
Beliau yang juga Naib Presiden PAS menyarankan demikian ketika menyampaikan ceramah penjelasan kejadian Batu Burok 8 sept 2007 di Kg Maras Batu Rakit.
Semasa menyampaikan ceramah tersebut, beliau telah memakai contoh baju yang dimaksudkan itu.

Dibahagian Hadapan baju tersebut dicetak logo BERSIH dan ditulis slogan Daulatkan Demokrasi.

Sementara dibahagian belakang pula di catatkan tuntutan BERSIH.

Paling tidakpun tambah beliau lagi, sekiurang-kurangnya baju berwarna kuning yang melambangkan tuntutan kedaulatn piliharaya yang adil dan bersih.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua media dan akhbar dalam dan luar negeri turut dijemput ke Perhimpunan aman tersebut.

Selain dari itu, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu dijangka akan hadir sebagai pemerhati diperhimpunan itu nanti.

Perhimpunan yang bermula dari Dataran Merdeka itu akan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia, Yang Di Pertuan Agong.