SELAMAT DATANG KE BLOG



7.11.07

Perarakan Aman BERSIH 10 Nov Membina Sejarah


Kalau dahulu rakyat Malaysia berarak menuntut kemerdekaan dari penjajah Inggeris sekarang rakyat Malaysia berarak menuntut ketelusan dalam sistem pilihanraya. Semua nya adalah perkara yang mulia dan patriotik.


Semua nya mempunyai niat yang baik iaitu kearah pembentukan masyarakat yang bertamadun yang berpegang kepada undang undang dan janji seorang pemerintah terhadap rakyat. Perarakan aman adalah tekanan paling minima yang di adakan oleh rakyat kepada pemimpin . Negara lain sedia mengambil langkah yang lebih drastik namun rakyat Malaysia lebih berhebah menangani krisis dalaman antara rakyat dan pemerintah.

Kegagalan BN memahami tanggungjawab pemerintah sehingga terpaksa di tegur oleh rakyat melalui perarakan aman merupakan perkara yang memalukan di peringkat antarabangsa. Sepatutnya perkara ini telah di selesaikan di peringkat rundingan dan dialog rakyat dan pemimpun . Namun oleh kerana kerajaan BN mengangap rakyat Malaysia sebagai dunggu dan makan gertak maka mereka mengambil sikap berkeras . Penipuan melalui pilihanraya bagi BN dan UMNO adalah gerak kerja yang paling senang and menyeronokan untuk memenangi pilihanraya. Mereka telah berada dalam confort zone dengan menipu rakyat dan selamat dari celaan rakyat.

Sepatutnya bukan dakwat jari , senarai bersih dan undi pos saja yang menjadi tuntutan kearah pilihanraya bersih. Perkara lain yang perlu di bersihkan dari sistem pilihanraya BN termasuk penyalahgunaan jentera kerajaan, penyelewengan makhamah menolak petisen , penggunaan rasuah politik dan penyalahgunaan polis untuk menyekat aktiviti parti pembangkang. BN tidak perlu gentar menggunakan sistem pilihanraya telus kerana di merata dunia mereka mengaku mereka adalah parti yang popular dan di sukai rakyat malah di redhai Allah. Mengapa perlu takut kalau sudah merasa begitu popular.

Himpunan rakyat 10 nov bukan bertujuan untuk mencabar kerajaan tetapi setakat untuk membetulkan suasana yang tidak kena dengan keadilan dan hak asasi manusia. Jika BN menggunakan polis menganiaya dan memukul peserta perarakan aman ini bermakna mereka telah menganiya dan memukul semua hati nurani rakyat Malaysia yang menuntut keadilan dan hak asasi manusia.

Sila ke laman Blog Al Muslimin untuk berita yang lain http://almuslimin2.blogspot.com/"