Beliau juga mahu isu ini dibincang segera sebelum Muktamar PAS yang dijadualkan pada Ogos ini supaya hal ini tidak menjadi bertambah teruk dan menjejaskan parti.
"Hal ini perlu respon segera daripada pimpinan PAS pusat yang perlu membuat mesyuarat segera bagi membincangkan dengan sebaik mungkin mengenai pertemuan itu, dan selepas kata sepakat diambil mengenai kedudukan PAS dalam hal ini, ia perlu dijelaskan kepada ahli," ujarnya.
Yang penting, beliau mengharapkan pimpinan PAS di peringkat kawasan, cawangan atau negeri memberi pandangan samada membantah atau menyokong isu tersebut bagi dibincangkan di peringkat pusat untuk diperhalusi.
Di peringkat pimpinan pusat pula katanya, mereka perlu memperhalusi pandangan di peringkat bawah ini sebelum membuat sebarang keputusan yang akhirnya akan memberi kesan kepada kedudukan parti.
Yang penting katanya, kedudukan parti hari ini perlu dijaga dan diperkemaskan.
"Bukan apa, pandangan umum terutamanya bekas ahli Umno yang menyertai PAS kerana bencikan Umno, mereka ini kata buat apa PAS nak bertemu dengan Umno sedangkan mereka sendiri meninggalkan Umno kerana benci dengan parti itu yang tidak mampu membela rakyat mahupun orang Melayu, ini termasuk orang di kawasan saya yang cakap," katanya.
Beliau juga mahu isu ini dibincang segera sebelum Muktamar PAS yang dijadualkan pada Ogos ini supaya hal ini tidak menjadi bertambah teruk dan menjejaskan parti. - mks. _