SELAMAT DATANG KE BLOG



7.11.07

Himpunan 100,000 Bakal Menjadi 1 juta!


Sabtu ini 12 November 2007, negara bakal menyaksikan satu perhimpunan aman terbesar anjuran BERSIH kendatipun pihak penganjur dan rakyat telah menerima sekalian banyak ancaman, ugutan dan larangan.

Sekalipun pada awalnya BERSIH mensasarkan perhimpunan tersebut disertai oleh 100,000 orang, namun setelah ianya diberikan publisiti meluas oleh pihak polis, media massa arus perdana dan media eletronik menghalang akyat menyertai perhimpunan tersebut, anggaran angka rakyat yang akan hadir dijangka meningkat kepada 1 juta orang.


Demikianlah, mengulangi kata-kata Mursyidul Am PAS, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, "bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Seroang sahabat menyatakan, himpunan mega ini bukan sekadar satu himpunan politik tetapi ianya lebih kepada himpunan massa bagi melaungkan kembali gema suara rakyat yang selama ini dipulas-pulas oleh tangan-tangan provokator dan konspirator negara. Hakikatnya rakyat Malaysia bukannya bodoh, rakyat boleh berfikir seiring dengan capaian massa.

Uniknya rakyat Malaysia adalah sikap mereka yang pantang dicabar dan diperbudakkan. Kita sentiasa mahu jadi yang terbaik. Membina masyarakat dan demokrasi yang berkualiti.Tekanan Kerajaan BN ini sedikit pun tidak akan mengurangkan jumlah penyertaan (malah meningkatkannya lagi).

Pihak polis telah pun merancang siri larangan dan ugutan sebagai menyahut kata-kata menantu Perdana Meneri, Khairi Jamaluddin yang memnta polis bertindak tegas dan menangkap penganjur perhimpunan ini.

Terbaru, Ketua Pemuda PAS. YB Salahuddin Ayub telah menerima panggilan pada 3 November lalu melalui telefon bimbit, sistem pesanan ringkas (SMS) dan pos laju daripada seorang pegawai Bahagian Jenayah Komersial, Amran Mohd Husin supaya hadir ke Bukit Aman untuk memberi kenyataan berhubung perhimpunan aman itu.

Sebelum dari ini, enam daripada Ahli Jawatankuasa Bersih terdiri daripada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, AJK Bersih, Sivarasa Rasiah, Johari Abdul, Khairul Annuar Zainuddin (Jonah), Tian Chua dan Ronnie Liu turut dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan mengenai gabungan Bersih di bawah Akta Pertubuhan.

Tanpa merasa malu dan rasa bersalah sedikit pun apabila rancangan-rancangan jahat Polis melalui anggota cawangan khas (SB-SB) mereka melakukan provokasi menimbulkan kacau bilau dan mencetuskan keganasan di dalam beberapa siri perhimpunan aman yang lepas-lepas didedah dan dibongkarkan, kini pihak polis masih terus-terusan menggunakan taktik untuk menakut-nakutkan rakyat.

Setelah sekalian lama pihak polis yang sepatutnya menjaga keamanan tetapi telah meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka, melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang seperti mencabul, menyepak, menendang, menampar, mengkasari malah menembak orang ramai menjadikan imej polis sejijik najis yang tidak pernah menjadikan polis sedar dirinya bahawa mereka juga perlu mematuhi undang-undnag.

Keputusan Mahkamah Tinggi yang mendedahkan perlakuan ganas dan jelek pihak polis di dalam kes Abdul Malek adalah justifikasi terhadap kebinatangan polis selama ini.

Justeru itu rakyat sudah tidak dapat menerima serta memaafkan polis, apatah lagi amaran atau ancaman, yang selama ini rupa-rupanya polis bertindak membelakangkan undang-undang tetapi tanpa tahu malu menyuruh oranglain mematuhi undang-undang.

Kuasa sebenar bukan ditangan polis, bukan di tangan parti pemerintah, bukan di tangan pegawai-pegawai kerajaan yang bongkak, sombong dan angkuh, tetapi kuasa sebenar adalah di tangan rakyat terbanyak.

Benar kita ada institusi parlimen, benar kita ada sistem pilihanraya, benar kita memilih wakil rakyat melalui peti undi di dalam demokrasi, namun perkara pokok yang menjadi persoalan kini ialah terdapatnya penyelewengan serta korupsi perjalanan sistem pilihanraya yang dilakukan oleh pihak keajaan melalui agennya Suruhanjaya Pilihanraya.

Maka itu perhimpunan aman BERSIH ini di adakan. Menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih supaya tidak ada lagi keperluan untuk mengadakan perhimpunan seperti ini di masa muka.

Jika polis masih ingin meneruskan provokasi dan ugutan mereka terhadap rakyat dari menyertai perhimpunan ini, percayalah, perhimpunan 100,000 orang ini akan bertukar menjadi jutaan rakyat, bukan sekadar di Dataran Merdeka tetapi di seluruh negara!