru muka Najib menjawab pertanyaan wartawan dalam gabranya. Esoknya, Balasundram menarik balik kenyataan bersumpahnya. Apakah benar dia menarik balik dengan rela hati atau dipaksa, itu boleh diagak sendiri oleh rakyat. Tetapi undang-undang melarangnya. Bila dakwaan Balasundram sudah ditarik balik, Najib macam lebih bersih, tetapi Anwar membawa kesnya ke mahkamah untuk mencabar Saiful Bakhtiar. Najib dan Anwar terus serang menyerang untuk mengambil alih kepemimpinan.Pak Lah nampaknya membiarkan supaya kedua-dua pencabarnya ini melalui pusingan ‘play-off’ sebelum berdepan dengannnya. Pak Lah cuma tunggu dan lihat siapa yang akan terkorban dalam perperangan mulut ini. Siapapun yang terkena, kedua-duanya sudah tercemar oleh skandal yang timbul. Sama ada benar Anwar meliwat Saiful Bakhtiar atau Najib memang mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, Allah sahaja yang tahu. Tetapi yang pasti kedua-dua sudah terpalit arang di muka mereka. Dan Pak Lah sudah tentu berasa begitu lega kerana dua pencabarnya sudah hilang wibawa.Kita belum pasti sama ada Anwar akan dibawa ke mahkamah semula seperti yang berlaku pada 1998 atau kini giliran Najib pula mengadap hakim di sana. Belum pasti tilam siapa yang akan diusung oleh anak buah Tan Sri Musa Hasan, tetapi tidak mustahil salah seorang dari mereka akan dibilang ‘titisan mani’ mereka. Dahulu pun, Dr Mahathir menafikan krisisnya dengan Anwar sehingga hari-hari terakhir masih memperakui Anwar adalah pewaris takhtanya. Pak Lah pun bernada suara yang sama, tetapi rakyat sudah mulai curiga. Harus diingat, ‘putera mahkota’ Pak Lah bukannya Najib, tetapi orang yang bakal menggantikan kedudukan sepupu Najib di kerusi Ketua Pemuda Umno. Saya sendiri syak kedua-dua cerita ini adalah fitnah kerana tidak ada bukti konkrit yang dikemukakan. Yang menuduh Najib tidak membawa saksi, yang menuduh Anwar pun sama. Mahkamah belum memperkatakan tentang kebenaran dakwaan-dakwaan itu. Saya lebih selesa melihatnya sebagai fitnah dahulu. Walaupun ia satu fitnah, kedua-duanya sudah tercemar! Peluang Najib dan Anwar hampir terkubur jika tersilap langkah. Yang tersenyum adalah Pak Lah. Beliau menafikan semua fitnah, berlepas tangan – padahal sengaja membiarkan perang berterusan supaya tidak ada lagi peluru menghujani nasibnya. Najib dan Anwar berperang, Pak Lah selamat seketika!Kini yang masih berupaya mencabar Pak Lah dan membawa perubahan untuk Umno ialah Tengku Razaliegh Hamzah. Beliau diakui kebolehannya dalam pentadbiran kerajaan semenjak 1970-an lagi. Ahli Umno sudah lama melihat Tengku Razaliegh sebagai bakal presiden parti itu, tetapi nasib belum berpihak kepadanya. Selepas Tun Razak meninggal dunia secara mengejut dahulu ramai orang menjangka atau mengharapkan Tengku Razaliegh yang akan terpilih, tetapi Tun Hussein Onn memilih Dr Mahathir. Apabila berlaku pemilihan Umno pada 1987, hampir 50 peratus perwakilan Umno meyakini kebolehan beliau, tetapi Dr Mahathir membiarkan parti Melayu haram begitu sahaja.Apabila Umno (Baru) ditubuhkan, Tengku Razaliegh tidak menjadi ahli kerana mahu hidupkan Umno asal. Dr Mahathir menarik nafas lega. Kini Tengku Razaliegh menawarkan diri semula untuk mendapatkan jawatan tertinggi itu. Pak Lah garu kepala. Ahli Umno sekarang ini tidak ada yang berkata tidak kepada Tengku Razaliegh walaupun beliau lebih tua dari Pak Lah. Cuma yang dibimbangi oleh pemerhati, jika Najib dan Anwar tersingkir dalam persaingan ini, siapakah pula yang ‘bakal diliwat’ atau ‘berskandal’ dengan Tengku Razaliegh? Mungkin Khairy Jamaluddin sedang meninjau kedai al-Quran untuk Tengku Razaliegh bersumpah pula… YB Tn Hj Mahfuz OmarAhli Parlimen Pokok SenaKetua Penerangan PAS Pusat SEKONYONG-konyong berkata menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersumpah dengan al-Quran untuk membersihkan dirinya dari tuduhan liwat atau melalui proses mahkamah biasa. Gembira benar nampaknya hati Khairy Jamaluddin apabila dua orang pencabar dan penggugat utama Pak Lah, Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah terperangkap dengan satu konspirasi politik yang timbul daripada tangan-tangan ghaib. Saya tahu apa yang dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin itu salah kerana Islam tidak ajar kita bersumpah dengan al-Quran, apatah lagi untuk buktikan tuduhan yang begitu berat.Jika Khairy Jamaluddin faham, sepatutnya beliau menyuruh Saiful Bakhtiar yang membuat fitnah membawa empat orang saksi untuk membuktikan tuduhannya atau dia disebat 80 rotan. Lagipun Islam hanya mengajar bersumpah dengan menyebut “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”, bukannya bersumpah dengan al-Quran. Apa pun, Khairy Jamaluddin Nampak sangat cuba campur tangan untuk ambil kesempatan supaya ‘perperangan mulut’ Najib-Anwar terus membakar sehingga Disember ini. Harapannya satu sahaja, Pak Lah kehilangan pencabar dan dia selamat untuk seketika.Kedudukan Pak Lah pada masa ini ibarat telur di hujung tanduk. Tidur tak kena, bangun pun tak kena. Apa tidaknya, selepas BN kalah dalam pilihan raya, semua orang menyalahkan Pak Lah sebagaimana mereka semua mengakui Pak Lah adalah faktor BN menang pada 2004. Kali ini Umno/BN malu besar apabila kekalahan ini telah menimbulkan semula keberanian ahli Umno untuk mengkritik pemimpin mereka. Dulu Umno parti feudal, pemimpin sentiasa betul dan benar. Hari ini, ahli Umno tidak senang hati lagi berpemimpinkan seorang yang lemah. Semua rakyat mahu pemimpin yang lemah lembut, tetapi mereka tidak mahu pemimpin yang lemah atau pemimpin yang lembut!Politik Malaysia tercengang seketika apabila Tun Dr Mahathir mengumumkan dia keluar dari Umno kerana tidak sanggup berketuakan seorang yang lemah seperti Pak Lah. Sejak 2004 beliau mengkritik kelemahan Pak Lah, dan sekarang beliau sanggup mati tanpa Umno jika Pak Lah terus menjadi pemimpin. Suara kasar Tun Dr Mahathir disambut oleh ahli-ahli Umno apabila mereka secara terbuka mengkritik dan mendesak Pak Lah supaya berundur. Para menteri pun ramai yang setuju dengan desakan ahli Umno, cuma mereka malu-malu kucing untuk mengaku. Kalau Pak Lah dah jatuh, berduyung-duyung mereka membelasah Pak Lah macam Nazri Aziz membelasah Dr Mahathir.Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Umno budaya mengkritik secara terbuka kepemimpinan tertingginya selepas Tun Dr Mahathir berbuat demikian pada 1969. Ketika Tengku Razaliegh dan Anwar mengkritik Dr Mahathir dahulupun, mereka masih berlapik. Tetapi hari ini, Pak Lah sudah ditegur dan dikritik secara terbuka oleh pemimpin bawahan. Mereka sudah berani meletak jawatan atau keluar parti kerana meluat dengan gaya Pak Lah. Apabila harga minyak naik, keyakinan rakyat kepada Pak Lah turun dengan mendadak. Rakyat sudah jelek dengan dolak-dalik pemimpin yang kononnya harga minyak tidak naik sebelum Ogos, tiba-tiba terus diisytiharkan kenaikan 40 peratus.Dalam kata lain, selepas rakyat mengundi untuk tidak percaya kepada kepemimpinan Pak Lah dalam pilihan raya 2008, ahli Umno pula memberikan undi serupa kepada Pak Lah. Bila harga minyak naik, rakyat sebenarnya sudah menarik balik undi yang diberikan dahulu. Sebab itulah Parti SAPP terus mengisytiharkan mereka sudah hilang keyakinan kepada Pak Lah. Undi tidak percaya belum dibentang di Parlimen, tetapi sudah dikemukakan kepada media dan rakyat. Apa erti kita menjadi pemimpin jika orang-orang dibawah sudah memberikan undi tidak percaya secara terbuka. Apabila SAPP dan Yong Teck Lee beralih angin kepada Anwar Ibrahim, imej Pak Lah sudah tercalar dengan teruk. Tidak ada ubat lagi untuk menyembuhkan. Anwar Ibrahim pula tiba-tiba menjadi begitu bertenaga untuk mencabar wibawa Pak Lah. Najib hanya boleh tersenyum dan berani berkata “saya sokong Pak Lah”. Hakikatnya Najib amat bimbang nasib dan masa depannya kalau-kalau Anwar memintas peluangnya. Najib walaupun nampak lebih berwibawa, tetapi politiknya sudah tercalar oleh isu Altantuya. Hantu Altantuya nampaknya terus mengejar Najib ke mana-mana hingga Disember ini. Sudah berkali-kali Najib menafikan tuduhan-tuduhan tentang hubungannya dengan Altantuya, tetapi rakyat masih mempersoalkan apa benar penafian itu?Pak Lah sebenarnya ada tiga musuh besar. Bekas bosnya, Tengku Razaliegh masih berminat untuk membuat ‘coming back’, tetapi Anwar pula begitu yakin untuk mengambil alih tempat Pak Lah. Najib sudah melihat nasib Musa Hitam, Tengku Razaliegh dan Anwar bila mereka bersuara. Najib cuba mengambil jalan selamat untuk berdiam diri, kononnya berdiri teguh di belakang Pak Lah. Dalam hati Najib, Allah sahaja yang tahu. Jika berdiam, mungkin Pak Lah akan serahkan kepadanya; tetapi Anwar dan Tengku Razaliegh mungkin boleh memintas peluangnya. Jika melawan, hantu Altantuya mungkin berterbangan lagi. Lihatlah bagaimana nasib Yong Teck Lee selepas mengumumkan sikapnya terhadap Pak Lah terus didatangi pegawai BPR!Najib cukup sedar bahawa Anwar lebih berbahaya daripada Tengku Razaliegh dalam memintas peluangnya. Tetapi jika Najib berdiam diri, bila-bila masa Tengku Razaliegh boleh mengambil alih peluangnya. Soalnya, Najib semacam yakin akan yang diperkatakan oleh Anwar selama ini bahawa Kerajaan BN akan tumbang menjelang ulang tahun Malaysia ke-45 pada 16 September ini. Tengku Razaliegh akan mencabar peluangnya pada Disember, tetapi Anwar lebih awal. Sesuatu mesti dilakukan supaya peluang Anwar terencat dengan segera dan peluang Najib terus terbuka. Najib amat sedar peranan ‘pemintas’ dari Anwar ini.Apabila Raja Petra membuat akuan bersumpah tentang keterlibatan Rosmah dalam kes Altantuya dengan nama Khairy dan Pak Lah dikaitkan sekali, kelihatan Anwar sudah mendahului Najib. Tiba-tiba sahaja Saiful Bakhtiar mencipta nama dengan mengaku menjadi mangsa liwat Anwar yang terbaru. Soal orang percaya atau tidak sudah tidak timbul lagi. Yang penting nama Anwar mesti dipalitkan sebelum September menjelang. Di kalangan pemimpin BN, mereka sudah tahu ada empat wakil mereka akan melompat minggu ini jika Anwar terus gagah mendahului. Pengakuan Saiful Bakhtiar menjadikan drama politik lebih menarik walau tidak menentu. Selang beberapa hari, penyiasat persendirian Razak Baginda pula membuat pengakuan bersumbah tentang hubungan Najib dengan Altantuya. Biru muka Najib menjawab pertanyaan wartawan dalam gabranya. Esoknya, Balasundram menarik balik kenyataan bersumpahnya. Apakah benar dia menarik balik dengan rela hati atau dipaksa, itu boleh diagak sendiri oleh rakyat. Tetapi undang-undang melarangnya. Bila dakwaan Balasundram sudah ditarik balik, Najib macam lebih bersih, tetapi Anwar membawa kesnya ke mahkamah untuk mencabar Saiful Bakhtiar. Najib dan Anwar terus serang menyerang untuk mengambil alih kepemimpinan.Pak Lah nampaknya membiarkan supaya kedua-dua pencabarnya ini melalui pusingan ‘play-off’ sebelum berdepan dengannnya. Pak Lah cuma tunggu dan lihat siapa yang akan terkorban dalam perperangan mulut ini. Siapapun yang terkena, kedua-duanya sudah tercemar oleh skandal yang timbul. Sama ada benar Anwar meliwat Saiful Bakhtiar atau Najib memang mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, Allah sahaja yang tahu. Tetapi yang pasti kedua-dua sudah terpalit arang di muka mereka. Dan Pak Lah sudah tentu berasa begitu lega kerana dua pencabarnya sudah hilang wibawa.Kita belum pasti sama ada Anwar akan dibawa ke mahkamah semula seperti yang berlaku pada 1998 atau kini giliran Najib pula mengadap hakim di sana. Belum pasti tilam siapa yang akan diusung oleh anak buah Tan Sri Musa Hasan, tetapi tidak mustahil salah seorang dari mereka akan dibilang ‘titisan mani’ mereka. Dahulu pun, Dr Mahathir menafikan krisisnya dengan Anwar sehingga hari-hari terakhir masih memperakui Anwar adalah pewaris takhtanya. Pak Lah pun bernada suara yang sama, tetapi rakyat sudah mulai curiga. Harus diingat, ‘putera mahkota’ Pak Lah bukannya Najib, tetapi orang yang bakal menggantikan kedudukan sepupu Najib di kerusi Ketua Pemuda Umno. Saya sendiri syak kedua-dua cerita ini adalah fitnah kerana tidak ada bukti konkrit yang dikemukakan. Yang menuduh Najib tidak membawa saksi, yang menuduh Anwar pun sama. Mahkamah belum memperkatakan tentang kebenaran dakwaan-dakwaan itu. Saya lebih selesa melihatnya sebagai fitnah dahulu. Walaupun ia satu fitnah, kedua-duanya sudah tercemar! Peluang Najib dan Anwar hampir terkubur jika tersilap langkah. Yang tersenyum adalah Pak Lah. Beliau menafikan semua fitnah, berlepas tangan – padahal sengaja membiarkan perang berterusan supaya tidak ada lagi peluru menghujani nasibnya. Najib dan Anwar berperang, Pak Lah selamat seketika!Kini yang masih berupaya mencabar Pak Lah dan membawa perubahan untuk Umno ialah Tengku Razaliegh Hamzah. Beliau diakui kebolehannya dalam pentadbiran kerajaan semenjak 1970-an lagi. Ahli Umno sudah lama melihat Tengku Razaliegh sebagai bakal presiden parti itu, tetapi nasib belum berpihak kepadanya. Selepas Tun Razak meninggal dunia secara mengejut dahulu ramai orang menjangka atau mengharapkan Tengku Razaliegh yang akan terpilih, tetapi Tun Hussein Onn memilih Dr Mahathir. Apabila berlaku pemilihan Umno pada 1987, hampir 50 peratus perwakilan Umno meyakini kebolehan beliau, tetapi Dr Mahathir membiarkan parti Melayu haram begitu sahaja.Apabila Umno (Baru) ditubuhkan, Tengku Razaliegh tidak menjadi ahli kerana mahu hidupkan Umno asal. Dr Mahathir menarik nafas lega. Kini Tengku Razaliegh menawarkan diri semula untuk mendapatkan jawatan tertinggi itu. Pak Lah garu kepala. Ahli Umno sekarang ini tidak ada yang berkata tidak kepada Tengku Razaliegh walaupun beliau lebih tua dari Pak Lah. Cuma yang dibimbangi oleh pemerhati, jika Najib dan Anwar tersingkir dalam persaingan ini, siapakah pula yang ‘bakal diliwat’ atau ‘berskandal’ dengan Tengku Razaliegh? Mungkin Khairy Jamaluddin sedang meninjau kedai al-Quran untuk Tengku Razaliegh bersumpah pula… YB Tn Hj Mahfuz OmarAhli Parlimen Pokok SenaKetua Penerangan PAS Pusat SEKONYONG-konyong berkata menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersumpah dengan al-Quran untuk membersihkan dirinya dari tuduhan liwat atau melalui proses mahkamah biasa. Gembira benar nampaknya hati Khairy Jamaluddin apabila dua orang pencabar dan penggugat utama Pak Lah, Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah terperangkap dengan satu konspirasi politik yang timbul daripada tangan-tangan ghaib. Saya tahu apa yang dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin itu salah kerana Islam tidak ajar kita bersumpah dengan al-Quran, apatah lagi untuk buktikan tuduhan yang begitu berat.Jika Khairy Jamaluddin faham, sepatutnya beliau menyuruh Saiful Bakhtiar yang membuat fitnah membawa empat orang saksi untuk membuktikan tuduhannya atau dia disebat 80 rotan. Lagipun Islam hanya mengajar bersumpah dengan menyebut “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”, bukannya bersumpah dengan al-Quran. Apa pun, Khairy Jamaluddin Nampak sangat cuba campur tangan untuk ambil kesempatan supaya ‘perperangan mulut’ Najib-Anwar terus membakar sehingga Disember ini. Harapannya satu sahaja, Pak Lah kehilangan pencabar dan dia selamat untuk seketika.Kedudukan Pak Lah pada masa ini ibarat telur di hujung tanduk. Tidur tak kena, bangun pun tak kena. Apa tidaknya, selepas BN kalah dalam pilihan raya, semua orang menyalahkan Pak Lah sebagaimana mereka semua mengakui Pak Lah adalah faktor BN menang pada 2004. Kali ini Umno/BN malu besar apabila kekalahan ini telah menimbulkan semula keberanian ahli Umno untuk mengkritik pemimpin mereka. Dulu Umno parti feudal, pemimpin sentiasa betul dan benar. Hari ini, ahli Umno tidak senang hati lagi berpemimpinkan seorang yang lemah. Semua rakyat mahu pemimpin yang lemah lembut, tetapi mereka tidak mahu pemimpin yang lemah atau pemimpin yang lembut!Politik Malaysia tercengang seketika apabila Tun Dr Mahathir mengumumkan dia keluar dari Umno kerana tidak sanggup berketuakan seorang yang lemah seperti Pak Lah. Sejak 2004 beliau mengkritik kelemahan Pak Lah, dan sekarang beliau sanggup mati tanpa Umno jika Pak Lah terus menjadi pemimpin. Suara kasar Tun Dr Mahathir disambut oleh ahli-ahli Umno apabila mereka secara terbuka mengkritik dan mendesak Pak Lah supaya berundur. Para menteri pun ramai yang setuju dengan desakan ahli Umno, cuma mereka malu-malu kucing untuk mengaku. Kalau Pak Lah dah jatuh, berduyung-duyung mereka membelasah Pak Lah macam Nazri Aziz membelasah Dr Mahathir.Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Umno budaya mengkritik secara terbuka kepemimpinan tertingginya selepas Tun Dr Mahathir berbuat demikian pada 1969. Ketika Tengku Razaliegh dan Anwar mengkritik Dr Mahathir dahulupun, mereka masih berlapik. Tetapi hari ini, Pak Lah sudah ditegur dan dikritik secara terbuka oleh pemimpin bawahan. Mereka sudah berani meletak jawatan atau keluar parti kerana meluat dengan gaya Pak Lah. Apabila harga minyak naik, keyakinan rakyat kepada Pak Lah turun dengan mendadak. Rakyat sudah jelek dengan dolak-dalik pemimpin yang kononnya harga minyak tidak naik sebelum Ogos, tiba-tiba terus diisytiharkan kenaikan 40 peratus.Dalam kata lain, selepas rakyat mengundi untuk tidak percaya kepada kepemimpinan Pak Lah dalam pilihan raya 2008, ahli Umno pula memberikan undi serupa kepada Pak Lah. Bila harga minyak naik, rakyat sebenarnya sudah menarik balik undi yang diberikan dahulu. Sebab itulah Parti SAPP terus mengisytiharkan mereka sudah hilang keyakinan kepada Pak Lah. Undi tidak percaya belum dibentang di Parlimen, tetapi sudah dikemukakan kepada media dan rakyat. Apa erti kita menjadi pemimpin jika orang-orang dibawah sudah memberikan undi tidak percaya secara terbuka. Apabila SAPP dan Yong Teck Lee beralih angin kepada Anwar Ibrahim, imej Pak Lah sudah tercalar dengan teruk. Tidak ada ubat lagi untuk menyembuhkan. Anwar Ibrahim pula tiba-tiba menjadi begitu bertenaga untuk mencabar wibawa Pak Lah. Najib hanya boleh tersenyum dan berani berkata “saya sokong Pak Lah”. Hakikatnya Najib amat bimbang nasib dan masa depannya kalau-kalau Anwar memintas peluangnya. Najib walaupun nampak lebih berwibawa, tetapi politiknya sudah tercalar oleh isu Altantuya. Hantu Altantuya nampaknya terus mengejar Najib ke mana-mana hingga Disember ini. Sudah berkali-kali Najib menafikan tuduhan-tuduhan tentang hubungannya dengan Altantuya, tetapi rakyat masih mempersoalkan apa benar penafian itu?Pak Lah sebenarnya ada tiga musuh besar. Bekas bosnya, Tengku Razaliegh masih berminat untuk membuat ‘coming back’, tetapi Anwar pula begitu yakin untuk mengambil alih tempat Pak Lah. Najib sudah melihat nasib Musa Hitam, Tengku Razaliegh dan Anwar bila mereka bersuara. Najib cuba mengambil jalan selamat untuk berdiam diri, kononnya berdiri teguh di belakang Pak Lah. Dalam hati Najib, Allah sahaja yang tahu. Jika berdiam, mungkin Pak Lah akan serahkan kepadanya; tetapi Anwar dan Tengku Razaliegh mungkin boleh memintas peluangnya. Jika melawan, hantu Altantuya mungkin berterbangan lagi. Lihatlah bagaimana nasib Yong Teck Lee selepas mengumumkan sikapnya terhadap Pak Lah terus didatangi pegawai BPR!Najib cukup sedar bahawa Anwar lebih berbahaya daripada Tengku Razaliegh dalam memintas peluangnya. Tetapi jika Najib berdiam diri, bila-bila masa Tengku Razaliegh boleh mengambil alih peluangnya. Soalnya, Najib semacam yakin akan yang diperkatakan oleh Anwar selama ini bahawa Kerajaan BN akan tumbang menjelang ulang tahun Malaysia ke-45 pada 16 September ini. Tengku Razaliegh akan mencabar peluangnya pada Disember, tetapi Anwar lebih awal. Sesuatu mesti dilakukan supaya peluang Anwar terencat dengan segera dan peluang Najib terus terbuka. Najib amat sedar peranan ‘pemintas’ dari Anwar ini.Apabila Raja Petra membuat akuan bersumpah tentang keterlibatan Rosmah dalam kes Altantuya dengan nama Khairy dan Pak Lah dikaitkan sekali, kelihatan Anwar sudah mendahului Najib. Tiba-tiba sahaja Saiful Bakhtiar mencipta nama dengan mengaku menjadi mangsa liwat Anwar yang terbaru. Soal orang percaya atau tidak sudah tidak timbul lagi. Yang penting nama Anwar mesti dipalitkan sebelum September menjelang. Di kalangan pemimpin BN, mereka sudah tahu ada empat wakil mereka akan melompat minggu ini jika Anwar terus gagah mendahului. Pengakuan Saiful Bakhtiar menjadikan drama politik lebih menarik walau tidak menentu. Selang beberapa hari, penyiasat persendirian Razak Baginda pula membuat pengakuan bersumbah tentang hubungan Najib dengan Altantuya. Biru muka Najib menjawab pertanyaan wartawan dalam gabranya. Esoknya, Balasundram menarik balik kenyataan bersumpahnya. Apakah benar dia menarik balik dengan rela hati atau dipaksa, itu boleh diagak sendiri oleh rakyat. Tetapi undang-undang melarangnya. Bila dakwaan Balasundram sudah ditarik balik, Najib macam lebih bersih, tetapi Anwar membawa kesnya ke mahkamah untuk mencabar Saiful Bakhtiar. Najib dan Anwar terus serang menyerang untuk mengambil alih kepemimpinan.Pak Lah nampaknya membiarkan supaya kedua-dua pencabarnya ini melalui pusingan ‘play-off’ sebelum berdepan dengannnya. Pak Lah cuma tunggu dan lihat siapa yang akan terkorban dalam perperangan mulut ini. Siapapun yang terkena, kedua-duanya sudah tercemar oleh skandal yang timbul. Sama ada benar Anwar meliwat Saiful Bakhtiar atau Najib memang mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, Allah sahaja yang tahu. Tetapi yang pasti kedua-dua sudah terpalit arang di muka mereka. Dan Pak Lah sudah tentu berasa begitu lega kerana dua pencabarnya sudah hilang wibawa.Kita belum pasti sama ada Anwar akan dibawa ke mahkamah semula seperti yang berlaku pada 1998 atau kini giliran Najib pula mengadap hakim di sana. Belum pasti tilam siapa yang akan diusung oleh anak buah Tan Sri Musa Hasan, tetapi tidak mustahil salah seorang dari mereka akan dibilang ‘titisan mani’ mereka. Dahulu pun, Dr Mahathir menafikan krisisnya dengan Anwar sehingga hari-hari terakhir masih memperakui Anwar adalah pewaris takhtanya. Pak Lah pun bernada suara yang sama, tetapi rakyat sudah mulai curiga. Harus diingat, ‘putera mahkota’ Pak Lah bukannya Najib, tetapi orang yang bakal menggantikan kedudukan sepupu Najib di kerusi Ketua Pemuda Umno. Saya sendiri syak kedua-dua cerita ini adalah fitnah kerana tidak ada bukti konkrit yang dikemukakan. Yang menuduh Najib tidak membawa saksi, yang menuduh Anwar pun sama. Mahkamah belum memperkatakan tentang kebenaran dakwaan-dakwaan itu. Saya lebih selesa melihatnya sebagai fitnah dahulu. Walaupun ia satu fitnah, kedua-duanya sudah tercemar! Peluang Najib dan Anwar hampir terkubur jika tersilap langkah. Yang tersenyum adalah Pak Lah. Beliau menafikan semua fitnah, berlepas tangan – padahal sengaja membiarkan perang berterusan supaya tidak ada lagi peluru menghujani nasibnya. Najib dan Anwar berperang, Pak Lah selamat seketika!Kini yang masih berupaya mencabar Pak Lah dan membawa perubahan untuk Umno ialah Tengku Razaliegh Hamzah. Beliau diakui kebolehannya dalam pentadbiran kerajaan semenjak 1970-an lagi. Ahli Umno sudah lama melihat Tengku Razaliegh sebagai bakal presiden parti itu, tetapi nasib belum berpihak kepadanya. Selepas Tun Razak meninggal dunia secara mengejut dahulu ramai orang menjangka atau mengharapkan Tengku Razaliegh yang akan terpilih, tetapi Tun Hussein Onn memilih Dr Mahathir. Apabila berlaku pemilihan Umno pada 1987, hampir 50 peratus perwakilan Umno meyakini kebolehan beliau, tetapi Dr Mahathir membiarkan parti Melayu haram begitu sahaja.Apabila Umno (Baru) ditubuhkan, Tengku Razaliegh tidak menjadi ahli kerana mahu hidupkan Umno asal. Dr Mahathir menarik nafas lega. Kini Tengku Razaliegh menawarkan diri semula untuk mendapatkan jawatan tertinggi itu. Pak Lah garu kepala. Ahli Umno sekarang ini tidak ada yang berkata tidak kepada Tengku Razaliegh walaupun beliau lebih tua dari Pak Lah. Cuma yang dibimbangi oleh pemerhati, jika Najib dan Anwar tersingkir dalam persaingan ini, siapakah pula yang ‘bakal diliwat’ atau ‘berskandal’ dengan Tengku Razaliegh? Mungkin Khairy Jamaluddin sedang meninjau kedai al-Quran untuk Tengku Razaliegh bersumpah pula… YB Tn Hj Mahfuz OmarAhli Parlimen Pokok SenaKetua Penerangan PAS Pusat SEKONYONG-konyong berkata menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersumpah dengan al-Quran untuk membersihkan dirinya dari tuduhan liwat atau melalui proses mahkamah biasa. Gembira benar nampaknya hati Khairy Jamaluddin apabila dua orang pencabar dan penggugat utama Pak Lah, Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah terperangkap dengan satu konspirasi politik yang timbul daripada tangan-tangan ghaib. Saya tahu apa yang dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin itu salah kerana Islam tidak ajar kita bersumpah dengan al-Quran, apatah lagi untuk buktikan tuduhan yang begitu berat.Jika Khairy Jamaluddin faham, sepatutnya beliau menyuruh Saiful Bakhtiar yang membuat fitnah membawa empat orang saksi untuk membuktikan tuduhannya atau dia disebat 80 rotan. Lagipun Islam hanya mengajar bersumpah dengan menyebut “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”, bukannya bersumpah dengan al-Quran. Apa pun, Khairy Jamaluddin Nampak sangat cuba campur tangan untuk ambil kesempatan supaya ‘perperangan mulut’ Najib-Anwar terus membakar sehingga Disember ini. Harapannya satu sahaja, Pak Lah kehilangan pencabar dan dia selamat untuk seketika.Kedudukan Pak Lah pada masa ini ibarat telur di hujung tanduk. Tidur tak kena, bangun pun tak kena. Apa tidaknya, selepas BN kalah dalam pilihan raya, semua orang menyalahkan Pak Lah sebagaimana mereka semua mengakui Pak Lah adalah faktor BN menang pada 2004. Kali ini Umno/BN malu besar apabila kekalahan ini telah menimbulkan semula keberanian ahli Umno untuk mengkritik pemimpin mereka. Dulu Umno parti feudal, pemimpin sentiasa betul dan benar. Hari ini, ahli Umno tidak senang hati lagi berpemimpinkan seorang yang lemah. Semua rakyat mahu pemimpin yang lemah lembut, tetapi mereka tidak mahu pemimpin yang lemah atau pemimpin yang lembut!Politik Malaysia tercengang seketika apabila Tun Dr Mahathir mengumumkan dia keluar dari Umno kerana tidak sanggup berketuakan seorang yang lemah seperti Pak Lah. Sejak 2004 beliau mengkritik kelemahan Pak Lah, dan sekarang beliau sanggup mati tanpa Umno jika Pak Lah terus menjadi pemimpin. Suara kasar Tun Dr Mahathir disambut oleh ahli-ahli Umno apabila mereka secara terbuka mengkritik dan mendesak Pak Lah supaya berundur. Para menteri pun ramai yang setuju dengan desakan ahli Umno, cuma mereka malu-malu kucing untuk mengaku. Kalau Pak Lah dah jatuh, berduyung-duyung mereka membelasah Pak Lah macam Nazri Aziz membelasah Dr Mahathir.Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Umno budaya mengkritik secara terbuka kepemimpinan tertingginya selepas Tun Dr Mahathir berbuat demikian pada 1969. Ketika Tengku Razaliegh dan Anwar mengkritik Dr Mahathir dahulupun, mereka masih berlapik. Tetapi hari ini, Pak Lah sudah ditegur dan dikritik secara terbuka oleh pemimpin bawahan. Mereka sudah berani meletak jawatan atau keluar parti kerana meluat dengan gaya Pak Lah. Apabila harga minyak naik, keyakinan rakyat kepada Pak Lah turun dengan mendadak. Rakyat sudah jelek dengan dolak-dalik pemimpin yang kononnya harga minyak tidak naik sebelum Ogos, tiba-tiba terus diisytiharkan kenaikan 40 peratus.Dalam kata lain, selepas rakyat mengundi untuk tidak percaya kepada kepemimpinan Pak Lah dalam pilihan raya 2008, ahli Umno pula memberikan undi serupa kepada Pak Lah. Bila harga minyak naik, rakyat sebenarnya sudah menarik balik undi yang diberikan dahulu. Sebab itulah Parti SAPP terus mengisytiharkan mereka sudah hilang keyakinan kepada Pak Lah. Undi tidak percaya belum dibentang di Parlimen, tetapi sudah dikemukakan kepada media dan rakyat. Apa erti kita menjadi pemimpin jika orang-orang dibawah sudah memberikan undi tidak percaya secara terbuka. Apabila SAPP dan Yong Teck Lee beralih angin kepada Anwar Ibrahim, imej Pak Lah sudah tercalar dengan teruk. Tidak ada ubat lagi untuk menyembuhkan. Anwar Ibrahim pula tiba-tiba menjadi begitu bertenaga untuk mencabar wibawa Pak Lah. Najib hanya boleh tersenyum dan berani berkata “saya sokong Pak Lah”. Hakikatnya Najib amat bimbang nasib dan masa depannya kalau-kalau Anwar memintas peluangnya. Najib walaupun nampak lebih berwibawa, tetapi politiknya sudah tercalar oleh isu Altantuya. Hantu Altantuya nampaknya terus mengejar Najib ke mana-mana hingga Disember ini. Sudah berkali-kali Najib menafikan tuduhan-tuduhan tentang hubungannya dengan Altantuya, tetapi rakyat masih mempersoalkan apa benar penafian itu?Pak Lah sebenarnya ada tiga musuh besar. Bekas bosnya, Tengku Razaliegh masih berminat untuk membuat ‘coming back’, tetapi Anwar pula begitu yakin untuk mengambil alih tempat Pak Lah. Najib sudah melihat nasib Musa Hitam, Tengku Razaliegh dan Anwar bila mereka bersuara. Najib cuba mengambil jalan selamat untuk berdiam diri, kononnya berdiri teguh di belakang Pak Lah. Dalam hati Najib, Allah sahaja yang tahu. Jika berdiam, mungkin Pak Lah akan serahkan kepadanya; tetapi Anwar dan Tengku Razaliegh mungkin boleh memintas peluangnya. Jika melawan, hantu Altantuya mungkin berterbangan lagi. Lihatlah bagaimana nasib Yong Teck Lee selepas mengumumkan sikapnya terhadap Pak Lah terus didatangi pegawai BPR!Najib cukup sedar bahawa Anwar lebih berbahaya daripada Tengku Razaliegh dalam memintas peluangnya. Tetapi jika Najib berdiam diri, bila-bila masa Tengku Razaliegh boleh mengambil alih peluangnya. Soalnya, Najib semacam yakin akan yang diperkatakan oleh Anwar selama ini bahawa Kerajaan BN akan tumbang menjelang ulang tahun Malaysia ke-45 pada 16 September ini. Tengku Razaliegh akan mencabar peluangnya pada Disember, tetapi Anwar lebih awal. Sesuatu mesti dilakukan supaya peluang Anwar terencat dengan segera dan peluang Najib terus terbuka. Najib amat sedar peranan ‘pemintas’ dari Anwar ini.Apabila Raja Petra membuat akuan bersumpah tentang keterlibatan Rosmah dalam kes Altantuya dengan nama Khairy dan Pak Lah dikaitkan sekali, kelihatan Anwar sudah mendahului Najib. Tiba-tiba sahaja Saiful Bakhtiar mencipta nama dengan mengaku menjadi mangsa liwat Anwar yang terbaru. Soal orang percaya atau tidak sudah tidak timbul lagi. Yang penting nama Anwar mesti dipalitkan sebelum September menjelang. Di kalangan pemimpin BN, mereka sudah tahu ada empat wakil mereka akan melompat minggu ini jika Anwar terus gagah mendahului. Pengakuan Saiful Bakhtiar menjadikan drama politik lebih menarik walau tidak menentu. Selang beberapa hari, penyiasat persendirian Razak Baginda pula membuat pengakuan bersumbah tentang hubungan Najib dengan Altantuya. Biru muka Najib menjawab pertanyaan wartawan dalam gabranya. Esoknya, Balasundram menarik balik kenyataan bersumpahnya. Apakah benar dia menarik balik dengan rela hati atau dipaksa, itu boleh diagak sendiri oleh rakyat. Tetapi undang-undang melarangnya. Bila dakwaan Balasundram sudah ditarik balik, Najib macam lebih bersih, tetapi Anwar membawa kesnya ke mahkamah untuk mencabar Saiful Bakhtiar. Najib dan Anwar terus serang menyerang untuk mengambil alih kepemimpinan.Pak Lah nampaknya membiarkan supaya kedua-dua pencabarnya ini melalui pusingan ‘play-off’ sebelum berdepan dengannnya. Pak Lah cuma tunggu dan lihat siapa yang akan terkorban dalam perperangan mulut ini. Siapapun yang terkena, kedua-duanya sudah tercemar oleh skandal yang timbul. Sama ada benar Anwar meliwat Saiful Bakhtiar atau Najib memang mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, Allah sahaja yang tahu. Tetapi yang pasti kedua-dua sudah terpalit arang di muka mereka. Dan Pak Lah sudah tentu berasa begitu lega kerana dua pencabarnya sudah hilang wibawa.Kita belum pasti sama ada Anwar akan dibawa ke mahkamah semula seperti yang berlaku pada 1998 atau kini giliran Najib pula mengadap hakim di sana. Belum pasti tilam siapa yang akan diusung oleh anak buah Tan Sri Musa Hasan, tetapi tidak mustahil salah seorang dari mereka akan dibilang ‘titisan mani’ mereka. Dahulu pun, Dr Mahathir menafikan krisisnya dengan Anwar sehingga hari-hari terakhir masih memperakui Anwar adalah pewaris takhtanya. Pak Lah pun bernada suara yang sama, tetapi rakyat sudah mulai curiga. Harus diingat, ‘putera mahkota’ Pak Lah bukannya Najib, tetapi orang yang bakal menggantikan kedudukan sepupu Najib di kerusi Ketua Pemuda Umno. Saya sendiri syak kedua-dua cerita ini adalah fitnah kerana tidak ada bukti konkrit yang dikemukakan. Yang menuduh Najib tidak membawa saksi, yang menuduh Anwar pun sama. Mahkamah belum memperkatakan tentang kebenaran dakwaan-dakwaan itu. Saya lebih selesa melihatnya sebagai fitnah dahulu. Walaupun ia satu fitnah, kedua-duanya sudah tercemar! Peluang Najib dan Anwar hampir terkubur jika tersilap langkah. Yang tersenyum adalah Pak Lah. Beliau menafikan semua fitnah, berlepas tangan – padahal sengaja membiarkan perang berterusan supaya tidak ada lagi peluru menghujani nasibnya. Najib dan Anwar berperang, Pak Lah selamat seketika!Kini yang masih berupaya mencabar Pak Lah dan membawa perubahan untuk Umno ialah Tengku Razaliegh Hamzah. Beliau diakui kebolehannya dalam pentadbiran kerajaan semenjak 1970-an lagi. Ahli Umno sudah lama melihat Tengku Razaliegh sebagai bakal presiden parti itu, tetapi nasib belum berpihak kepadanya. Selepas Tun Razak meninggal dunia secara mengejut dahulu ramai orang menjangka atau mengharapkan Tengku Razaliegh yang akan terpilih, tetapi Tun Hussein Onn memilih Dr Mahathir. Apabila berlaku pemilihan Umno pada 1987, hampir 50 peratus perwakilan Umno meyakini kebolehan beliau, tetapi Dr Mahathir membiarkan parti Melayu haram begitu sahaja.Apabila Umno (Baru) ditubuhkan, Tengku Razaliegh tidak menjadi ahli kerana mahu hidupkan Umno asal. Dr Mahathir menarik nafas lega. Kini Tengku Razaliegh menawarkan diri semula untuk mendapatkan jawatan tertinggi itu. Pak Lah garu kepala. Ahli Umno sekarang ini tidak ada yang berkata tidak kepada Tengku Razaliegh walaupun beliau lebih tua dari Pak Lah. Cuma yang dibimbangi oleh pemerhati, jika Najib dan Anwar tersingkir dalam persaingan ini, siapakah pula yang ‘bakal diliwat’ atau ‘berskandal’ dengan Tengku Razaliegh? Mungkin Khairy Jamaluddin sedang meninjau kedai al-Quran untuk Tengku Razaliegh bersumpah pula…

YB Tn Hj Mahfuz OmarAhli
Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS Pusat