SELAMAT DATANG KE BLOG



27.11.08

Usul Ketua Pembangkang ditolak :Implikasi kepada rakyat.

"Assalamualaikum,,..
Pagi tadi Speaker Dewan rakyat menolak usul dari Ketua Pembangkang mengenai pengaliran keluar FDI.Alasan yang digunapakai ialah ianya tidak perlu disegerakan.Seakan menjadi budaya Speaker pada sessi kali ini menolak usul yang dibawa dengan alasan tidak perlu disegerakan.

Tetapi yang menjadi tanda tanya ialah apakah tanda aras yang digunapakai oleh speaker dalam menjustifikasikan "tidak perlu disegerakan"itu.

Nilai "tidak perlu disegerakan" adalah terlalu subjektif dan ianya perlu dihuraikan dengan panjang lebar.Dalam konteks usul yang dibawa ini, terdapat tanda jelas bahawa ianya adalah satu fakta yang terjadi dan perlu kepada tindakan pembetulan segera. Untuk itu, satu sidang khas Parlimen bagi para MP membahas dan mengambil satu keputusan segara adalah wajar sesuai dengan sistem demokrasi yang diamalkan negara.Jadi di manakah fakta yang menunjukkan ianya tidak perlu disegerakan?

Di samping itu, Speaker juga kelihatan membela pembohongan Menteri Perdagangan Antarabangsa apabila ketika menjawab saranan ketua Pembangkang agar Menteri diingatkan tidak menyembunyikan fakta pengaliran keluar FDI.

Speaker dalam jawapannya menyebut beberapa siri penjelasan Menteri berkaitan isu tersebut tetapi gagal menyatakan bahawa dalam semua siri penjelasan tersebut, Menteri nyata menyembunyikan kebenaran apabila tidak langsung menyentuh tentang aliran keluar FDI walaupun berkali Menteri menyebut peningkatan pengaliran masuk FDI.

Inilah nampaknya masih membelenggu Parlimen Malaysia.Sedang negara negara lain sibuk mengadakan persidangan Parlimen Khas untuk membincangkan krisis ekonomi gobal, negara nampak sinis dan sambil lewa dengan masalah pengaliran keluar FDI ini.Pengaliran keluar FDI bermakna penutupan kilang kilang dan menyebabkan kesan langsung kepada kehilangan pekerjaan.Lapuran pembuangan pekerja di Negeri Sembilan nampaknya tidak dianggap serius oleh kerajaan dan Speaker.

Begitu juga kesan kepada sektor sektor hiliran.Pengangkutan umpamanya akan lumpuh dengan penutupan kilang ini, peniaga peniaga makanan akan kehilangan peluang perniagaan dan dalam jangka panjang kalau tidak dibendung segera, aktiviti ekonomi yang lain akan turut terjejas.

Apakah ini tidak membawa makna bahawa isu ini perlu disegerakan?Kata kata TPM bahawa diharapkan ekonomi gobal akan kembali ke landasan asal tidak boleh dijadikan ukuran kerana kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dan menunggu ekonomi pulih.Lebih menyedihkan kita bahawa penutupan kilang kilang asing ini bukan disebabkan oleh kegawatan ekonomi tetapi sebaliknya kilang kilang ini memindahkan operasi mereka ke negara seperti Thailand.Filipina dan China.

Maknanya kita tewas dengan negara negara jiran sedangkan kerajaan mendakwa negara kita lebih stabil.kenapa pelabur memilih negara yang kurang kestabilan berbanding negara kita?Inilah yang perlu dijawab segera dan tindakan pembetulan juga perlu diambil segera sebelum lebih banyak kilang tutup dan lebih banyak rakyat kehilangan pekerjaan.

Kerajaan sudah lama berbohong tentang FDI ini.Fakta ini ditambah dengan kenyataan bahawa peningkatan FDI negara adalah kerana pertambahan Hyper market asing seperti didedahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri tempoh hari.Ini antara pembohongan Menteri Perdagangan Antarbangsa yang akhirnya terdedah.

Pendedahan fakta FDI amat perlu kepada tindakan pembetulan segara dan sekaligus mendesak satu sessi perbahasan serta satu kesimpulan segera diambil oleh Parlimen sebagai tempat membuat dasar tertinggi negara.Isu ini perlu disegerakan bukannya "tidak perlu disegerakan".

Sila ambil perhatian bahawa sekiranya berlaku keruntuhan ekonomi negara atau kesengsaraan rakyat akibat kehilangan pekerjaan dalam masa terdekat, speaker Dewan rakyat adalah bertanggungjawab penuh kerana menolak usul ini."