SELAMAT DATANG KE BLOG



1.11.07

Buat seluruh pembayar cukai pintu dan penduduk Bandaraya Alor Star

PASTIKAN BANDARAYA ALOR STAR BUKAN ” KORIDOR SAMPAH”

Oleh Mahfuz Omar

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembayar cukai yang telah memberi sokongan moral dan menjayakan program Sebungkus Sampah Untuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada hari Ahad – 21 Okober 2007 yang lalu walaupun terpaksa mengharungi sekatan lalu lintas oleh pihak keselamatan.

Hasil pertemuan dengan Datuk Bandar, pihak Majlis Bandaraya telah berjanji akan mengambil langkah untuk memperbaiki kelemahan perkhidmatan pungutan sampah dengan secepat mungkin.

Kita sebagai pembayar cukai pintu ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk Bandar yang telah memberi harapan yang tinggi untuk menyelesaikan masalah tersebut.




Apa yang dikehendaki oleh penduduk / Pembayar cukai ialah keyakinan dan bukan sekadar harapan daripada MBAS. Keyakinan yang membawa maksud kawasan Bandaraya Alor Setar bersih daripada kekotoran dan longgokan sampah.

Sehubungan dengan itu, kita telah bersetuju menubuhkan Sekretariat Pemantau Operasi Sampah ( SPOS) yang bertujuan untuk mendapat aduan dan maklumbalas orang ramai / pembayar cukai pintu sekiranya perkhidmatan pungutan sampah di kawasan tuan / puan masih tidak memuaskan.

Perkhidmatan pungutan sampah yang memuaskan sepatutnya dikutip setiap 2 hari sekali.

Segala aduan tuan / puan boleh dipanjangkan ke talian berikut : Pejabat Sekretariat (04-7870802), Sdr Khairul (019-4940365) / Hj Adnan Saad ( 012-5886786) / Sdr Mohd Nasir Mustafa (012-4215955) / Hj Mohd Fauzi Hussin (013-5325284)/ Sdr Zuhairi (019-4775140) dan Sdr Zulkifli Harun (019-5528001) atau terus menghubungi saya. ( No tel. / E-mail tertera dibawah).

Sekretariat Pemantau Operasi Sampah (SPOS) mengharapkan kelemahan perkhidmatan pungutan sampah akan diselesaikan oleh MBAS dalam tempoh sebulan (sehingga 30 November 2007) .

Tindakan selanjutnya akan dimaklumkan kepada seluruh pembayar cukai sekiranya masalah timbunan dan longgokan sampah yang bersepah-sepah masih gagal diselesaikan.


Sekian. Terima kasih.


“Berkhidmat Untuk Rakyat ”

Yang benar,

TT

Hj Mahfuz bin Hj Omar ( 019-4422685 / E-mail : MAHFUZ4555 @ yahoo.com)

Pembayar Cukai Pintu ( No. Bil : 34318 / No. Akaun : T 0034318 – 08)

No. 47, Taman Satria 06500 Alor Star, Kedah Darul Aman.

"