Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong penuh usaha bersungguh-sungguh kerajaan Malaysia untuk mendapatkan hak kedaulatannya ke atas Pulau Batu Putih melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hegue, Belanda. Perkara ini telah lama dibangkitkan oleh PAS dan pernah beberapa usaha dilakukan oleh PAS untuk memacakkan Jalur Gemilang di pulau itu, tetapi dihalang oleh kerajaan. Bagi PAS, Pulau Batu Putih adalah hak Malaysia yang mesti dipertahankan, seperti mana hak-hak lain dalam isu hubungan dua hala Malaysia-Singapura.Persoalan yang penting di sebalik isu Pulau Batu Putih ini ialah mengapa Malaysia begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Pulau Batu Putih yang tidak menjana sebarang keuntungan ekonomi dan politik. Sedangkan, Malaysia memandang enteng masalah kedaulatan negara yang bakal terjejas dengan kebebasan pelaburan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Telah banyak pihak yang bercakap soal kedaulatan yang bakal tergadai daripada dasar-dasar longgar di WPI. Singapura dikatakan bakal menguasai wilayah itu. Dalam kata lain, yang dikejar belum tentu dapat, yang dikendung bakal keciciran.
Kita mempunyai sikap yang tegas dalam isu Pulau Batu Putih kerana Singapura cuba meluaskan wilayahnya secara haram, tetapi dalam masa yang sama kita sengaja membuka peluang kepada Singapura meluaskan wilayahnya di satu kawasan yang lebih strategic iaitu WPI. Undang-undang yang digubal oleh kerajaan begitu jelas untuk menjaga kepentingan pelabur Singapura. Kita bimbang jika wilayah Malaysia diperintah secara de facto oleh pelabur Singapura. Kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil pengajaran daripada isu Pulau Batu Putih yang dahulunya dibinakan rumah api milik Singapura, kemudian hari ini Singapura mengaku pulau itu hak mereka. Boleh jadi WPI juga bakal mengulangi kesilapan serupa.
Kita juga melihat WPI seolah-olah menjadi alternatif kepada kerja-kerja menambak laut untuk meluaskan wilayah Singapura setelah Malaysia dan Indonesia enggan menjual pasir mereka. WPI sebenarnya akan menjadi wilayah Singapura di Malaysia dengan pemilikan hartanah secara besar-besaran dalam jualan ‘diskaun 50 peratus’ melalui pertukaran mata wang. CEO UEM Land, pemaju Nusajaya dalam Chanel News Asia telah menyatakan bahawa sebahagian besar hartanah industri dan kediaman di Nusajaya telah dibeli oleh pelabur dan syarikat Singapura. Ini merupakan satu kuasa tawar menawar yang kuat ke atas Malaysia.
Free Access Zone (FAZ) yang diwujudkan juga akan memberikan kebebasan kepada orang asing, khususnya Singapura untuk menguasai WPI. Kini, selepas FEZ dibatalkan, rakyat Singapura diberikan keistimewaan smart card untuk memasuki negara ini secara mudah. Sedangkan smart card tidak mempunyai ciri keselamatan dan boleh dipalsukan. Jawatankuasa Khas Bersama Peringkat Menteri WPI yang melibatan Singapura memberi isyarat bahawa kejayaan dan kegagalan WPI akan ditentukan oleh Singapura. Ini kerana hanya Singapura sahaja yang dilibatkan dalam jawatankuasa ini. Sebelum ini kerajaan membatalkan Jambatan Bengkok kerana desakan Singapura sedangkan ia di dalam wilayah kita. Singapura seolah-olah berkuasa menentukan dasar kita, apatah lagi apabila WPI dikuasai oleh mereka.
PAS menolak sebarang sikap yang ‘bertelunjuk lurus, tetapi kelingking berkait’ dalam isu kedaulatan negara ini. Kita nampak Malaysia amat serius untuk mempertahankan Pulau Batu Putih, tetapi menggadai maruah dalam isu WPI. Kerajaan Malaysia tidak boleh bersikap double standard dalam mempertahankan kedaulatan kita. Kerana itu, PAS bukan sekadar mahu melihat Malaysia Berjaya dalam isu Pulau Batu Putih, bahkan isu-isu lain yang tertunggak juga. Isu Jambatan Bengkok, Kompleks CIQ, pencerobohan udara, tanah KTMB di Tanjung Pagar, wang simpanan pekerja dan juga pencerobohan pulau-pulau di kawasan Pontian merupakan isu kedaulatan negara yang mesti diambil berat oleh kerajaan Malaysia, selain isu Pulau Batu Putih. Jangan ditambah lagi dengan kecuaian kita dalam projek WPI, akhirnya satu demi satu wilayah kita tergadai.
HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS

Merujuk surat saya mengenai mohon penjelasan isu penyelewengan dalam projek pembinaan Istana Negara yang bertarikh 21 Ogos 2007 bersamaan 8 Syaaban 1428 yang telah dihantar melalui serahan tangan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya sebagai wakil kepada Dato’ Seri. Sehingga kini sudah hampir 3 bulan masih belum ada jawapan secara bertulis daripada pihak Dato’ Seri ataupun pihak kementerian.











Adakah pegawai tinggi polis yang lain, termasuk menteri dan timbalannya telah mengisytiharkan harta mereka serta tidak berniaga dalam mana-mana syarikat. Maka Ramly sahaja yang layak didakwa.


Bismillahir Rahmanir Rahim
Di rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin dan rakyat. Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar Allah manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Allah. Setelah 17 tahun saya diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Kelantan dengan dasar Al-Quran Nul Karim sebagai Kalamullah, termasuk ayat yang saya baca sekejap tadi, petang ini saya dan Kerajaan saya seakan-akan terasa akan adanya perubahan baru. Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin negara. Alangkah manisnya hidup kiranya insan yang sengaja diciptakan Allah Azzawajalla dengan berlainan watak dan kerenah ini boleh patuh kepada ketetapan azali sejak Nabi Adam alaihissalam lagi. Firman Allah S.W.T. ada membawa maksud berbunyi "Dan Kami berfirman: turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan. Kemudian (Adam dan Hawa) menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman: "turunlah kamu semua dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Al-Baqarah: Ayat 36 - 38).Mudah-mudahan langkah penyatuan pentas ini akan memulakan jalur-jalur gemilang yang sungguh-sungguh sebagai ganti kepada jalur-jalur hitam selama 17 tahun sebelum ini. YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian, Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini. Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera. Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu. Bahkan memahami pembahagian dan pengkhususan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui 2 rancangan lima tahun yang telah kita lalui. Projek-projek cadangan ini telah dikemukakan kepentingannya untuk diberikan perhatian Pusat dari masa ke semasa. Mungkin kerana kesuntukan kewangan, ia tidak diberikan perhatian. Kali ini Kerajaan Negeri wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah sudi mengiktiraf apa yang kami kenalpasti sebagai projek-projek mustahak selama ini dan akhirnya telah diberikan perhatian. Pastikan pelan ECER realistik bukan hipokrasi Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya. Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas.
Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas. Dalam banyak buku ilmiah, saya ada juga terbaca bahawa sesuatu pelan yang berkesan ialah pelan yang dapat diterima tanpa curiga oleh kumpulan sasar. Ciri pelan yang berjaya juga ialah pelan yang dapat dilaksanakan. Biasanya pelan pembangunan yang baik harus bertolak dan bermula dari bacaan mengenai senario ekonomi dunia semasa yang teliti berasaskan unjuran yang tepat mengenai turun naik harga petrol, emas dan lain-lain komoditi yang utama. Realiti dan waqi' persekitaran yang berubah ini biasanya akan menentukan pula angkubah-angkubah yang memungkinkan sebuah pelan yang realistik itu dapat diisytiharkan. Saya berandaian, semua aspek ini telah diambil kira dalam segenap segi sehingga ia tidak menjadi sebuah impian dan bukan sekadar 'satu lagi pelan'. Sememangnya indah untuk berada sekadar di alam mimpi kerana ia mengasyikkan: Anak Cina memetik selasih
Bagi kami di Kelantan, kita telah lama mengisytiharkan konsep 'Membangun Bersama Islam', berasaskan dakwah bil hikmah wal mauizotul hasanah. Dalam rangka konsep ini, kami memuatkan prinsip ubudiyyah yakni semua orang wajib kembali kepada pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T. Bagi mereka yang belum Islam, mereka diajak untuk hidup dalam kesedaran ketuhanan. Kami juga memuatkan prinsip mas'uliyyah yakni bekerja dengan penuh sedar bahawa setiap manusia tanpa mengira pangkat, bangsa dan budaya akan disoal jawab oleh Allah Taala sendiri tanpa sebarang jurubahasa. Manakala Itqan yakni bekerja dengan penuh berkualiti untuk menghasilkan apa sahaja nilai amalan dan aktiviti dari jenis yang terbaik. Seluruh sekolah milik Kerajaan Negeri Kelantan telah dan sedang merangka dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum untuk menggunakan ruang lingkup kesedaran yang keseluruhannya berteraskan ketaqwaan kepada Allah Robbuljalil. Dalam semangat pesan memesan (Watawa soubilhaq watawa soubissobr), alangkah tepatnya jika pelan pembinaan insan yang termuat dalam ECER ini mampu dengan jujur membuat pengisian-pengisian yang semurni ini. Jika tidak, percayalah walau secemerlang manapun pelan pembinaan insan kita, tanpa agama, rakyat akan hidup sebagai insan yang bermentalitikan haiwan kerana dia *****a takutkan polis dan BPR, undang-undang, tali gantung dan peraturan dan dia akan hidup dan mati dalam kekeliruan. Di sana nanti dia akan terpinga-pinga dalam suasana yang salah menyalah "maka, berkatalah pengikut kepada pemimpin dan pemimpin kepada pengikutnya" sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Nul Karim. (Sila semak dan tadarrus sendiri maksud Surah Al-Baqarah dari Ayat 166 hingga 167). Menyentuh tentang tumpuan pertanian yang khabarnya hanya akan diberikan tumpuan yang sangat minimum oleh Pelan Wilayah Timur ini, saya kira sekali lagi kami perlu membuat teguran. Sejak dari dahulu, Kelantan dikenali sebagai negeri pertanian. Apa erti mengisytiharkan istilah-istilah seperti "halal hub" atau Jelapang Makanan Negara jika perhatian ke atas sektor ini sekadar bersifat batuk di tangga? Sekali lagi saya mengharapkan sesuatu yang lebih singnifikan dapat dilakukan ke arah pembetulan ini. Mari bermuafakat elak ganggu Kelantan YAB Dato' Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan konsep persekutuan. Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri. Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami dengan penuh keterbukaan. Bagaimanapun beradablah ketika melangkah. Bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. Masuk berpintu. Keluar bertangga. Kadang-kadang, ya. Terasa juga. Makan sirih berpinang tidak